Saturday, January 31, 2009

Adun Bota-Umno gila talak, Keadilan jadi Cina Buta?


Dilulus terbit pada Saturday, January 31 @ 01:52:22 MYT oleh Reformis

ArtikelOleh hermansamsudeen

"

Setelah nekad melemparkan ‘talak tiga’ kepada Umno hujung minggu lalu, kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Dato’ Nasarudin Hashim menjadi tumpuan utama seluruh negara.



 

Umno Perak ternyata tidak puas hati dan masih trauma dengan tindakan beliau. Maka Najib dengan penuh rasa terkilan memanggil baki 26 Adun BN Perak yang tinggal untuk bersumpah taat setia di Kuala Lumpur.

Dalam majlis itu juga Najib meminta agar usaha untuk memujuk dan rujuk kembali dengan Adun Bota itu di lakukan.

Lantas, Setiausaha Umno Perak, Dato’ Ramly Zahary mengarahkan beberapa teman rapat Nasarudin untuk pergi bertemunya.

 

Tindakan ini sekaligus menafikan sikap Ketua Pembangkang Perak Tajol Rosli yang mengatakan bahawa;

“Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim melompat parti tidak melemahkan Umno Perak, sebaliknya memberi nafas baru bagi membina semula parti”

Ternyata Umno kini sesak nafas dan tiada lagi nafas baru buat mereka melainkan menarik semula talian hayat mereka iaitu Nasaruddin.

Semasa mengumumkan ‘perceraian beliau’ dengan Umno, Nasaruddin juga mengistiharkan ‘pernikahan’ beliau dengan Keadilan berwalikan Anuar Ibrahim.

Maka, semakin sesaklah jiwa pemimpin Umno yang masih tidak terlepas dari badi PRU-12.

Anwar dan pimpinan Keadilan lainnya tersenyum puas dengan ‘pernikahan’ yang belum sampai seminggu itu.

Umno yang kemaruk ‘jandanya’ itu, tidak putus-putus untuk berusaha merujuk kembali. Inilah peluangnya kerana ‘perkahwinan’ Nasruddin dengan Keadilan umpama ‘kahwin Cina Buta’.

Seandainya Keadilan mampu melayan beliau dengan baik, maka peluang Umno amatlah tipis. Apa yang Umno boleh lakukan kini adalah menaburkan janji kemewahan serta gimik perubahan bagi menambat hati jandanya yang kini sudah berumahtangga dengan orang lain.

Keputusan ditangan Nasruddin. Cerai Rujuk dalam politik sudah menjadi asam garam.

Dulu Ezam bercerai talak sejuta dengan Umno. Maka Umno melempar beliau ke dalam ISA. Selepas keluar Umno jumpa dia lagi, pujuk, rayu, janji beri kemewahan dan akhirnya Ezam hanyut dengan kotak-kotaknya ke pangkuan Umno.

Walaubagaimana pun Keadilan tidak rugi apa ketika itu kerana saat Ezam bersama Keadilan ribuan manusia telah dia bawa masuk dari Umno. Tapi bila dia keluar hanya dua tiga karat sahaja yang mahu mengikutnya.

Ternyata orang yang keluar Umno lebih ramai dari yang kembali rujuk. Malah yang rujuk kembali pada Umno tidak menjadi apa. Lihatlah apa yang berlaku pada Ezam, Lokman Adam dan juga Ruslan Kasim. Mereka telah lama rujuk, tapi kini hanya menjadi Kuli batak Umno. Saat Pilihanraya barulah mereka dipanggil untuk digunakan bagi menghentam Pakatan, khususnya Keadilan.

Selepas itu mereka dibiarkan merempat lagi sementara menunggu Pilihanraya akan datang.

Bila Ruslan Kasim masuk Umno dia kutuk Ezam dan Lokman. Bila Lokman masuk Umno dia kutuk Ezam, Bila Ezam masuk Umno di kutuk Anwar akhirnya mereka hanya jadi pencacai yang hanya tahu mengutuk sahaja, walhal merekalah manusia yang paling terkutuk kerana talam dua muka.

Diharapkan Nasaruddin lihat sejarah ini kerana peluangnya menyerlah dalam Pakatan begitu besar sekali berbanding rujuk kembali pada Umno.

Yang lepas itu biarlah berlalu, sekarang binalah hidup baru dengan ’suami baru’. InsyaAllah tak lama lagi lebih ramai yang akan tinggalkan Umno dan BN. Mereka hanya perlu pilih Pas, Keadilan atau Dap sahaja. Masa depan mereka dalam tangan mereka sendiri bukannya pada Umno-BN!

No comments: