Tuesday, February 8, 2011

ADAKAH KITA PERLU MENYERTAI PILIHAN RAYA KECIL?

Dakwaan Zaid Tsabit mengatakan Zulkifli Sulung memburukkan Naib Presiden PAS dan yang juga Pesuruhanjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah tidak benar. Jawaban Zulkifli dalam laman tranungkite online adalah tepat.


Saya pernah mengulas isu ini dalam
blog saya ketika ramai orang bercakap yang UMNO akan menang besar dalam PRK DUN Tenang, ketika itu belum lagi tiba hari mengundi.


Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Zul itu memang kita boleh lakukan. Kata Zul kita ada 3 option (pilihan), iaitu PAS masuk bertanding, bagi kepada PKR atau boikot. Bagi saya kita hanya ada 2 option sahaja, iaitu masuk bertanding atau boikot.


Dari segi pendekatan politik kita perlu masuk bertanding. PRK adalah peluang terbaik kita untuk berlatih menghadapi PRU ke-13 nanti. Disinilah kita akan dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan persiapan jentera pilihan raya kita.Melalui PRK ini juga kita dapat bongkar lebih banyak lagikecurangan UMNO memerintah.


Dulu di Tenang dan kini di Merlimau, Melaka. Ia menjadi tumpuan rakyat seluruh Negara dan dunia mahu tahu apa yang Mohd Ali Rustam dan UMNO akan lakukan di Merlimau pula. Di Tenang seluruh rakyat (kecuali lembu-lembu dan manusia berfikiran JAHILLIAH) sudah sedar bahawa UMNO adalah hipokrit dalam mempertahankan kesucian Islam. UMNO biarkan MCA, khususnya Presidennya Chua Soi Lek menghina Islam semahu-mahunya.


Para pemimpin UMNO berseronok bertepuk tangan gembira kerana orang bukan Melayu menghina, memperleceh dan mengkeji hukum dan peraturan yang diamalkan oleh Islam. Mereka juga turut tumpang konon-kononnya memperlecehkan PAS, tetapi sebenarnya mereka menghina Islam. Menghina Islam bermakna mereka terlibat menghina Allah dan RasulNya.


Jadi, rakyat sudah faham bahawa UMNO hanya memperalatkan Islam demi kepentingan politiknya. UMNO menjadikan Islam sebagai perkakasnya untuk terus mengekalkan kuasa. Oleh sebab itulah Islam di bawah UMNO, semakin kecut dan tidak berkembang maju. Yang berkembang ialah masalah social orang Melayu yang dikatakan Islam itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Kadar jenayah yang meningkat, pergaualan bebas muda-mudi, pebuatan zina, minum arak, berjudi, buang anak, penagih dadah, rompak-mencuri dan berbagai lagi perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dilakukan oleh orang Melayu yang dikatakan Islam.


Pegangan Islam di kalangan Melayu yang dikatakan Islam semakin longgar kerana UMNO tidak menjadikan Islam sebagai pegangan, sebaliknya Islam dijadikan hiasan semata-mata. Di Tenang PAS sudah menang, walaupun kalah dari segi pungutan undi. Menang menelanjang perangai para pemimpin UMNO umpama Iblis dan masih ramai orang Melayu di Johor khususnya di Felda-felda dibelenggu dengan fikiran JAHILLIAH.


Disamping itu, kita dapat memupuk semangat setiakawan dan kerjasama jitu di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.Kita sudah lihat kerjasama itu yang ditunjukkan di Tenang, umpamanya DAP berhempas-pulas mematah hujah MCA yang disokong oleh UMNO membetulkan persepsi bukan Islam terhadap ajaran Islam sehingga orang Cina boleh menerima Normala Sudirman tidak bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrimnya.


1000 tahun lagi pun kalau beginilah perangai UMNO, orang bukan Islam terus buta terhadap Islam.


Kini, tiba pula kita berjuang di Merlimau. Apakah bentuk rupa paras UMNO akan muncul di sini. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Kalah-menang, bukan perkiraannya. Lawan tetap Lawan. Telanjang UMNO dan Ali Rustam secukup-cukupnya. Saya percaya DAP mempunyai banyak bahan dan kisah-kisah yang lebih menarik untuk rakyat dan dunia tahu betapa buruknya pemerintahan di bawah UMNO.


“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

MALAYSIA, NAJIB, MERDEKA

Salam hormat dan bertemu kembali di ruangan ini. Saya hanya sempat mengikut secara rambang pergerakan politik mengusir Hosni Mubarak dari tampok kuasa yang dipegangnya selama lebih 30 tahun ketika berada di luar Negara. Perkembangan politik semasa tanah air tidak dapat mengikutinya. Semasa meninggalkan Negara heboh MCA mendakwa pengundi kaum Cina telah kembali menyokong BN (UMNO) di Tenang. Hakikatnya kaum Cina masih kekal bersama Pakatan Rakyat. Hanya lembu-lembu di Tenang yang menyokong UMNO. Mereka buta mata hati dan masih berkiran JAHILLIAH, UMNO juga menjadi pilihan.


Kembali kepada pergolakan politik di Mesir. Hosni Mubarab nama sebenarnya ialah Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak. Beliau merupakan Presisden Mesir yang ke-4 menggantikan Anwar Sadat yang mati ditembak pada 6 Oktober 1981. Anwar Sadat ditembak oleh Jihad Islam Mesir ketika menerima tabik hormat diperbarisan ketenteraan. Beliau dianggap pengkianat terhadap bangsa Arab kerana beliau terlibat dalam perjanjian damai Kem David dengan Israel yang diusahakan oleh Jimm
y Carter, Presiden Amerika Syarikat ketika itu. Tindakannya itu ditentang hebat oleh dunia Islam dan dunia Arab terutamanya kumpulan radikal Muslim. Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir ke-2 berjaya menjadikan Mesir ikon nasionalisme Arab. Tindakan Anwar Sadat dilihat sebagai pembelot kepada perpaduan Arab dan mengkhianati pan-Arabism yang dimulakan oleh Nasser.


Hosni Mubarak yang dilahirkan pada 4 Mei 1928 di Kafr-El-Meselha. Beliau menerima pendidikan di Akademi Militer Mesir sehingga menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai Juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara.


Beliau melibatkan diri dalam politik dengan menjadi anggota Parti Demo
kratik Nasional Mesir. Beliau begitu cemerlang dalam dunia politik Mesir sehingga beliau dilantik sebagai Pengerusi Parti Demokratik Nasional dan Presiden Mesir menggantikan Anwar Sadat yang mati dibunuh. Rakyat Mesir yang hidup dibawah pimpinannnya selama lebih 30 tahun menderita teruk akibat pemerintahan secara dictator. Rakyat Mesir tidak ada kebebasan untuk bersuara, berhimpun, berorganisasi dan ketinggalan dalam berbagai sector. Rakyat biasa hidup melarat dengan kos belanja hidup yang membebankan. Kekayaan Mesir dinikmati oleh golongan elit yang berkuasa dan orang-orang yang disekelilinginya. Rakyat marhaen terpinggir tanpa perhatian kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Curak pemerintahan sebegini menimbulkan kemarahan dan tentangan hebat dari rakyat.


Oleh itu, rakyat bangun menentangnya. Enam kali cubaan membunuhnya gagal. Pada bulan Jun 1995, ketika beliau menghadiri Persidangan Orgnaisasi Afrika Bersatu, satu cubaan membunuhnya telah dilakukan, tetapi gagal. Hosni Mubarak masih bernyawa. Cubaan bunuh itu kononnya melibatkan Al-Gama al-Islamiyya dan Jihad Islam Mesir. Beliau mula bertindak balas. Pada tahun 1999 seramai 20,000 ahli Al-Gama al-Islamiyya ditahan dan dipenjarakan atas tuduhan cuba melancarkan revolusi Pertubuhan Islam di Mesir yang boleh mengancam keselamatan negara. Mereka ditahan di bawah Undang-undang Darurat
, di mana kerajaan mempunyai hak menahan seseorang tanpa bicara semenjak pembunuhan Anwar Sadat pada 1981. Mereka tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah untuk membicarakan kesalahan seperti yang dituduhkan ke atas mereka itu.


Dalam pada itu, Hosni Mubarak menghadapi masalah ekonomi Mesir suram sepertimana yang dialami oleh kebanyakan Negara di dunia. Peluang-peluang perniagaan semakin menyempit dan kadar pengganguran meningkat dengan ketara. Beliau dilihat lebih cenderung dan banyak membantu syarikat-syarikat besar dan membiarkan syarikat-syarikat kecil yang kebanyakannya dimiliki oleh rakyat biasa terkial-kial sendiri menempoh gelombang suasana ekonomi yang tidak menentu. Beliau juga dilihat sangat suka kepada penswastaan. Banyak agensi milik kerajaan diswatakan kepada elit politik yang berkuasa dan kroni-kroninya serta beliau menentang hebat hak-hak p
erkerja.

Hasil kekayaan negara diagih-agihkan sesama mereka. Anak lelakinya, Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dituduh terlibat dalam syarikat-syarikat yang mendapat tender-tender kerajaan dan dasar penswastaan kerajaan. Rakyat terus melarat dan merempat sedangkan pemimpin ini hidup bermewah. Gejala rasuah bermaharalela dalam kerajaan pimpinannya. Terdapat ungkapan di kalangan rakyat bahawa "Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah". Pada 2008, Tranferensi International (TI) menyaksikan indek rasuah Mesir pada mata CPI 2.8. Mesir ditempat ke-115 daripada 180 negara yang tinggi rasuah. Disamping itu, beliau telah menyiapkan anak lelakinya. Allaa Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir ke-5, tetapi belaiu menafikannya .


Hosni Mubarak dikatakan mempunyai aset £25 bilion (RM120 bilion) sejak beliau berkuasa pada 1981. Rakyat dibiarkan dalam kelaparan, kemiskinan, dan pengangguran. Pelbagai cukai tidak masuk akal dikenakan bagi mengaut keuntungan sebanyak mungkin tanpa mempedulikan rakyat. Kemuncaknya, kemarahan rakyat bagaikan disimbah minyak petrol yang menyala-nyala. Demontrasi yang kita saksikan sekarang adalah lambing kemarahan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya yang gagal membela kehidupan rakyat. Revolusi ini tidak mungkin dipadamkan sehinggalah Hosni Mubarak dapat tumbang dengan hinanya.



Bagi menutup segala kecurangan, kekejaman dan kezalimannya terhadap rakyat Mesir, Hosni Mubarak menutup semua saluran maklumat, kecuali saluran maklumat yang dikawal oleh kerajaan pimpinannya dan menyekat kebebasan bersuara. Akses internet disekat dan panggilan telefon juga disekat. Operasi stesen TV Al-Jazeera turut diarah tutup. Jaringan laman sosial seperti Facebook dan Twitter turut dihalang. Hosni Mubarak mengekang pergerakkan pembangkang terutama gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin. Tindakan-tindakannya itu sebagai usaha beliau meminta sokongan daripada kuasa Barat dengan menunjukkan kepentingannya memerangi gerakan Islam yang didakwa militan dan teroris.


Hosni Mubarak mengamalkan system demokrasi kosmatik yang penuh kepura-puraan. Beliau telah dipilih semula sebagai Presiden Mesir dengan undi majoriti dalam pilihan raya selama 4 penggal berturut-turut iaitu pada 1987,1993,1999 dan 2005. Bagi menunjukkan yang beliau mengamal demokrasi tulin, maka Pada Februari 2005, Hosni Mubarak meluluskan pindaan perlembagaan untuk membenarkan mana-mana pihak yang berminat untuk bertanding jawatan Presiden kerana menjangka beliau akan menang mudah kerana beliau berkuasa dan dengan kuasa yang ada dalam tangannya, beliau dengan senang dapat memperalatkan seluruh institusi Negara menyokong beliau mengekalkan kuasa.


Pada 26 Februari 2005, Mubarak meminda perlembagaan bagi membenarkan pelbagai calon pilihan raya Presiden dilaksanakan, tetapi beliau bersembunyi disebalik undi kawalan (di Malaysia dikenali sebagai undi pos) . Pada 7 September 2005, pilihan raya diadakan dan beliau sekali lagi terpilih sebagai Presiden . Tidak ramai bertanding dalam pilihan raya tersebut kerana ramai yang sedar bahawa pilihan raya tersebut adalah sandiwara Hosni Mubarak sahaja. Di samping itu, rakyat (pihak pembangkang) marah berikutan sekatan-sekatan terhadap demokrasi.


Beliau kembali berkuasa dengan undi tertinggi, merasa penuh bangga, angkuh dan sombong kerana kononnya rakyat seluruh Mesir menyokongnya apa pun yang beliau lakukan terhadap rakyat, rakyat Mesir tetap menerimanya sebagai Presiden dan Pengerusi Parti Demokratik Nasional. Dalam pilihan raya tersebut, beliau dituduh melakukan aktiviti membeli undi di kawasan miskin dan di luar Bandar serta menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihan raya.


Juga terdedah adanya pengundi haram iaitu nama tidak berdaftar masih dibenarkan mengundi (kita sebut sebagai pengundi hantu). Pada 8 September 2005, Dr Ayman Nour, seorang pembangkang dan calon Parti Al-Ghad, menuntut diadakan ulangan pilihan raya. Mahkamah Mesir memutuskan Ayman Nour bersalah. Amerika Syarikat bimbang dengan hak asasi manusia di Mesir dan bimbang dengan mogok lapar yang dilancarkan oleh Dr Ayman Nour. Mesir ditangga ke-111 daripada 177 buah negara oleh agensi hak asasi manusia.


Saya amat tertarik ulasan yang dibuat oleh Ayatollah Khamenei, Pemimpin Revolusi Islam Iran berkata: "Selama 30 tahun Mesir berada di tangan seseorang yang tidak berjuang untuk kebebasan tetapi musuh kepada mereka yang memperjuangkan kebebasan. Dia bukan sahaja tidak anti-Zionist, tetapi dia bersekongkol dan menjadi barua Zionis."


Apa yang saya perbincangkan di sini ialah langkah politik yang dilaksanakan oleh Hosni Mubarak juga diamalkan dan dilaksanakan oleh Najib Tun Razak yang memerintah Malaysia. Mereka berdua adalah serupa dan sehati sejiwa. Menzalimi dan menindas rakyat. Perlu diingatkan di sini bahawa semua regim pemerintahan dictator dijatuhkan melalui jalan raya, bukan melalui system pilihan raya yang boleh dimanipulasikan. Regim-regim dictator di dunia mengadakan pilihan raya kerana mereka menjangka mereka dapat kembali berkuasa semula dengan mudah kerana dengan kuasa yang ada mereka boleh memperalatkan jentera-jentera kerajaan, mahkamah, polis dan tentera serta dapat mengugut rakyat agar memilih mereka semula. Perlu ingat, dictator dunia seperti Suharto, Marcos dan Shah Iran dijatuhkan melalui JALAN RAYA bukan melaluiPILIHAN RAYA.


UMNO memerintah Malaysia masuk ke angka 54 tahun. Rakyatnya, termasuk apa yang diperbuat oleh Hosni Mubarak terhadap rakyat Mesir. Itulah juga yang dilakukan oleh regim Najib dan UMNO ke atas rakyat Malaysia sekarang. Format pemerintahannya adalah serupa.


Pengumuman kerajaan Najib bagi meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian bukan terhad kepada bahan-bahan bercetak sahaja menunjukkan Najib bersungguh-sungguh untuk menjadikan pemerintahnya sebagai sebuah pemerintahan ‘totally diktator’ dengan menafikan semua penerbitan lainya, kecuali penerbitan yang kawal olehnya. Pindaan ini akan diluluskan oleh parlimen ‘rubber stamp’ yang dipengerusikan oleh SYAITAN pada bulan Mac nanti dan akan dilaksanakan dalam PRU ke-13 nanti. Mudah-mudahan dengan doa kita semua, perlaksanaan undang-undang ini membawa cepatnya UMNO dan regim Najib dimusnahkan oleh Allah swt kerana sifat zalimnya itu.


Rakyat Malaysia cukup sengsara di bawah regim Najib. Slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ merupakan satu sandaloka Najib semata-maata. Hakikat sebenarnya kehidupan rakyat semakin susah, ramai menderita, tetapi para pemimpin kaya raya, rasuah sana, rasuah sini, komisyen sana, komisyen sini dapat dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana mereka ada imuniti. Dakwaan yang dilakukan terhadap sebahagian pemimpin di mahkamah adalah bertujuan pembersihan semata-mata bukan untuk mencari keadilan dan kebenaran.


Pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang sewajarnya memberi pengajaran pada regim Najib supaya tidak terlalu bermegah dengan kemenangan kerana akan berhadapan dengan rusuhan sekiranya rakyat dizalimi. Penafian Najib semasa menghadiri rumah terbuka Parti Gerakan khamis lalu yang mengatakan Malaysia tidak tidak akan menjadi seperti Mesir adalah satu kenyataan yang salah. Setakat ini rakyat masih boleh bersabar dengan segala tindak-tanduk kurang ajar UMNO yang pastinya atas arahan beliau ke atas kelompok yang menentang UMNO. Macam-macam perkara dilakukan termasuk memperalatkan institusi Negara untuk melakukan berbagai kerja keji untuk memeras ugut rakyat supaya berterusan menyokong UMNO.


Najib perlu insaf, tahap kesabaran rakyat Malaysia yang berada di luar UMNO ada hadnya. Sepatah kata dari mulut Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memperingatkan bahawa :“Air yang turun dari gunung sekiranya kapasitinya sedikit, benteng yang dibina boleh menakung yang air mengalir turun itu, bagaimana pula sekiranya hujan yang turun itu lebat dan air yang mengalir itu kapasitinya lebih besar dan kuat, maka sudah tentu benteng yang dibina itu akan runtuh dan airnya akan membanjirkan seluruh kawasan yang ada”.


Oleh itu, UMNO dan Najib berlakulah adil kepada semua pihak dan kepada seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik. Hentikan segera ketidakadilan yang dilakukan sekarang. Kembalilah kepangkal jalan. Sistem pentadbiran Negara yang tempang sekarang perlu diperbaiki segera. Perbuatan rasuah perlu dihentikan. Pembaziaran duit rakyat perlu dihapuskan. Jaga amanah rakyat sebaik mungkin. Jangan bersultan di hati, beraja di mata seperti yang dilakukan pada zaman purba dulu. Rakyat sudah ramai yang cerdik-cerdik, kecuali rakyat di kampung-kampung dan di Felda-felda yang masih ramai yang boleh UMNO perbodohkan dan diperkudakan. Mereka masih memiliki fikiran JAHILLIAH yang tidak tahu menilai yang mana haq dan yang mana bathil.


Rakyat mahu hidup aman damai. Rakyat tidak mahu keadaan seperti yang berlaku di Mesir dan di Tunissia. Rakyat mahu sebuah kerajaan yang prihatin terhadap kehidupan rakyatnya. Rakyat mahukan ianya dituankan, bukan dihambakan oleh para pemimpin.


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

No comments: