Saturday, April 3, 2010

Ulama' di hina akhir zaman?


Celako, Celako, Celako

Sekiranya pembaca budiman ingin 
meninggalkan komen dan memberi 
pandangan anda, saya amat-amat 
bermohon ianya tidak mengkeji atau 
mencaci maki sesiapa. Komen yang 
bersifat serangan peribadi tidak 
kira kepada sesiapa sekalipun 
dan komen yang tersasar 
dari konteks perbincangan yang 
rasional dan membina tidak 
akan disiarkan. Komen-komen 
di dalam dialek yang ejaannya 
sukar dibaca dan istilahnya  
sukar difahami juga tidak 
akan dilepaskan. Harap maklum.
Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat 
adalah Pengerusi Jawatankuasa 
Balak Negeri Kelantan. 
Pendek kata segala urusan kelulusan 
Balak akan terpaksa melaluinya.
Selain daripada itu, setiap pihak 
yang memohon balak dan segala 
derma yang dijanjikannya akan
 dimaklumkan di dalam mesyuarat
 exco atau mesyuarat pre council.
 Ini termasuk modus operandi 
bagi permohonan tanah hutan 
untuk tujuan perladangan.
Contohnya, beberapa bulan 
yang lepas, YB Fatah 
Mahmood telah mempertahankan 
di dalam mesyuarat permohonan
Kelulusan tanah hutan simpan 
untuk tanaman perladangan. 
Kelulusan itu dipohon exco
 berkenaan di atas  nama salah 
sebuah syarikat milik 
Roshaimi Bin Razak. 
Alasan yang diberikan mengapa
 tanah tersebut perlu diluluskan 
adalah kerana Roshaimi telah 
bersetuju untuk menderma 
‘sejumlah’ wang kepada salah sebuah
 NGO yang dipengerusikan oleh 
salah seorang ahli exco 
Kerajaan Negeri Kelantan. 

Modus operandi yang sama 
dibuat dalam permohonan kelulusan 
tanah hutan simpan di Dabong 
kepada lagi satu syarikat milik 
Roshaimi Bin Razak lebih kurang 
enam bulan sebelumnya. 
Permohonan enam bulan yang lalu 
juga kononnya kerana Roshaimi 
akan menderma kepada sebuah 
NGO bernama PERAKAN.
Bagaimana Nik Abdul Aziz tidak 
tahu menahu hal ‘derma’ ini 
bila di dalam insiden terakhir 
Nik Aziz terpaksa berdebat dengan 
salah seorang exco yang cuba 
menghalang tindakan tidak 
bermoral ini berterusan. 
Hingga akhirnya Nik Aziz 
terdiam bila exco berkenaan
 terpaksa membaca ayat 
Al Quran yang mengkehendaki
 kekayaan 
dibahagikan sama rata 
dan bukan kepada golongan
 tertentu sahaja.
Saya tidak berhasrat mendedahkan
 maklumat terperinci kerana ini 
berkisar kepada mesyuarat 
Majlis Kerajaan Negeri (Exco) 
dan saya tidak mahu ada ahli 
exco yang akan melenting dan 
mendakwa bahawa apa yang 
saya sebut melanggar Akta Rahsia 
Rasmi dan ada lagi gesaan 
supaya siasatan dibuat terhadap
 ahli exco yang membocorkan 
rahsia yang dibincangkan 
di dalam mesyuarat Majlis
 Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Tetapi saya suka menjawab segala
 kritikan yang dikemukakan di 
dalam posting saya terdahulu.
 Kebanyakan kritikan ke atas 
saya kononnya datang dari mereka 
yang begitu mencintai PAS dan 
Nik Aziz. 
Saya segaja lepaskan kesemua
komen di dalam posting yang 
lalu walaupun kebanyakannya 
memualkan dan langsung tidak 
berkisar kepada perdebatan dan
 hujah yang memberi faedah 
kepada kita semua. Tidak kurang 
juga berpusat kepada serangan
 peribadi yang memalukan. 
Bermula dengan posting ini,
 hanya komen yang bertitik tolak
 kepada hujah dan tidak melibatkan 
serangan peribadi kepada
 mana-mana
 pihak akan saya lepaskan. 
Hanya 
komen yang menggunakan bahasa 
yang baik dan bersih sahaja 
akan menghiasi ruangan 
komen ini bagi menggalakan 
perbincangan yang ilmiah dan
 berfaedah.
Seperti saya katakan, saya suka kritikan. 
Kritikan mendorong saya untuk
lebih praktikal dan memberi lebih
 banyak bukti di dalam menegakkan 
tulisan saya. 
Hari ini saya akan menjawab
 ketidakpercayaan terhadap hujah
 saya terdahulu dengan
 mendedahkan beberapa maklumat
 daripada dokumen sulit
 POST-MORTEM PILIHANRAYA
 UMUM 2004 DI KELANTAN.
Pilihanraya Umum 2004 menyaksikan
 bagaimana PAS Kelantan 
mengalami kemenangan paling tipis 
 dan di akhir penggal tersebut, 
mereka hanya mempertahankan 
Kerajaan Negeri Kelantan dengan 
1 kerusi yang dimenangi dengan 
kelebihan 2 undi sahaja.
Berdasarkan dokumen yang 
dilampirkan di bawah, antara punca 
yang dikenal pasti oleh PAS terhadap 
tindakbalas pengundi kepada mereka 
di dalam PRU 2004 ialah faktor-faktor
 kelemahan mereka sepanjang 
penggal 1999 hingga 2004, 
tempoh ini ialah setelah PAS 
menang besar di dalam PRU 1999.
Kebanyakan dokumen yang telah 
saya siarkan di blog ini ialah
 berhubung kebobrokan yang berlaku
 sepanjang tempoh tersebut 
kerana setelah menang besar 
dalam PRU 2008, PAS Kelantan
 di bawah pentadbiran Nik Abdul 
Aziz sekali lagi mengulangi 
kebobrokan 1999-2004.
Antara punca yang terkandung di 
dalam dokumen tersebut adalah;
  • Sikap selesa – Yakin menang PAS Kelantan.
  • Sabotaj dan masalah dalaman PAS Kelantan.
  • Peribadi dan akhlak calon PAS Kelantan.
  • Prestasi Wakil Rakyat PAS Kelantan yang lemah.
  • Dasar Tanah Kerajaan.
  • Kewangan.
Izinkan saya mengulas sedikit 2 
punca terakhir iaitu bermula 
dengan Dasar Tanah Kerajaan. 
Rakyat kelantan yang tinggal di Jeli, 
Kuala Krai dan Gua Musang adalah 
antara yang marah dengan dasar
 Kerajaan Negeri. Salah satunya
 ialah pengambilan tanah untuk 
Ladang Rakyat yang menindas
 rakyat dan merampas hak 
rakyat yang telah membayar 
deposit dan menjadi peneroka
 berzaman dahulu. Tanah-tanah
 itu pula kebanyakannya 
diberikan kepada lantikan-lantikan 
politik Parti termasuk ahli 
Halaqat Negeri dibawah Skim 
Ladang Rakyat. 
Rakyat yang terjejas akibat skim ini 
pula tidak dibayar pampasan setimpal
 dan ada yang tidak menerima 
pampasan langsung.
Pampasan hanya diberikan selepas 
PRU 2004 bila PAS Kelantan
 tinggal nyawa-nyawa ikan. 
Malangnya setelah menang besar 
dalam PRU 2008, kejadian yang sama berulang kembali. 
Sehingga kini sudah ramai penduduk
 di jajahan Gua Musang mengadu hal
 berkenaan.
Berpindah kepada faktor Kewangan, 
adalah amat mendukacitakan 
bila Jentera PAS Negeri Kelantan 
mengadu tidak mempunyai sumber 
kewangan yang cukup. 
Ini kerana tempoh 1999 hingga 2004, 
beratus ribu ekar tanah balak 
dan juga pengambilan pasir 
sungai telah diluluskan kepada 
pihak swasta dengan janji derma yang
 menjangkau puluhan juta ringgit. 
Adakah wang derma yang sepatutnya 
dihadiahkan kepada Jentera 
Parti yang berselindung disebalik 
nama NGO-NGO, Syarikat-syarikat 
‘Non-Profit’ Berhad dan agensi-agensi 
dakwah telah disalah gunakan 
atau telah dikeluarkan untuk tujuan
 lain yang memberi faedah kepada 
beberapa individu dan bukan aktiviti parti?
 Ahli-ahli PAS sepatutnya bertanya
 kepada pimpinan parti mereka.
Selepas kekecewaan PRU 2004,
 Pihak Perhubungan PAS Kelantan 
terpaksa di dalam sulit mengakui 
dua perkara penting yang digambarkan 
di dalam analisa bedah siasat mereka iaitu;
  • Kelemahan pengurusan 
  • pentadbiran Nik Abdul Aziz
  • Tahap kesedaran Islam yang
  •  semakin rendah di kalangan 
  • kepimpinan, ahli dan
  •  petugas pilihanraya PAS.
Untuk bangkit dari kemelut tersebut, 
PAS Kelantan dikehendaki 
menjalankan gerak kerja penerangan 
dan dakwah yang berteraskan 
mendedahkan kejahatan 
lawanselain menerangkan
 kenikmatan Islam. 
Bukankah mendedahkan 
kejahatan lawan itu sama
 seperti mendedahkan 
‘aib’ seseorang? 
Tepuk dada tanya selesa. 
Oleh itu berhentilah mengugut 
saya supaya tidak membuka 
‘aib’ Parti PAS Kelantan di
 bawah pentadbiran Nik Aziz.
Bedah siasat juga mendapati 
Dasar Membangun Bersama Islam 
sebenarnya tidak ke mana kerana 
ianya sekadar retorik 
sehingga terpaksa 
dicadangkan perancangan dibuat 
mengikut empat perkara iaitu misi, 
objektif, strategi dan taktikal.
Kepada mereka yang mendakwa
 diri pembela Nik Aziz dan 
pendokong seruan PAS, berhentilah 
menepuk air di dulang. 
Sebaliknya tepuklah bahu 
pimpinan anda dan tegurlah mereka.
Sehingga itu adalah amat pelik 
apabila pihak media massa merungut
 bahawa Nik Abdul Aziz
 terus-terusan tidak mahu menjawab 
persoalan balak dan pembahagian kepada
 orang-orang tertentu seperti 
yang didedahkan di dalam blog ini. 
Mungkin Setiausaha Akhbar baru 
Menteri Besar Kelantan 
boleh tolong menjawabnya dan
 jangan sekadar mengadu di
 sana dan sini bahawa komen
 anda tidak diluluskan. 
Jangan menunding sebarangan 
kalau tidak mahu jari anda itu tersepit.


responses
indraputra80 




Blog Bangsat yg.tidak tahu menilai maksud" Rahsia"
demi memuaskan Dendam Kesumat,maka di
siarkan lah di artikel.,yang berkepentingan Peribadi.

Komen yg.di siarkan hanya yang menyokong ,
 manakala yang tidak akan di hapuskan,

Ia Saolah olah mengambarkan penulisan atau
Artikel yang di siarkan itu benar benar di sukai
atau di persetujui ramai.

Betapa Bodoh dan berfikiran sempit nya manusia ini.,
yang cuba menjatohkan Ulama yg.mempunyai
pengikut yg.ramai dan telah terbukti Berilmu atau Alim.

Orang Kelantan memang tak mahu belajar dari
kesilapan yang lalu apabila Tuan Guru yang Alim di
bunuh secara terhina,semata mata mendengar
hasutan Penjajah dari pencacai yg.di upah seperti Anda.

20 tahun bekerje dgn Tuan Guru Nik Aziz ,20 tahun
 bagi makan anak bini dgn hasil dari situ.

Kemudian dgn sedikit hal melenting mementang
Tuan Guru NA.
Tak De beza Iblis dgn Allah.,
yang kuat beramal dan hanya untuk seketika
 menunaikan perintah Allah tunduk
 kepada Nabi Adam A.s.,die menentang Allah.,
akhirnya menjadi penghuni Kekal di Neraka.

Padan lah dgn wajah dan perwatakan yang Gadebe
 tapi akal sekecil kepala Lutut.
Di Petik Dari Sumber



llllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll



- 1 RUANG IKLAN MASIH KOSONG -



Mana lagi dokumen...
Posted
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

ResponOleh: genken

"Terima kasih kepada blogger Syed kerana mendedahkan dokumen rahsia parti PAS. Kalau Syed tidak dedahkan  nanti ramai yang tidak Syed diluar sana tidak tahu PASTI diderma oleh taukeh balak. Di samping itu, taukeh balak pula dapat projek dari Kerajaan Kelantan.

Kalau Syed tidak dedahkan, orang tidak tahu taukeh balak 

yang cina itu begitu sanggup menderma untuk sekolah PASTI. Sebabnya sekolah PASTI adalah sekolah anak-anak miskin. Nasib baik taukeh balak yang dapat projek itu derma, kalau tidak agaknya PASTI tidak dapat berjalan dengan baik. Nak harapkan yuran sudah tentu tidak cukup untuk meneruskan operasi.


Dalam aspek lain pula, derma itu dibuat dengan surat menyurat yang mempunyai rujukan tertentu. Maka sudah tentulah ia melalui proses biasa sesuatu derma. Sesiapa saja boleh minta derma dengan taukeh balak itu. Rasanya kalau Syed ada maklumat siapa lagi yang dapat derma taukeh balak itu, sila dedahkan juga. Derma ke PASTI itu nampaknya tidak dilakukan terus ke dalam poket individu. Elok kalau Syed blogger ada maklumat kalau-kalau duit derma itu masuk poket individu tertentu, dedahkanlah juga. Individu yang ada dalam surat menyurat itu sebenarnya atas kapasiti PASTI.


Mungkin Tuan Syed fahami atas kapasiti individu.

PASTI dikira bertuah kerana ada orang cina sanggup menderma untuk perjalanannya. PASTI jauh dari dapat derma kerajaan persekutuan, apatah lagi UMNO. Kita tidak ada dokumen setakat ini orang-orang kaya seperti Tokoh Maal Hijrah yang ada Syed depan namanya itu sudah derma ke PASTI atau tidak. Kalau Syed ada dokumen jutawan yang ada Syed depan namanya itu derma ke PASTI, eloklah dikeluarkan juga. Atau rakan kepada tokoh maal hijrah itu yang kini taukeh NAZA yang juga ada Syed depan namanya itu derma ke PASTI. Setakat ini tidak ada.

Akhirnya yang derma ialah taukeh cina dan ibu bapa yang hantar anaknya ke PASTI. Lim Guan Eng kononnya sudah salorkan bantuan kepada PASTI melalui kuasa yang ada padanya.

Elok sangat taukeh-taukeh cina lain yang mahu menyumbang kepada PAS boleh turut menyumbang kerana dokumen yang Syed dedahkan itu menunjukan ada cina yang sanggup membantu PASTI.

Yang lebih penting surat-surat derma yang Syed dedahkan itu pula setakat ini belum lagi menarik minat SPRM. Oleh yang demikian taukeh cina bahkan india yang kaya-raya itu boleh membantu sama. Tak perlulah bimbang kepada SPRM.

Kebijaksanaan pimpinan PAS kelantan mencari derma untuk PASTI harus dipuji. Bahkan mereka sepatutnya boleh melakukanya kepada syarikat-syarikat lain yang jauh lebih hebat misalnya kepada taukeh Yayasan Syed Al-Bukhari atau taukeh NAZA KIA iaitu anak Syed Azimuddin yang mempunyai Syed didepan namanya itu.

Mengenai bocorkan RAHSIA parti PAS – terima kasih kepada blogger Syed kerana mempunyai dokumen RAHSIA pas. Walaupun ia RAHSIA, tetapi ia tidak mempunyai apa-apa yang perlu dirahsiakan. Bahkan dokumen itu menunjukkan PAS menjalankan kajian kekalahannya. Nampaknya kajian yang dibuat agak menyeluruh.

Terus terang selama ini PAS dianggap satu parti yang tidak ada strategy dan berlangsung begitu saja. Ramai penulis dalam blog internet beranggapan sedemikian, terutamanya yang totok UMNOnya. Rupanya PAS tidak begitu. Kajian bedah siasat PAS yang Syed dedahkan itu buktinya.

Kalau selama ini ramai yang anggap PAS berjalan tanpa strategi adalah sama sekali salah. Bukan senang hendak melakukan bedah siasat. Apatah lagi mengeluarkan laporan dan cadangan yang lengkap begitu. Najib dan Khairy yang hebat itu sanggup membayar syarikat yang berkepentingan perisik israel untuk memberi cadangan kepada mereka.

Dokumen yang Syed dedahkan itu boleh dijadikan contoh oleh PAS cawangan yang kecil-kecilan supaya berkerja dengan strategi dan bukannya buat ikut dan.

Eloklah kalau Syed dedahan lebih banyak lagi dokumen yang dimilikinya itu, biar semua orang tahu kebijaksaan kepimpinan PAS terutamanya pimpinan TGNA di Kelantan.

Dan dalam masa yang sama biar PAS tahu ada pencari dan pembuka maklumat yang sangat rapat dengan TGNA dan perlu berhati-hati. Sepertimana Anwar dengan Saiful si pencari dan pembuka cawan minumannya.

Kalaulah tidak ada pencari dan pembuka fail maklumat itu pun tak apa, Tuan Syed sendiri pun bukan sekejap berada dekat dengan TGNA di Kelantan, tentulah Tuan Syed sendiri lebih maklum akan maklumat yang Tuan Syed dapat.

muramatsu UK







No comments: