Wednesday, October 12, 2011


DIMANA BOLEH BELI TAULIAH?




JAIS SAHKAN BOB LOKMAN DITAHAN KERANA TIADA TAULIAH
 - minsider

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan pihaknya menahan pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah agensi itu di Hulu Langat dekat sini malam tadi.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

“Jais mengesahkan satu tangkapan telah dibuat ke atas pelakon dan penghibur, Bob Lokman atas ceramah yang dlakukannya di Masjid Sg. Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober (semalam).

“Bob Lokman didapati tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada Jais. Tangkapan dibuat berdsrkan maklumat awam,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai ahli dan pemimpin kedua PAS dikenakan tindakan oleh Jais.




KENAPA SAYA DITAHAN SETELAH JADI BAIK : BOB LOKMAN 
– harakah daily

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

NOTA:
hanya satu soalan
siapa ber tauliah untuk tangkap orang yang tak ada tauliah
orang yang beri tauliah pada orang yang dapat tauliah
untuk tangkap orang yang tak ada tauliah siapa pula beri tauliah

siapa beri tauliah pada jais
siapa berui tauliah pada orang yang beri tauliah pada jais?
kah kah kah
kah kah kah

kah kah kah

NOTA:
ada ayat quran ke tentang tauliah?

No comments: