Sunday, February 5, 2012



Rakan ku ketua militan Abu Sayyaf yang terbunuh?

Dilulus untuk paparan oleh lararatu

BeritaOleh: rozmal

"Malam tadi telah diadakan jamuan makan malam pertemuan kembali bekas pelajar sekolah tingkatan 5 tahun 1982, pertemuan selepas 30 tahun meninggalkan tingkatan 5 sebuah sekolah di Seremban. Sahabat saya menceritakan rakyat Malaysia yang terbunuh di Filipina yang dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf dan JI adalah merupakan bekas pelajar sekolah yang muda setahun, iaitu batch junior SPM tahun 1983.

Saya pada mulanya tak kenal siapa yang dimaksudkan. Rakan saya sebutlah nama gelarannya, sebab kami di sekolah dulu boleh dikatakan setiap pelajar ada gelaran unik masing-masing. Sebab dah 30 tahun meninggalkan sekolah menengah, ingatan saya pun ingat-ingat lupa.

Puas saya ingat kembali. Memori saya sedikit demi sedikit teringatkan kepada junior saya tadi. Kalau tak silap saya dia memang junior saya. Dia sama-sama dengan saya dalam aktiviti ko kurikulum di sekolah kalau tak silap saya.

OK sampai situ saja ceritanya. Saya bukan hendak membicarakan mengenai Abu Sayyaf atau JI atau pengganas, perkara ini biarlah pihak berkaitan yang membicarakannya.

Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah kebajikan keluarga Sdr Zulkifli, sebagai bekas pelajar sekolah kami. Motto sekolah saya dalam Bahasa Inggeris , memberi maksud “Sekali kita menjadi pelajar di sekolah tersebut, selama-lamanya kita bersama”, antara kata lain kita bekas pelajar sekolah tersebut sedikit sebanyak harus mengambil berat hal kebajikan mereka atau keluarga mereka mengikut kemampuan mereka.

Dalam perkara ini , apa yang berlaku, ianya dah berlaku. Saya sebagai bekas pelajar sekolah berkenaan mengharapkan kerajaan Malaysia dapat menguruskan penghantaran pulang jenazah Zulkifli Abdul Hir sebagai permintaan terakhir di dunia ibunya Puan Aminah Abdul Aziz.

Saya juga mengharapkan persatuan bekas pelajar sekolah kami dapat memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga Zulkifli Abdul Hir terutamanya bondanya yang tercinta Puan Aminah Abdul Aziz.

Rozmal bin Malakan (Waris Jakun)
Seremban

http://waghih.blogspot.com

KDN tidak tolak kemungkinan

PUTRAJAYA 4 Feb. 2012 - Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan terdapat lebih daripada seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam serangan ke atas kubu kuat militan Abu Sayyaf dan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) di selatan Filipina kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakyat Malaysia yang terbunuh itu dikenal pasti mempunyai kaitan dengan pertubuhan JI dan Darul Islam.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut mengenai identiti anggota kumpulan itu yang terbunuh masih dijalankan untuk membuktikan kewarganegaraannya.

Dalam serangan waktu Subuh itu, tiga pemimpin kanan paling dikehendaki kumpulan tersebut iaitu pemimpin Abu Sayyaf warga Filipina, Umbra Jumdail; rakyat Malaysia, Zulkifli Hir (gambar) dan warga Singapura, Abdullah Ali Alias Muawiyah turut terbunuh.

Friday, 03 February 2012 15:23

The mother of a suspected Malaysian terrorist leader killed in the Philippines has appealed for the return of the body of her dead son, a news report said Friday.

Aminah Abdul Aziz, 64, asked authorities in Kuala Lumpur and Manila to send back to Malaysia the body of her son, Zulkifli Abdul Hir, so he could be given proper burial.

Zulkifli, also known as Marwan, 46, was an engineer who worked in a telecommunications company in Kuala Lumpur before he became a leader of the Indonesia-based militant group Jemaah Islamiyah in 2000. He left behind a wife and three children.

http://staroba.my/component/content/?view=featured

http://bigcatrambleon.blogspot.com"
 




demo smm siapa yg akan hadir???


mahasiswa hebat akan mengadakan demo pada 19 feb 2012 ini, jika pas gagal mengambil tindakan kepada ustaz azizan. 


mahasiswa yang sebengong penarikbeca dan cikgu pencen. kita boleh lihat apakah mahasiswa yang didokongi oleh berjuta mahasiswa akan berarak ke wisma darul aman. 


semoga unit amal pas jangan terlibat dengan perarakan ini kerana mahasiswa tak perlukan kawalan. 


mereke orang hebat kerana boleh mengaorganize semua sekali tanpa perlu orang lain. berjuang tanpa otak yang sepatutnya.


 tuntutan bengong mahasiswa perlu kerana mahasiswa berjuang untuk mahasiswa, mahasiswa boleh buat apa saja demi kebebasan akademik yang dilaungkan. 


mahasiswa yang separuh masak akan datang dari segenap pelusuk tanah air. dan yang pasti polis tak akan kacau perarakan besar besaran ini. dikhabarkan lebih dari 500,000 mahasiswa akan berarak pada 19 ini


siapakah yang akan hadir, tukartiub, penarikbeca dah warming semasa jais mengejarnya, alkussen boleh jual jeruk pada mahasiswa, kolid samad, hanipa maidin, pinkturtle yg sembunyikan kepada waktu polis lempar bom asap. 

aziz bari baru hilang title prof. adukatakguna, cipan depan sekali bawak bendera tenukdan tapir logo mahasiswa bersatu dengan reform. one g akan baca doa sebelum berarak ke wisma darul aman. setengah juta peserta penyokong akta universiti dihapuskan. 

kalau setakat 100 orang hadir bermakna akan dibuat demo yg kedua. tunggu dan lihat apakah mahasiswa dapat berarak secara besar besaran seperti yg di war war. atau kuat dari laju. atau ada hanya 100 orang mahasiswa bangang sebagaimana bangangnya alkussen dan penarikbeca.

No comments: