Wednesday, February 8, 2012

Di Petik Dari Sumber
Sampai bila nak biarkan Rosmah perintah Malaysia?


Menentang pemimpin yang konon nak lawan Umno tetapi kelaku lebih jahat dari Umno


Saya tidak kenal Rafizi Ramli. Saya mula-mula tahu wujudnya manusia bernama Rafizi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berhempas-pulas mahu Rafizi menjadi Ketua Pemuda PKR dalam pemilihan parti itu sebelum ini. Bila Rafizi bagai ditakdirkan tak akan menang, Anwar dilapor memerintahkan Shamsul Iskandar Mohd Akin mempertahankan jawatan itu. Akhirnya, dengan begitu banyak laporan dan dakwaan mengenai manipulasi dan penipuan jijik, kalahlah Badrul Hisham Shaharin atauChegubard.

Rafizi sekali lagi selalu menjadi perhatian apabila timbul isu National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abul Jalil. Mungkin sukar hendak saya kikis rasa kurang bagus yang menular dari kisah pemilihan Ketua Pemuda PKR dulu - walaupun Rafizi tak buat salah apa pun dengan menawarkan diri. Tetapi, dalam isu NFCorp, saya melihat Rafizi sebagai anak muda yang fokus terhadap isu yang dibangkitkannya. Setakat ini, dia nampaknya tak melayan isu peribadi.

Saya berharap Rafizi tidak bercakap seperti orang gila (lihat Utusan Malaysia 6/2/12 "Shahrizat dakwa diintip tiga bulan").

Saya tulis fasal bercakap macam orang gila ni sebab saya melihat beberapa pemimpin pembangkang yang lawan Umno juga bercakap macam orang gila sejak kebelakangan ni. Kepada mereka, eloklah baca pandangan Raja Petra Kamarudin bahawa "asal bukan Umno" bukan sekadar menolak parti bernama Umno dan tidak mengundi parti itu. Lebih penting lagi, "asal bukan Umno" ialah menolak budaya Umno.

Saya tambah sikit lagi, budaya Umno hakikatnya mesti diperangi. Termasuk memerangi kelaku pemimpin pembangkang yang cakap berdegar-degar nak lawan Umno tetapi kelaku dan budaya hidupnya jauh lebih jahat dari Umno (imej di atas ihsan The Nut Graph).

Janganlah lupa:

No comments: