Thursday, June 24, 2010















Warta 365 - Berita Terkini Segenap Dimensi

Isu Melayu Merempat di Pulau Pinang Salah Sapa Sebenarnya? Jawapannya: Tentulah UMNO-APCO-YAHUDI!!!

Kecoh di pulau pinang dengan isu "Melayu Terpinggir..Melayu Merempat..Melayu Pulau Dihalau,Dianak Tirikan..Di anak Berukkan". isu hot ini menjadi senjata UMNO-APCO-YAHUDI sebagai modal untuk membantai Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Huk alahai...isu ini bukan baru la woiii, isu ini sejak tahun-tahun 80an lagi.



Weiiiiiii, melayu penang (ramai bukan melayu ori, tetapi mamak+melayu) sila jawab soalan aku,meh:


1.Selama ni sapa yang perintah Penang , sebelum Marc 2008?
2.Selama ni,sapa yang dok  gadai tanah rizab melayu kat penang kepada cukong (Taiko-Taiko Cina) untuk dibuat kawasan-kawasan kilang & komersial , sebelum Marc 2008?


Ok, ini berita yang digali dari kubur altantuya..ahakss..



Melayu Pulau Pinang terpinggir, penduduk dan ahli Umno piket depan PM - berita pada 13 Ogos 2007


BAYAN BARU :- Seramai 37 keluarga Melayu Kampung Sungai Nibung Besar, Bayan Baru bakal terusir apabila tanah yang mereka diami puluhan tahun di lot 1648 dan 1650 Mukim 12 Daerah Barat Daya dibeli oleh syarikat Avongold Valley Sdn Bhd untuk tujuan pembangunan perumahan komesial bernilai RM700,000.00 seunit. 






Baru-baru ini penduduk yang dikenakan saman oleh pemaju berkenaan kerana dianggap 'berdegil' terpaksa mengadakan piket aman di hadapan Jalan Aziz Ibrahim untuk menagih simpati banyak pihak termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. 


Harapan setinggi gunung diluahkan kepada Dato' Seri Abdullah menerusi memorandum yang diserahkan oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno Cawangan Sungai Nibung Pantai,Kuraishah Syed Mohamad sewaktu Perdana Menteri mengadakan perhimpunan rakyat di Maktab Perguruan Tengku Bainun, Bukit Mertajam Ahad lepas. 


Mengikut surat saman yang mereka terima, syarikat berkenaan mengarahkan penduduk meninggalkan kampung tersebut dalam tempoh sebulan mulai 30 Disember 2006 dengan wang pampasan RM30 ribu ke RM40 ribu sahaja. 


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Sungai Nibung Besar, Haji Karsa Haji Noordin ketika ditemubual wartawan menegaskan, penduduk sepakat tidak akan meninggalkan kampung halaman selagi syarat perjanjian antara pemaju dan penduduk iaitu rumah ganti rumah tidak mendapat perhatian. 


Menurutnya, dengan pampasan sebanyak itu mana mungkin penduduk boleh mencari penempatan lain ekoran harga tanah dan rumah yang melambung tinggi semenjak kebelakangan ini. 


"Jika pampasan sebanyak itu kami nak tinggal di mana. Kami bukan ada tanah lain melainkan pampasan dipertimbangkan semula, " ujarnya. 


Maka sebab itu, penduduk mengadakan pertemuan dengan pemaju berkali-kali untuk mempastikan permintaan untuk menaikkan lagi bayaran pampasan kerana pampasan yang dicadangkan tidak releven dengan keadaan sekarang. 


Jika gagal, penduduk memohon jasa baik Perdana Menteri selaku peneraju parti yang menjadi tulang belakang orang Melayu di Pulau Pinang membeli kembali tanah itu demi menyelamatkan maruah orang Melayu yang sudah tergadai. 


"Perbincangan dengan pemaju akan diteruskan sehingga berjaya tetapi satu jalan lagi kerajaan membeli balik tanah itu untuk menghindarkan kehilangan orang Melayu yang mendiami kawasan bandar, " jelasnya yang juga bekas Setiausaha Umno Cawangan Sungai Nibung Pantai. 


Ketua Pergerakan Wanita Umno Cawangan terbabit, Kuraishah Syed Mohamad kesal bagaimana hendak melaksanakan tugasan parti kerana tempat yang mereka diami akan musnah. 


"Walau bagaimanapun, Pak Lah memang harapan kami kerana kami tidak mahu meninggalkan penempatan yang dulunya aman damai kini masyarakatnya resah memikirkan masa depan Melayu, " tegasnya. 


Seorang suri rumah, Salimah Ahmad, 71, pula tidak menyangka begini akhirnya hidup orang Melayu di Pulau Pinang tidak terbela dan melarat. 


Jika ada syarikat bukan bumiputra yang membeli tanah milik Melayu kerajaan pimpinan Umno kena membelinya semula untuk menghindarkan orang Melayu daripada terus terhakis di bandar. 


"Saya rasa jika beginilah nasib orang Melayu di Pulau Pinang apa akan terjadi pada generasi akan datang pastinya lebih terancam, " tambahnya kecewa. 


Harakahdaily difahamkan, Jawatankuasa Bertindak telah mengadakan pertemuan sebanyak empat kali dengan pemaju namun hasil belum memuaskan. 


Bukan itu sahaja bahkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerjak, Wong Mun Hoe turut membantu supaya penduduk jangan bertindak secara persendirian sebaliknya duduk di bawah payung Jawatankuasa Bertindak. 


Sementara itu, Timbalan Yang DiPertua PAS Bayan Baru, Haji Idris Abdul Rahman menyifatkan, begitulah nasib Melayu Pulau Pinang sekiranya masih menaruh harapan pada Barisan Nasional (BN) mereka hanya dibela sewaktu dekat pilihan raya. 


Bila sudah menang mereka lebih utamakan projek mega di samping memperkayakan kroni semata-mata. 


OK.SIAP.


dan di bawah pulak, Kenyataan Media dari Pemuda PAS Pulau Pinang, tahun 2002


KENYATAAN MEDIA


UMNO MESTI BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MELAYU YANG TERPINGGIR DI PULAU PINANG


        Melayu Pulau Pinangterpinggir akibat dari perjuangan kebangsaan
sempit UMNO. Kini UMNO berbangsawan di udara, kononnya nak membela nasib
orang melayu. PAS telah sekian lama menyuarakan isu ini, tetapi UMNO tidak
peduli. Malahan dalam hampir setiap ceramah PAS khususnya di negeri Pulau
Pinang ini dan amnya di selururh negara kita telah melahirkan kebimbangan
ini. Kalau PAS bercakap, kita dikatakan perkauman dan diancam dengan ISA.
PERDA adalah proxy UMNO yanag secara gahnya untuk menolong orang melayu,
tetapi pada hakikatnya?. Projek-projek PERDA dilihat lebih kepada satu
rancangan jahat UMNO secara tersusun bagi menyahkan orang melayu dengan
jalan membeli tanah-tanah milik mereka di atas lessen pembangunan dan
apabila pembangunan siap, orang melayu gigit jari, tanda tidak mampu
membeli.


        Kenapa Dr. Mahathir pada hari ini hendak menyalahkan PAS? Siapakah
yang memerintah Pulau Pinang selama 45 tahun? Suatu ketika UMNO pernah
meyandang 12 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tetapi dengan
mudah menyerahkan kepada Gerakan untuk menjadi Ketua Menteri yang pada waktu
itu hanya memenangi 8 kerusi sahaja di DUN. Ilmu hisab jenis apa yang UMNO
pakai? Yang kerusinya sedikit layak menjadi Ketua Menteri. Inilah bukti UMNO
tidak pentingkan soal nasib orang Melayu.


        PAS juga berkali-kali menyuarakan soal bumiputera Melayu yang tidak
mampu berniaga di KOMTAR, tidak mampu menyewa atau membeli rumah-rumah
kedai, malahan tidak mampu membeli rumah di negeri ini sekalipun di atas
tanah yang asalnya milik orang Melayu, kerana harga yang cukup tinggi.
Akhirnya, Jambatan Pulau Pinang yang dibina lebih 17 tahun yang lalu
ternyata untuk menghambat orang melayu ke Kulim dan Sungai Petani. Hatta
boria Pulau Pinang yang menyokong pembangunan untuk orang lain pun turut
terpelanting.


        Inilah dosa UMNO. Inilah dosa pemimpin-pemimpin Melayu UMNO. Inilah
juga akibat dari perjuangan Melayu sempit yang diperjuangkan oleh UMNO.
Kalau UMNO benar-benar memperjuangkan nasib orang Melayu, masakan
penghakisan ini boleh berlaku? Kenapa tunggu setelah 45 tahun baru hendak
tunjuk Hero...Kita pun hairan, angin tidak ribut pun tidak, tiba-tiba
pemimpin UMNO Pulau Pinang mula hendak bercakap soal orang Melayu yang
terpinggir yang bakal menjadi seperti Melayu Singapura. PAS pernah
mengingatkan lebih 20 tahun yang lalu kepada orang Melayu dan UMNO," jangan
jadi seperti Red Indian di Amerika". Tetapi UMNO diam. UMNO buat pekak
badak.


        Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang ( DPPNPP) merasakan ada udang
disebalik batu apabila sentimen perkauman ini ditiup secara tiba-tiba disaat
orang Melayu hampir pupus sama sekali di negeri ini. Ada dua sebab kenapa
sentimen Melayu ini dimainkan. Pertamanya kerana UMNO sudah ketandusan idea
dan isu sehingga mereka terpaksa mencetuskan isu perkauman di negeri ini,
dengan harapan menagih simpati orang Melayu minoriti yang semakin beralih
sokongan mereka kepada parti pembangkang khusunya PAS di Pulau Mutiara ini.
Yang kedua :- kita DPPNPP melihat bahawa satu konspirasi baru sedang dibuat
oleh Dr. Mahathir dan juak-juaknya di Pulau Pinang untuk mengugat dan
menjatuhkan Pak Lah selaku Timbalan Perdana Menteri dengan membongkar
kegagalan Pak Lah memperjuangkan nasib orang Melayu di dalam negeri sendiri.
Gagal untuk menjaga Melayu di negeri sendiri, bagaimana hendak menjaga
negara? Sejarah UMNO dibawah kepimpinan Dr. Mahathir membuktikan tidak ada
Timbalan Perdana Menteri yang berjaya mengambil alih jawatan nombor satu
negara, kecuali kesemuanya kecundang.




        Sementara itu, UMNO pada hari ini menyalahkan Ketua Menteri Dr. Koh
Tsu Koon terhadap pembangunan yang dibuat dengan tidak mengambil kira orang
Melayu. PAS bukan hendak membela YAB Ketua Menteri, kita hendak menyatakan
bahawa PAS tidak ada kompromi dengan dosa penghakisan orang Melayu di negeri
ini. Namun UMNOlah yang mesti bertanggungjawab sepenuhnya jikalau UMNO masih
lagi menjadi tulang belakang BN. Kenapa dahulu UMNO tidak merangka dan
menyusun pelan strategik Pembangunan Pulau Pinang secara bersama bagi
mengelakkan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Semasa Ketua Menteri Dr
Lim Cheong Yew lagi projek penghakisan orang Melayu telah berlaku, tetapi
pemimpin-pemimpin UMNO negeri nganga.


        Tanah wakaf di negeri ini juga tidak di tadbir dan di urus oleh UMNO
dengan sempurna, sehingga tanah-tanah wakaf didiami oelh bukan Melayu Islam;
malah ada yang menjalankan perniagaan yang bertentangan dengan syariat Islam
di atas tanah-tanah wakaf tertentu. Sekali lagi UMNO dan pemimpinya nganga..
Badan Perhubungan PAS Negeri pernah menghantar satu Memorendum berkenaan
penyalahgunaan tanah wakaf pada tahun 1997 kepada Timbalan Ketua Menteri
pada waktu itu. Tetapi Memorendum itu dibakulsampahkan. Tiba-tiba hari ini
juga Dr. Mahathir cuba hendak menyalahkan PAS akibat kegagalan perjuangan
UMNO di negeri ini. Ini tidak adil, sedangkan dalam waktu yang sama Dr.
Mahathir kononnya menasihatkan UMNO agar jangan menyalahkan orang lain. PAS
melihat, Dr. Mahahtir sentiasa mempertahankan bangsa lain dengan mengajak
UMNO agar menyalahkan orang Melayu. Orang UMNO khususnya memang ibarat lembu
dicucuk hidung.


        Isu bahasa Inggeris sekarang ini sudah cukup membuktikan Dr.
Mahathir berjaya menarik hidung orang UMNO, sebaliknya bersedia untuk
berunding, berbincang dan bertolak ansur dengan bangsa lain.


        Jesteru, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menyeru agar orang Melayu
Pulau Pinang jangan lagi mengharapkan UMNO yang telah menyebabkan nasi
menjadi bubur. UMNO kononnya hendak menjadi wira bangsa. Sedangkan UMNOlah
wira yang menguburkan orang Melayu di negeri ini. Kita menyeru agar orang
Melayu jangan percaya dengan lidah bercabang UMNO. Cakap tak serupa bikin
ini telahpun menghapuskan orang Melayu dan telah menyebabkan orang Melayu
terpinggir. Nasib orang Melayu Pulau Pinang sudah tidak mampu dibela oleh
UMNO yang hanya mementingkan pembangunan dan kebendaan semata-mata. Orang
Melayu Pulau Pinang masih ada Parti Alternatif iaitu PAS yang inysaAllah
mampu untuk membetulkan keadaan nasib orang Melayu di negeri ini.


        Sekali lagi kita menyeru supaya orang Melayu Pulau Pinang
meninggalkan UMNO yang selama 45 tahun diberi peluang, namun langsung tidak
boleh diharap. Harapkan pagar, pagar makan padi. UMNO mengaut keuntungan dan
kekayaan diatas belakang orang Melayu. UMNO sudah tidak boleh diharapkan
lagi. Orang Melayu diseru untuk menyertai PAS dan memberi undi kepada PAS
didalam pilihanraya umum akan datang sehingga PAS mampu mengambil alih
kerajaan negeri ini.


Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

No comments: