Saturday, October 8, 2011



"Berambuslah MCA!"
Warga internet Cina tampil bela PAS

Lim Hong Siang | Oct 06, 2011 02:12:32 pm


Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13.  Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet.

Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosialFacebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011.  Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakanFacebook, dalam masa 48 jam.

Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela.  MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim.

Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah.  Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.

Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"

Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS.  Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini,  bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!

Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!

XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS!  Malas saya nak layan kau!

Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan!  Polis boleh tembak sewenang-wenangnya!  Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap!  Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!

XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar.  Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar.  XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!
XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini?  Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!

Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO!

Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!

XXX, apa yang kau MCA lakukan?  Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua?  Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!

Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu?  Kau yang telan wang rakyat!  PAS?  Pernahkah kau dengar PAS terima rasuah?  PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak!  Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?

MCA, berambuslah kau!  Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju!  XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata?  Kau ingat rakyat ni bodoh?  Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia!

Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya.  Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!'  XXX, mana kau MCA?  Di mana kau sorok ketika itu?  Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau!

XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan?  Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!

Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat.  Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka.  Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP.  Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?
PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka.  Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik.  Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP.  Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?

Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya?  Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau?  Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan.  Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar.  Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!

Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga.  Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya.  Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.

Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud?  Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah!  Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang?  Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada?

Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini.  Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina.  Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!

Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA!  Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini,  barulah nasib orang Cina di tanahair ini dapat diperbaiki.  Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu.  PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!
*XXX di atas adalah kata kesat.
**Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.



Kecohhh..PERKAKAS Tunjuk Samseng Ceramah Di Rembau..




Selesai Solat Isyak dan Solat Hajat


Di dalam perjalanan memakan masa hampir 4 jam, kami sampai di lokasi ceramah menjelang waktu Maghrib. Pelik sedikit, sepanjang jalan yang kami lalui dari Kuala Pilah, tiada satu pun sekatan jalanraya diadakan oleh pihak Polis seperti lazimnya di dalam program-program ceramah Pembangkang, apatah lagi program di Rembau malam tadi dianggap suatu program yang pastinya `panas' kerana ugutan dari PERKASA sebelum ini. Ada teman yang memberitahu saya, mungkin sengaja tidak diadakan sekatan kerana `memberi laluan' kepada kumpulan yang dikatakan mahu menghimpunkan seribu orang untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu malam itu. Tapi, saya yakin tidak demikian.

SAMM dari Kuantan turut hadir bertemu rakan di sana...
 


Di lokasi ceramah iaitu di rumah YB Taufik, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mereka yang hadir awal menunaikan Solat Maghrib dan Isyak serta Solat Hajat di luar rumah. Selepas waktu Isyak, kawasan ceramah mula dipenuhi orang ramai dan ditepi-tepi jalan berderetan gerai-gerai peniaga. Program ceramah bermula dengan beberapa penceramah tempatan termasuk dari Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Unit Amal dari PAS serta sekumpulan anak buah Chegu Bard dari SAMM yang datang dari dekat dan jauh telah bersedia untuk mengawal keselamatan semua yang hadir di dalam program tersebut. Diberitakan, satu kumpulan lain telah pun berkumpul di depan IPD Rembau untuk berarak ke lokasi ceramah kononnya untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu.



Chegu Bard mengarahkan penyokongnya agar bertenang. Beliau dijulang oleh para penyokong beliau

Tidak lama kemudian, Timbalan Presiden PAS tiba dan disambut dengan laungan `Takbir'. Beliau diiringi masuk ke dalam rumah untuk berehat seketika. Di luar sana mula kecoh dengan berita bahawa satu kumpulan sedang berarak beserta Banner menghampiri lokasi ceramah. Unit Amal mula menyusun barisan sekeliling pintu masuk lokasi ceramah, manakala kumpulan anak muda SAMM dan beratus-ratus penyokong di luar pagar telah bersedia kerana mereka sudah terhidu tindakan kumpulan tersebut yang akan datang untuk menganggu ceramah kerana jika hadir untuk menghantar memorandum sahaja, mereka tidak perlu berarak hingga menghampiri pintu pagar lokasi ceramah.


Chegu Bard terpaksa datang untuk tenteramkan keadaan dan berunding

Bagi menjaga keselamatan orang ramai di lokasi ceramah, Unit Amal beserta kumpulan anak muda SAMM dan beratus-ratus lagi penyokong berjalan menuju ke kumpulan tersebut bagi menghalang mereka menghampiri lokasi ceramah. Maka, berlakukan tolak menolak dan kekecohan bertambah apabila dari kumpulan tidak sampai 50 orang itu ada di antara mereka mula membaling botol minuman. Pelik lagi menghairankan, mengapa perarakan kumpulan itu tidak disekat lebih awal oleh Pihak Polis yang berkawal di lokasi ceramah? Mengapa setelah berlaku kekecohan, pihak Polis menyuruh Unit Amal dan anak-anak muda SAMM ini berundur? Bukankah yang sepatutnya berundur itu adalah `pendatang haram' berkenaan?


Inilah Banner yang tercicir sewaktu mereka lari mengundur diri dihambat oleh Penyokong PR

Apabila petugas-petugas dari Unit Amal dan SAMM ini mara dengan laungan Takbir, kumpulan ini mula berundur dengan ketakutan sehingga tercicir sepanduk/Banner yang mereka bawa. Walaupun mereka sudah berundur dan dihalau oleh petugas-petugas, mereka tetap degil dan meminta untuk menghantar memorandum. Akhirnya, Chegu Bard datang dan berunding maka diberikan kebenaran hanya dua atau tiga orang sahaja dibenarkan menemui Mat Sabu di dalam rumah untuk menyerahkan memorandum. Meskipun, terdapat beberapa orang di kalangan mereka ingin menunjukkan `samseng' dan berkeras mahu memasuki lokasi ceramah, namun disekat oleh petugas-petugas.




Kekecohan yang sengaja ditempah...

Saya boleh bayangkan jika Chegu Bard tidak menenangkan keadaan, sudah pasti berlaku tragedi yang lebih buruk dari yang berlaku di Seremban tempohari. Apa yang pasti, kawalan oleh Unit Amal dari PAS dan SAMM serta para penyokong kita lebih berkesan dari kawalan yang sepatutnya diberikan oleh pihak Polis di situ. Difahamkan, walaupun kumpulan itu terang-terang datang berarak ke lokasi ceramah dan menimbulkan kekecuhan, tiada tangkapan dilakukan. Bayangkan jika program itu adalah program Najib atau pemimpin Umno, sudah pasti awal-awal lagi akan ditahan.



Unit Amal serta penyokong-penyokong PR mengawal pintu masuk. 

Di Rumah YB Taufik, memorandum diserahkan kepada Mat Sabu.

Akhirnya wakil kumpulan tersebut dibenarkan memasuki rumah dan menyerahkan memorandum yang berwarna KUNING kepada Mat Sabu. Mereka menyebut mereka membantah Mat Sabu kerana menyokong Komunis. Mat Sabu bertanya, bilakah beliau ada menyebut tentang Komunis? Wakil mereka terdiam, dan Mat Sabu berkata jangan percaya sangat kepada Utusan Malaysia. Mereka tidak dapat bercakap banyak kerana Mat Sabu lebih banyak menasihati mereka agar lebih tahu kisah sebenar dan tidak terpedaya dengan propaganda murahan media pencacai itu.


Pesuruhjaya PAS NS, YB Taufik dan Chegu Bard sedang berucap
Setelah menyerahkan memorandum, wakil mereka keluar dari kawasan rumah dengan dikawal oleh petugas-petugas. Jelas, dari awal mereka datang kelihatan wakil mereka berpeluh dan pucat, namun untuk menunjukkan `berani' kepada anak-anak buah mereka di belakang, mereka terpaksa juga mara menemui Mat Sabu. Jika perbuatan biadab seperti ini dilakukan oleh PERKASA, maka kita beritahu mereka PERKASA silap orang dan silap tempat. Mungkin kejadian mereka `diperhambat' oleh Unit Amal dan anak-anak muda SAMM sudah cukup untuk mereka jadikan pengajaran.

Chegu Bard di pentas utama bersama kepimpinan PAS.
Ribuan rakyat hadir hingga melimpahi ke tepi jalan raya

Chegu Bard di dalam pidatonya berkata, peristiwa malam itu menandakan kejatuhan Umno/Bn di Negeri Sembilan adalah bermula di Rembau. Beliau turut mengulas isu sejarah berkaitan penjajah dan juga isu panas berkenaan cincin 24.5 juta yang awalnya dikatakan tidak wujud tetapi akhirnya diakui di dalam Parlimen oleh pihak Kastam memang wujud. Bagaimana cincin tersebut terdapat nama Rosmah Mansor di dalam borang kastam, dikatakan hanya dibawa masuk untuk pameran sedangkan bila tarikh dan tempat pameran dirahsiakan. Cincin itu masuk dan keluar begitu sahaja umpama `pelancong', ujar Chegu Bard.




Mat Sabu sedang berucap di hadapan ribuan rakyat 
Mat Sabu pula di dalam pidatonya mengulas kembali isu Mat Indera. Sekali lagi Mat Sabu dengan tegas menyebut Mat Indera adalah pejuang menentang penjajah. Beliau berkata, majoriti bekas tentera menyokong Pakatan Rakyat dan ini dibuktikan apabila di majlis berkenaan borang `Felda Plantation' diserahkan kepada Mat Sabu oleh wakil KERABAT, sebuah badan pertubuhan bekas tentera. Beliau tegaskan, di dalam bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dan juga di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat mempunyai iltizam untuk menjaga kebajikan bekas-bekas tentera dan Polis sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihanraya Umum nanti.

Ucapan tahniah dan syabas kita ucapkan kepada pihak Penganjur program malam tadi yang telah berjaya membuktikan bahawa bumi Negeri Sembilan ini bukan milik PERKASA dan tiada siapa yang boleh mendakwa mereka tuan kepada bumi ini. Tahniah juga kepada pihak Polis yang telah hadir menyaksikan kekecohan pada malam itu. Tahniah buat PERKASA kerana sudi datang dan sudi dihambat keluar.

Kami sempat bergambar dengan Chegu Bard 

Buku Chegu Bard bersama Edyes bertajuk "FITNAH" laris dijual. Kelihatan Chegu Bard
menandatangani sebuah buku yang dibeli oleh salah seorang pembeli

Saya dan rakan-rakan dari Kuantan pulang ke rumah malam itu juga dengan penuh kepuasan setelah melihat sendiri hasil perbuatan kumpulan yang bodoh itu. "KE JOLOBAK KO JOLOBU, TUAI PADI TIGO TANGKAI, KALAU SUDAH OTAK LOMBU, DATANG REMBAU JANGAN BUAT PASAI 
Ehsan Daripada WFAUZDIN.Blogspot.com

No comments: