Tuesday, July 28, 2015

Di Petik Dari Sumber 

  MOUNTDWELLER 

PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU



Bai'ah PAS Kelantan dikhianati Hadi - 2 Suluh Kebenaran :

Siri 2 Baiah Pas Kelantan di Khianati Hj Hadi Menyelami peri pentingnya baiah dan aku janji dalam islam, seharusnya mereka yang mempunyai sikap dan watak flip- flop seperti Presiden Pas hari ini tidak layak untuk menjadi wali atau saksi dalam isu sepenting ini. Ini kerana sikap dan watak yang dijelmakan oleh beliau sebaik sahaja Almarhum TGNA meninggalkan kita semua amat bertentangan dengan roh pejuangan Pas itu sendiri.

Umpamanya dalam isu pemilihan calon jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menguasai PRU umum yang lalu, Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk mencalonkan DS Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal Perdana Menteri. Tetapi persetujuan ini, dikhianati Hj Hadi apabila di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat beliau telah mencadangkan dan berkehendakan Yb Mulia Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno menjadi Perdana Menteri.

Untuk apakah ini semua. Jika keputusan yang diputuskan dalam majlis Presiden Pakatan Rakyat pun hendak dikhianati oleh beliau, wajarkah beliau masih boleh diperakui sebagai orang yang layak untuk diberi baiah. Bukankah perbuatan tidak menepati janji itu merupakan salah satu ciri-ciri munafik seperti yang Baginda Rasulullah SAW sabdakan. Apakah Hj Hadi tidak pernah menjumpai hadis sebegini di dalam lewat kehidupan beliau.

Naifnya Hj Hadi. Adalah menjadi perbualan ramai pemerhati politik di tanah air ini, setelah isu baiah mula meniti di bibir rakyat marhean terbanyak. Masih perlukah setiap ahli dan mereka yang berbaiah untuk setia di dalam perjuangan Pas menjadikan Hj Hadi sebagai Wali yang aulia. Berdasarkan sirah kehidupan Hj Hadi yang sering menggadai dan mengkhianati janji dengan Pakatan Rakyat atau di baca secara mendalam sebagai rakyat terbanyak, beliau bukanlah seorang yang layak untuk diberi baiah. Lihat saja lah kes pertembungan calon du tiga dun di Terengganu,

 Kota Damansara,  Sungai Aceh Pulau Pinang dan Parlimen Labuan yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara Pas, Umno dan Parti Keadilan Rakyat. Telah sahih dan jelas bahawa ke semua Dun dan Parlimen itu akan ditandingi oleh PKR.

Namun pada hari penamaan calon, watak salentia beliau semakin jelas dengan meletak calon pilihan sendiri dan memberikan watikah khas sekaligus membatalkan watikah dari SUA Pas sebagaimana lazimnya. Perbuatan-perbuatan sebeginilah menjadikan dirinya yang begelar ulama tetapi hakikatnya pada pakaian diri seperti jubah dan serban atau yang lebih menarik lagi barangkali celana dalam yang dipakainya jugak kelihatan berdebu dan penuh kotaran di mata rakyat.  Pengkhianatan kepada janji ini menyebabkan Pas gagal membentuk Kerajaan di Terengganu dalam PRU yang lalu.

Bayangkan jika nafsu jahat ini tidak dilakukan oleh Hj Hadi sudah tentu, Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan diterajui Pas akan terbentuk di Terengganu.

Malang sungguh kerana pengkhianatan ini telah membuatkan jutaan harapan rakyat Terengganu dan lain-lain tempat terpaksa berputih mata di atas tindakan yang penuh alim dan islamik Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia ini. Pastinya jutaan jiwa berasa hampa dengan tindakan tersebut malah apa yang lebih penting lagi beginikah akhlak mereka yang sepatutnya diberi walak dan baiah. Dalam konteks isu Kedah, sememangnya telah menjadi sejarah yang cukup tragis dan menyedihkan.

Tanyalah pengundi Pas yang mempunyai akal yang matang. Berbicaralah dengan pengundi Pakatan Rakyat yang lain. Sudah tentu rasa kesal ini begitu mendalam dan jika dihempak ke atas kepala Presiden Pas pastinya dosa kerana kealpaan ini tidak sanggup untuk dipikul oleh beliau.

Dewan Ulama Pas Kedah sebelum ini telah berulangkali menuntut supaya Almarhum Menteri Besar Kedah di tukar atau diganti. Sikap bodoh sombong dan tidak peka pada percaturan politik menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tumbang seperti Terengganu.  Justeru,  perlukah kita terus meletakan wala pada pemimpin yang gagal membawa harapan parti khususnya mendengar nasihat Dewan Ulama Pas Kedah sebagai wali. Rasanya amat tidak layak sama sekali dan apatah lagi untuk diberi baiah kepada pemimpin sebegini. Sesungguhnya,  baiah yang dialunkan oleh Hj Hadi tidak lebih dari bahan penyedap rasa. Terlebih digunakan akan menyebabkan tubuh badan mudah dihinggapi penyakit.

Oleh itu, jauhilah perasa sebegini kerana pada akhirnya ia akan menjadi racun yang merosakan diri dan organisasi yang dipimpinya.. Wallahuaklam. Salam Ukhwah, Dr Mohd Osman Mohamad Serdang, Selangor


No comments: