Thursday, May 7, 2009

Krisis MB: Che Det Kata Apa..?-malaysiakini

Petikan dari- Perisik Rakyat

Aku mintak pencacai-pencacai UMNO/BN komen kenyataan Che Det dekat bawah ni... celik mata luas-luas, baca betul-betul .

* Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memecat seseorang Perdana Menteri.

* Bekas Perdana Menteri berpendapat, perkara yang sama diaplikasikan di negeri-negeri iaitu raja tidak boleh menyingkirkan ketua kerajaan melainkan terdapat undi tidak percaya.

* Bagaimanapun beliau tidak merujuk perkara itu kepada kes di Perak sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah berhubung pengesahan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar yang baru.

* "Raja tidak boleh menolak untuk tidak melantik seseorang Perdana Menteri tetapi baginda tidak boleh memecat apabila sudah membuat pelantikan sehinggalah ada undi tidak percaya.

* "Saya fikir peraturan itu juga terpakai di negeri-negeri tetapi dalam kes Perak mungkin ada undang-undang lain, jadi ini saya boleh diperbetulkan," katanya.

* Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada siri wacana perdana bertajuk Peranan Eksekutif, Legislatif, Kehakiman dan Raja Berperlembagaan dalam pemerintahan di Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

* Mengulas mengenai krisis politik di Perak, Dr. Mahathir yang memimpin negara selama 22 tahun melihat Barisan Nasional (BN) tergesa-gesa bertindak mengambil alih kerajaan negeri itu daripada pakatan pembangkang.

* "Saya lihat begitu, ia agak tergesa-gesa. Mungkin mereka membuat sesuatu yang betul, tetapi ia agak terburu-buru," katanya.

* Dr. Mahathir menjelaskan, orang ramai perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku di Perak iaitu mereka tidak seharusnya bertindak tergesa-gesa dalam membuat keputusan.

* "Sesuatu perkara itu mesti dipertimbangkan secara betul sebelum keputusan dibuat.

* "Ini kerana apabila kita dalam keadaan terlalu tergopoh-gapah, kita selalunya membuat silap, jadi dalam situasi apa sekali pun, sentiasalah ambil sedikit masa untuk berfikir," katanya.

* Kepada soalan adakah beliau merasakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menyalahgunakan keistimewaan baginda berhubung kes politik di Perak, Dr. Mahathir menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

* "Saya tidak mahu membuat keputusan tentang perkara ini. Biasanya apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, kita akan menutup mulut," katanya.

* Beliau juga enggan mengulas sama ada pilihan raya di seluruh Perak perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

No comments: