Thursday, April 1, 2010


Di Petik Dari Sumber



Anak Sungai Derhaka






Po94:ADAKAH INI CALON PKR
Pelbagai nama disebut-sebut telah dikemukakan kepada PKR. Antaranya ialah penyelaras Pakatan Rakyat Dato Zaid Ibrahim, Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin, Penceramah popular Ustaz Dr. Badrul Amin, presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud, bekas setiausaha akhbar Anwar Khalid Jaafar dan aktivis peguam N Surendran..

Biar siapapun yang diletakkan.. asal bukan UMNO/BN aku akan sokong!!

.Calon Hulu S'gor: Zaid antara dipanggil Anwar
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi telah menemui kira-kira 10 orang, termasuk penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut bakal dipilih menjadi calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya Hulu Selangor tidak lama lagi.

Menurut sumber-sumber, pertemuan tersebut diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya selepas tamatnya mesyuarat biro politik parti itu kira-kira jam 11 malam tadi.

“Mereka masuk (bertemu Anwar) secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan dua anggota biro politik, Datuk Zaid Ibrahim dan Shamsul Iskandar Md Akin,” kata mereka ketika ditanya tentang pertemuan tersebut.

Kerusi parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad ada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Berikutan itu spekulasi berhubung siapakah bakal dicalonkan bagi bertanding mempertahankan kerusi tersebut, berterusan dalam PKR.

Pelbagai nama disebut-sebut telah dikemukakan kepada parti. Selain Zaid dan Shamsul, turut disebut-sebut ialah penceramah popular, Badrul Amin; presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud; bekas setiausaha akhbar Anwar, Khalid Jaafar; dan aktivis peguam, N Surendran.

Manakala PKR cabang tersebut pula menamakan dua anak tempatan - Razali Mokhtar dan Datuk Dr Halili Rahmat.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber memberitahu kesemua nama yang disebut-sebut itu dipanggil, termasuk beberapa nama lagi yang tidak diketahuinya.

“Jumlah kesemuanya kira-kira sepuluh orang,” kata sumber-sumber itu. Terdapat sumber lain memberitahu, jumlah keseluruhannya 11 orang.

Tambah mereka, pertemuan tersebut hanya sesi “sembang-sembang” dengan Anwar bagi mengenalpasti calon yang paling layak untuk dipilih.

Ditanya tentang perbincangan biro politik yang bersidang malam tadi, sumber-sumber memaklumkan bahawa soal pemilihan calon ditimbulkan tetapi “tidak dibincangkan sangat” kerana ia merupakan bidang kuasa presiden dan ketua umum.

“Presiden dan ketua umumlah yang akan memilihnya,” katanya yang menjangka pemilihan calon tidak akan dibuat tergesa-gesa, termasuk dalam mesyuarat majlis tertinggi PKR Ahad ini.

Ditanya tentang nama-nama yang dianggap selesa, sumber tersebut menamakan Syed Shahir dan Khalid.

“Yang lainnya masih 50-50,” katanya sambil menambah, kemungkinan terdapat di kalangan mereka
yang dipanggil semalam tidak berminat dan akan memberikan laluan kepada pihak lain.Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan disifatkan sebagai takut untuk menjelasakan isu APCO apabila mengambil tindakan merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tanpa membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tindakan kerajaan itu menunjukkan kerajaan juga lemah untuk berhujah dan mengemukakan fakta bagi menafikannya.

"Sebelum merujuk Anwar, mereka perlu membuat penjelasan berhubung dakwaan Anwar tentang penglibatan APCO sebagai perunding dan penasihat 1Malaysia.

"Pada saya, kerajaan lemah dan tiada fakta untuk berhujah, mereka masih belum menjawab di Dewan Rakyat biarpun menafikan penglibatan APCO dalam gagasan 1Malaysia,” ujarnya kepada Harakahdaily petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan merujuk Anwar ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen juga akan terus memburukkan imej kerajaan.

Rakyat Malaysia dan antarabangsa, katanya sedang menunggu penjelasan tuntas daripada kerajaan berhubung perkara itu.

"Tindakan merujuk Anwar tidak membantu membersih imej kerajaan malah akan terus memburukkan lagi imej negara kepada masyarakat negara dan juga masyarakat antarabangsa khususnya negara anggota OIC," katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, tindakan terhadap Anwar itu bertujuan bagi menyekat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbahasan Dewan Rakyat akan datang.

"Sidang akan datang sangat penting kerana melibatkan perbahasan isu Model Ekonomi Baru (MEB) Najib dan RMK10, mereka mungkin mahu menyekat Anwar daripada terlibat," katanya lagi.

Sebelum itu, Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk mengheret Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam satu sidang media di lobi Parlimen berkata, beliau akan menghantar surat kepada Speaker esok bagi mengusulkan perkara itu dan akan memastikan tindakan diambil dalam masa sepuluh hari.

"Kerajaan telah putuskan bahawa kita akan membawa usul untuk merujuk Permatang Pauh (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan dewan dengan mengaitkan 1Malaysia dengan Israel," katanya.
Harakah Daily

Kalaulah DS Anwar Ibrahim ni digantung dari menghadiri sidang Parlimen dalam masa yang terdekat ini, pastinya akan meriah Pilihanraya Kecil Hulu Selangor dengan ceramahnya.. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata kerajaan akan mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa mengenai hak dan kebebasan Parlimen.

"Kerajaan mengambil keputusan membentangkan usul untuk membawa wakil Permatang Pauh ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan 18(2)," katanya.

Menurut Nazri kerajaan telah mendengar penjelasan Anwar Selasa lalu dan mendapati hujah-hujahnya tidak mempunyai asas untuk menyokong dakwaannya.

Tindakan berkenaan berhubung dengan dakwaan ketua umum PKR itu yang 1Malaysia adalah diciplak daripada 'One Israel' di Dewan Rakyat.

Semasa ucapan lebih tiga jamnya ketika hujah penggulungan terima kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, Anwar mendakwa Apco Worldwide, sebuah agensi perunding dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan "One Israel'.

Menurut beliau, Apco pada 1999 menasihatkan perdana menteri Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan 'One Israel'.

Nazri kemudiannya memberi ketua umum PKR itu tempoh seminggu untuk memberikan penjelasannya pada Selasa lalu.

Anwar kemudiannya menggunakan kesempatan itu untuk mendedahkan peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

Apa-apa yang diluahkan oleh ahli parlimen ketika sidang Dewan Rakyat dilindungi oleh imuniti dan tiada tindakan yang boleh dikenakan, termasuk didakwa di mahkamah kecuali dihadapkan ke jawatankuasa khas itu.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa yang ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan. 
Malaysiakini

Dont Talk Shit - Brahim Ali


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berang dan mengutarakan kata-kata kesat ketika diajukan soalan berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam wawancaranya dengan Al Jazeera.

Klip video itu disiarkan dalam rangkaian perkongsian video Youtube.

Dalam laporan itu, wartawan Al Jazeera mengajukan soalan berhubung DEB yang didakwa bersifat perkauman.

Sebaik mendengar dakwaan itu, Ibrahim terus berang dan berkata berulang kali berkata: "Jika bangsa-bangsa asing ini mendakwa mereka rakyat kelas kedua, 'don't talk s**t! Don't talk s**t!' Saya ulang untuk kali ketiga, 'don't talk s**t!”

Suara Ibrahim ketika kata-kata kesat itu diluahkan telah disunting oleh Al Jazeera kerana dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan. 



"Kami bangsa Melayu telah banyak maafkan mereka, malah kami juga berkorban kepentingan kami," kata Ibrahim lagi.

Rencana Al Jazeera itu melaporkan ramai rakyat Malaysia berpendidikan tinggi meninggalkan negara ini kerana dasar-dasar diskriminasi melaui DEB.

Antara yang dipaparkan ialah Shirlene Ong yang telah menetap selama enam tahun di Hong Kong.
“Saya tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Apa yang mungkin membuat saya menukar pendirian ialah apabila semua rakyat Malaysia dilayan secara saksama," katanya.

Turut diwawancara dalam laporan itu ialah penganalis politik Malaysia, Farish Noor yang mendakwa kebebasan akademik tidak wujud di Malaysia dan kini menjadi pensyarah di Singapura.

Menurut video terbitan Al Jazeera itu, DEB yang diperkenalkan oleh ayahanda Najib, Tun Abd Razak Hussein dan adalah bersesuaian bagi beliau menanggalkan dasar-dasar diskriminasi berkenaan.




No comments: