Monday, July 4, 2011








Selepas Titah DYMM Agong: Ini yang harus dilakukan


Tuanku Mizan telah bertitah ( di sini ). Sebagai rakyat biasa, kerajaanRakyat telah luahkan apa yang terpendam dihati, (di sini) yang mana ketidakadilan kerajaan Umno/BN bukan hanya semasa pilihanraya tetapi sepanjang pemerintahannya.

Sebagai pemimpin, Datuk Sri Najib perlu segera menyahut seruan Tuanku untuk berjumpa dan berbincang dengan penganjur perhimpunan aman 'Bersih'.

Bagi menteri yang bermulut celupar tetapi berlidah kontot, Datuk Seri Hishamuddin Hussein harus menarik balikkenyataannya songsangnya seperti yang dilaporkan (baca screen print di bawah) manakala pihak polis pula mesti hentikan dengan segera kerja-kerja membodek dan menjadi lembu kepada Umno/BN

Read More:http://kerajaanrakyat.blogspot.com/


Membalas Titah Khas ke Bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong. Masalah kita tidak sama!


Ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong,

Ampun Tuanku,

Saya ingatkan Tuanku tidak perasan apa berlaku dikalangan rakyat, rupanya sangkaan saya silap. 

Tuanku, walau bagaimanapun apa yang Tuanku nampak mungkin tidak sama dengan apa kami (Rakyat) nampak. Apa yang Tuanku rasai, sudah pasti sama sekali tidak sama dengan apa yang kami (Rakyat) rasai. Tuanku tinggal di istana yang tersedia hasil daripada keringat kami, rakyat jelata. Sedangkan kami rakyat jelata memerah keringat dan bergadai nyawa untuk mencari sesuap nasi. Apakah Tuanku tahu? Mungkin tidak saya kira!

Ampun Tuanku, 

Kami (Rakyat) terdiri dari kaum petani, nelayan, buruh kasar, pekerja kilang adalah golongan miskin dalam negara yang kaya! Apakah Tuanku tahu?. Mungkin tidak saya rasakan!

Tuanku, saya kira Tuanku telah berusaha untuk memahami kami (Rakyat) jelata, tetapi malangnya Tuanku hanya mendengar dari satu pihak. Apa yang Tuanku dengar bukan suara rakyat tetapi suara dan pandangan songsang daripada pemimpin yang zalim. 

Ampun Tuanku, 

Apakah Tuanku tidak pernah dengar tentang peristiwa ini? juga kes seperti ini? atau penyelewengan seperti ini?. Lebih dari itu, apa Tuanku tidak dapat merasai sayunya hati mereka yang dikhianati seperti ini?

Di bawah titipan titah Tuanku, saya paparkan apa yang rakyat hajati. Rakyat dahagakan pilihanraya yang adil kerna keadilan telah dikhianati oleh pemimpin Umno yang zalim! Bagaimana mungkin Tuanku dapat menitahkan sesuatu yang tepat jika Tuanku mendengar daripada Perdana Menteri yangdiragui kejujurannya!  

Ampun Tuanku,

Saya amat berharap Tuanku luangkan sedikit waktu untuk mendengar apa yang dikatakan oleh rakyat ini, dengarlah Tuanku!

Saya tidak sekali-kali menyalahkan Tuanku kerna hidup Tuanku di Istana dan mampu untuk berkereta mewah seperti ini, manakala hidup saya di teratak usang!. Tuanku, Kami akan bangkit, kami menuntut keadilan dan kami menentang kezaliman demi Agama kami, Negara kami dan Maruah kami! 

Ampun Tuanku!
Mohd Sofi Yassin,



PAKATAN MENYATAKAN SOKONGAN



NOTA:


pakatan rakyat menyokong
langkah bersih untuk meneruskan
perhimpunan di stadium merdeka

ini adalah kenyataan pucuk pimpinan
pakatan rakyat




TIDAK ADA PERUBAHAN




TIDAK ADA YANG BERUBAH



RASMI : BERSIH TETAP BERHIMPUN DI STADIUM MERDEKA 

Berikut kenyataan rasmi Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dikeluarkan kira-kira jam 11 malam tadi .
Bersih 2.0 kecewa dengan tindakan Perdana Menteri dan Kabinetnya yang mungkir janji untuk sediakan stadium bagi kami untuk mengadakan perhimpunan aman.

Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami berhasrat untuk mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan mengadakan perhimpunan dalam stadium bagi membuat tuntutan kami untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana.

Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka.

Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami. Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali.

Kenyataan baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Polis Negara seolah-olah menunjukkan bahawa polis berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kami sekiranya kami berbuat apa-apa pada 9 Jul selain duduk di rumah.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia patriotik yang hanya inginkan keupayaan memilih pemimpin-pemimpin kita melalui cara demokratik dan halal tidak akan ditakuti oleh pelaksanaan kuasa yang zalim dan tidak bermoral.

Tanggungjawab kita yang paling penting adalah untuk masa depan dan anak-anak kita, dan kami berhasrat untuk pastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan.

Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang.

Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik.

Yang benar,
Jawatankuasa Induk
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Prakkash Arul, K. Arumugam, Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard YW Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato ‘Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.



untuk yang ambil maths dan sains dalam bi:


BERSIH : WE WILL BE A STADIUM MERDEKA SATURDAY


Bersih 2.0 has declared its rally planned for July 9 will happen at the Stadium Merdeka regardless of the pronouncements of its detractors otherwise.
In a statement issued late this evening signed off by the full membership of its 14-member steering committee, the coalition calling for clean and fair elections said they “will not for one moment be swayed from our decision to gather there peacefully.”

Setting aside the warnings, threats and clampdown seen the past two weeks against public displays of support for the rally planned for this Saturday, they expressed disappointment with what they said was Prime Minister Najib Abdul Razak and his cabinet's betrayal of an earlier promise to allow the much anticipated rally to take place within a stadium.

No comments: