Sunday, January 9, 2011

DAP kesal media bahasa Melayu tutup isu PKMMPP mohon maaf

| Jan 09, 2011 01:51:47 pm

DAP kesal dengan sikap kebanyakan media berbahasa Melayu terutamanya Utusan Malaysia yang hanya pandai membuat fitnah terhadap Pakatan Rakyat tetapi takut untuk mendedahkan kebenaran, khususnya apabila ia melibatkan kepentingan orang Melayu.

Sebagai bukti terbaru, apabila Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang meminta maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar kanan), Utusan Malaysia diam membisu. Ini menunjukkanUtusan Malaysia yang hanya pandai membuat fitnah dan pembohongan terhadap Lim Guan Eng, DAP serta Pakatan Rakyat tidak berani untuk menyiarkan berita yang benar.

Sikap bacul sedemikian sudah sepatutnya menyedarkan rakyat betapa buruk agenda politik perkauman yang dibawa oleh Utusan serta pihak-pihak tertentu dalam UMNO yang hanya mahu orang Melayu ditutup mata daripada melihat kebenaran.


Selanjut nya: http://www.merdekareview.com

No comments: