Friday, May 18, 2012


Ayat Al- Quran bukan sekadar tulisan dalam kitab untuk dibaca, disimpan di rumah atau dalam kereta, menunjuk-nunjuk akulah Islam. Pirahhh... Kenapa tidak mempelajari dan menghayati apa yang tersirat. Al-Quran harus hidup dalam diri kita, di mana juga kita berada. Bukankah Nabi Muhammad SAW itu Al-Quran yang hidup, yang membawa rahmat kepada sekelian alam?

PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU


Najib Mati Dijulang

Pada 14hb Feb. 2012 pukul 7.30 pagi, dari kamar 332, Hotel Legrandeur Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia, saya menghalakan pandangan saya ke laut biru yang tenang lagi indah, Subhanallah segala puji bagi Allah, sambil bertafakur saya bermeditasi. “Hadapkanlah wajahmu ke mana saja di situ ada Aku” saya teringat Tuhan Raja Sekian Alam. Banyak sejarah dalam Al-Quran mengenai laut yang boleh dijadikan contoh teladan kepada pemimpin yang angkuh, kejam dan zalim yang terlupa dengan kekuasaan Tuhan. Di antaranya kisah Nabi Musa a.s. Macam tak masuk akal macam mana seorang manusia boleh melenyapkan Firaun dan sebuah empayar terbesar di zaman dulu ke dasar laut, tanpa askar atau bom nuklear. Allah kata “kun” binasa musnah kau di dasar laut. Itulah satu-satunya bumi di laut yang pernah disentuh oleh sinar matahari. Anda akan kata itu cuma satu cerita, itu dulu. Apakah anda tak tengok apa yang berlaku di Acheh dan di Jepun akibat tsunami? Berpuluh ribu manusia kehilangan nyawa dan harta benda.

Sepatutnya Nabi Musa a.s. mati kerana Firaun membunuh setiap anak lelaki yang lahir setelah diramalkan oleh ahli sihir ada anak lelaki yang akan menjatuhkannya, inilah akibat lebih percaya cakap bomoh dari perintah Allah. Dia lupa pada qada’ dan qadar, Tuhan boleh buat apa yang dia suka terhadap hamba-hambanya yang menderhaka.

Berpantang ajal sebelum maut. Allah yang menghidupkan dan Allah juga yang mematikan. Bukan semua yang ditimpa tsunami mati, ada yang hidup, suka hati Tuhan siapa yang dia nak matikan biarpun tak masuk akal manusia.

Nabi Ibrahim a.s. dibakar oleh umatnya, tak  hangus, Nabi Yunus a.s. hidup di dasar laut di dalam perut ikan paus, tak mati. Allah sebaik-baik penjaga. Saidina Ali Karamullah wajhah tidur di katil Nabi SAW ketika musuh mahu membunuh baginda, tak mati pun tetapi baginda Ali wafat semasa menjadi khalifah ketika mahu ke mesjid menunaikan solat subuh, baginda tahu siapa pembunuhnya.

Nabi Musa a.s. yang dihanyutkan ke sungai, dijumpai oleh Asiah, antara empat wanita yang termulia di dunia, selain Khadijah r.a., Mariam r.a ibu Nabi Isa a.s. dan Fatimah Az zaharah r.a. puteri kesayangan Nabi Muhammad SAW. Berapa ramai umat Islam yang tahu siapa manusia istimewa ini melainkan mereka yang kenal dirinya maka mereka kenallah Tuhan yang nyata.

Kuasa seorang isteri AMAT BESAR, Firaun pun takut bini, apa hendak heran jika Najib dan para suami kepada ‘first lady’ yang menjadi Firaun moden. Asiah mampu mengenepikan arahan Firaun dan ahli sihir supaya Musa dibunuh, Musa terselamat dan membesar di dalam istana Firaun. Ibunya baik, dapat mendidik anak yang baik. Tafakurlah, takut apa pada manusia? Saya memotivasikan diri saya sendiri, saya mengingatkan diri saya Allah lebih dekat dari urat leher kita manusia. Katakan tempat di mana Tuhan tak ada! Jangan percaya kata-kata Nietzchi ahli falsafah Jerman yang mengatakan Tuhan sudah mati. “If God is your friend who is your enemy?”

Asiah  bukan seperti isteri pemimpin yang percaya pada bomoh kerana emak atau keluarganya suka guna bomoh. Asiah tak mahu bersubahat membunuh anak yang tak berdosa dengar bisikan syaitan kepada bomoh, kenapa mesti dengar bisikan syaitan? Kalau kita percaya pada Allah kenapa percaya pada ramalan ahli sihir? Inilah ajaran sesat lagi menyesatkan. Ramai pemimpin hari ini yang menyimpan bomoh seperti di zaman Firaun membela ahli sihir. Di situlah mula politik pancung memancung dan chah keting.

Akibat tidak mahu taat perintah yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. yang lebih percaya pada ahli sihir, Firaun  dan rakyatnya ditenggelamkan. Inilah   balasan kepada pemimpin seperti Hosni Mubarak, Ali Zainal Abidin Abdullah Saleh, Firaun Moden pemimpin di Timur Tengah yang angkuh, kejam dan zalim yang dipengaruhi oleh wanita pertama (syaitan yang  nyata). Mengucap bro...   Lailahaillallah Muhammadarrasulullah.   Astaghfirullahalazim. Berdosa cepat bertaubat, kalau sakit cari ubat.

Kalau Musa boleh belah laut dengan sebatang tongkat,  apakah tidak mustahil penulis juga boleh membelah gelombang politik dengan sebatang pen, dengan ada kerjasama dari blogger, mereka yang ada Facebook, yang ada twitter? Gua caya lu Brother, dengan hanya sekali klik sahaja Bro, lu dapat menenggelamkan para pemimpin yang angkuh dan zalim. Dan ini pernah terjadi dalam tsunami politik PR ke-12.

Biarpun Firaun Moden fikir mereka mahu jadi si luncai, menipu rakyat terjun kerana ada ratusan juta ringgit di bank luar negara. Apakah mereka boleh selamat? Hidup di dunia pun teruk inikan pula di akhirat. Pencuri tak lenyak tidurnya. Jangan lupa Tuhan ada di mana-mana, begitu juga malaikat maut. Mereka akan diburu ketakutan oleh dosa-dosa sendiri. Cuba bayangkan siapa boleh terfikir Saddam Hussein dan Gadaffi boleh mati dengan cara yang amat dahsyat! Lu fikirlah Bro.

Pelik sungguh, pemimpin terlupa yang sejarah akan berulang, dulu dan hari ini itu juga manusianya, itu juga Tuhannya. Nama dan tempat saja yang berbeza. Macbeth hasil penulisan Shakespeare, tidurnya tak nyenyak kerana telah membunuh. Di mana juga kamu bersembunyi ia tetap bumi Tuhan Yang Maha Kuasa. Allah tidak akan masukkan peristiwa Nabi-Nabi dalam Al-Quran jika ia tidak membawa makna dan pengajaran kepada umatNya manusia. Ayat Al- Quran bukan sekadar tulisan dalam kitab untuk dibaca, disimpan di rumah atau dalam kereta, menunjuk-nunjuk akulah Islam. Pirahhh... Kenapa tidak mempelajari dan menghayati apa yang tersirat. Al-Quran harus hidup dalam diri kita, di mana juga kita berada. Bukankah Nabi Muhammad SAW itu Al-Quran yang hidup, yang membawa rahmat kepada sekelian alam?

Kita mula baca Al Quran dengan Bismillah Hir Rahman nir Rahim. Dengan nama Allah yang  amat pemurah dan amat mengasihani. Ada ke sifat Tuhan yang pemurah dan penyayang itu dalam diri? Saya tidak merancang di hari berkasih sayang untuk berada di dalam hotel seorang diri, namun biarpun ribuan batu jauhnya dengan Malaysia itu tak bererti saya tidak boleh terfikir tentang Malaysia. Bukan saja kita boleh berfikir tetapi kita boleh melihat apa yang berlaku di seluruh dunia menggunakan telefon bimbit dalam gengaman kita.

Rosmah memang terkenal suka guna bomoh dan ahli sihir, ada orang kata Najib pun dua kali lima. Mengikut cerita kawan saya yang kenalkan dia dengan seorang bomoh sebab itu dia boleh jadi PM.  

Saya ke Kalimantan untuk mendapat pengesahan betul ke Najib datang ke sini untuk bertemu Haji Mahiar. Tahu siapa Haji  Mahiar. Mengikut cerita dari seorang intelligent, dia ada menyimpan tape perbualan Najib dengan Haji Mahiar, ada menteri yang sanggup bayar 10 juta ringgit Malaysia untuk rahsia yang disembunyikan oleh Najib selama ini. Kalau cerita ini keluar macam missing link yang boleh menghidupkan gambar dalam jigsaw puzzle.

Mungkin Najib rasa yakin nyawa politiknya tidak akan mangkat kerana dia sudah berjumpa dengan Haji Mahiar di Kalimantan Timur. Siapa yang tidak kenal dengan Haji Mahiar yang juga didatangi oleh Bambang Susilo, Taib Mahmud dan orang-orang terkenal lain. Mengikut cerita, Kiai ini untuk ‘the rich and famous’. Jangan lup a Arwah Suharto dulu kononnya ada 1000 bomoh, kiai dan ahli sihir, akhirnya mati di julang politik juga.

Saya berada di Kalimantan Timur kebetulan pada hari Valentine, Hari Berkasih Sayang. Apakah tidak ada lagi sifat kasih sayang di dalam diri para pemimpin kita? Kalau tak ada, maknanya hati mereka sudah kering kontang. Mata hati mereka  sudah buta. Mereka tak nampak penderitaan rakyat yang menjadi tanggungjawab mereka.

Kerana kasih sayang Asiah terhadap seorang bayi, akhirnya Nabi Musa a.s. boleh terselamat dan membesar dalam rumah Firaun. Itulah pentingnya peranan ibu. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Nak tengok perangai anak perempuan, tengok perangai ibunya. Ibunya borek anaknya rintik.  Mustahil anak ular tak pandai membelit, anak jengking kala bila sudah besar tak pandai menyengat. Lu fikirlah Bro.

Kasih sayang itu amat penting. Loving, giving, caring, sharing and forgiving itu yang saya kongsikan dengan siapa saja yang datang ke University of Life. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin akhirnya jadi papa kedana, nak makan pun tak ada kerana Tuhan yang sepatutnya berada dihati manusia puaka dalam diri yang bermaharajalela merompak, menyamun harta rakyat, tak puas-puas seperti orang yang kehausan terminum air laut.

Kenapa suasana sekarang ini amat berbeza sekali , siapa punca Ibu Mithali hingga para ibu hilang rasa kasih sayang terhadap anak yang baru lahir? Bukan kata ibu angkat atau ibu tiri, macam dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah, ibu kandung dalam  masyarakat  pun hilang kasih sayang.  Anak dibuang dalam tong sampah dan dalam tandas.

Wanita Pertama Malaysia begitu angkuh dan kejam terhadap anak perempuannya sendiri bukan lagi satu rahsia, ada yang menggelarnya ‘Betina Puaka’, tak percaya tengok dalam internet. Bila dia berkahwin dengan Najib, perangainya sudah jadi macam si Tanggang. Dulu si Tanggang yang menderhaka pada ibu tidak mahu mengaku wanita itu sebagainya ibunya. Ini ibu yang menderhaka pada anak, apakah balasannya akan diterima dari Allah kelak? Sampai bila kita nak simpan Rosmah ‘BN’ Bini Najib ini sebagai ‘first lady’? Wahai orang UMNO, lu tak takut ke,  kubur kena kencing dengan anak cucu lu nanti?

Macam mana rakyat hendak berkasih sayang sedangkan pemimpin atasan pun tidak berkasih sayang. Hari-hari pemimpin dengan pemimpin bergaduh. Inikah contoh pemimpin yang baik, yang kita boleh jadikan ‘role model’?

Kasih sayang Rosmah yang kita nampak terhadap anak masyarakat sekadar kasih sayang kosmetik. Rosmah sana sini sibuk dengan program Permata dengan kanak-kanak, sana sini buat majlis yang menunjukkan dia mempunyai kasih sayang melimpah ruah tetapi adakah secara realitinya begitu? Lu fikirlah Bro!

Ada berita yang sampai tergolek depan mata saya mengatakan Rosmah tidak mahu rakyat tahu yang sebelum dia kahwin dengan Najib dia sudah ada anak yang besar, dia dulu janda tetapi bukan Janda Baik. Majlis perkahwinannya dan tetamu VIP dilarang menghadiri dan berbagai peristiwa sedih lagi. Kilk kat internet, semua londeh Bro.  Sementara majlis pertunangan anak Najib pula seperti majlis tilawah Al-Quran meriahnya. Anak Najib dari Tengku Putri bersanding, Najib tak dibenarkan naik merenjis. Yang dia pandai memboroskan wang rakyat berbelanja sesuka hatiya. Orang UMNO ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut mengumpat kat belakang, apa sudah jadi terkena sihir dengan kertas gambar kepala Agung ke?

Adakah kasih sayang itu berkasta-kasta? Sedarkah kita yang “cinta Rasulullah SAW terhadap umat Islam? Ummati ummati (umatku umatku) itulah ungkapan Rasulullah SAW disaat nazak kewafatannya selain disaksikan oleh Jibrail a.s. dikelilingi oleh Fatimah Az-Zaharah, Imam Ali dan cucu baginda, Hassan dan Hussein. Ketua Pemuda di syurga.

Berapa ramai pemimpin yang sentiasa mengingati rakyatnya dan berkata “rakyatku rakyatku? Kalau Rosmah dan Najib, anak sendiri pun mereka tak peduli, inikan pula anak bangsa dan bangsa Melayu. Ke mana Najib hendak bawa Melayu? Dengan adanya 1Malaysia, hidup Melayu mula merapu tak menentu dalam Tanah Melayu yang ditinggalkan oleh tok nenek mereka dulu. Itulah akibat hidupnya pun mengikut nafsu serakah Rosmah. Kasihan UMNO, bahtera ada dua nakhoda, ahlinya membisu seribu bahasa, akhirnya akan ditolak oleh rakyat yang tahu mereka tidak lagi boleh bernaung dibawah payung BN.

Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW penghulu segala rasul tidak boleh dipisahkan, seperti roh dan jasad, dunia dan akhirat. Bila teringatkan Allah di mana juga saya berada, saya akan berselawat. Kerana Allah dan para malaikat juga berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Muhammad SAW ‘role model’ untuk seluruh umat manusia. Hanya manusia yang bakhil tidak berselawat bila disebut Nabi Muhammad SAW. Mereka yang beriman saja yang akan sentiasa berselawat ke atas Muhammad SAW kerana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW inilah mereka yang bernama Melayu, boleh jadi Perdana Menteri, jadi Menteri Besar, jadi Raja dan Sultan. Apakah ahli UMNO kita nanti mati semata-mata untuk mengkekalkan dua nakhoda yang bermaharajalela atas bahtera UMNO? Lu Fikirlah Bro.



[Read the rest of this article by getting my book at:
Pustaka Mukmin
141 & 143, Jln Tungku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
Malaysia

Media Baru sebagai ruang awam

Fenomena BERSIH 2.0 dan 3.0
15 tahun selepas melangkah masuk ke abad ke-21 ala Malaysia, kita sekali lagi menyaksikan betapa signifikannya peranan teknologi maklumat dan media baharu sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 dan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.  Kemuncak gelombang kedua fenomena media baharu begitu terserlah berikutan fenomena BERSIH 2.0 dan 3.0 yang menyaksikan kelahiran generasi baru yang hebat yang diberikan gelaran Generasi BERSIH.
Kehebatan Generasi BERSIH bukan sahaja kelihatan dalam dunia siber di mana sebahagian besar Facebook diselubungi gelombang kuning.  Yang paling menguja semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah keberanian yang ditonjolkan oleh para demonstran BERSIH 2.0 dalam dunia nyata biarpun BERSIH diisytiharkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai pertubuhan haram, polis melakukan "penangkapan bersifat penangkalan" (preemptive arrest) ala McCarthyisme, dan suasana tertekan atau "keganasan putih" (white terror) ditonjolkan oleh akhbar arus perdana dan media elektronik menjelang hari perhimpunan BERSIH 2.0.
McCarthyisme merujuk kepada taktik era perang dingin yang dipelopori Senator Amerika Syarikat Joseph McCarthy dari parti Republikan sekitar tahun 1950-an di mana tuduhan melampau seperti subversif dilontarkan terhadap sasaran tertentu khususnya sasaran politik tanpa bukti yang menyakinkan.  Kedua-dua tahanan tanpa bicara dan penangkapan bersifat penangkalan menonjolkan ciri-ciri selaras dengan fahaman McCarthyisme.
Apabila menelusuri dialektikal struktur penindasan rejim pemerintah dan kebangkitan sebahagian besar rakyat, keberanian dan keseronokan yang ditonjolkan oleh Generasi BERSIH biarpun terpaksa berdepan dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi gas pemedih mata dan meriam air, rejim pemerintah yang memain-
mainkan "politik ketakutan" (politics of fear), serta sekatan jalan yang dilakukan oleh pihak polis, adalah suatu fenomena perubahan sosio-politik yang mempunyai makna mendalam.
Gerakan BERSIH 2.0 dan 3.0 bukan sahaja menyaksikan puluhan ribu dan seterusnya ratusan ribu rakyat jelata khususnya Generasi Facebook dengan latar belakang yang pelbagai membanjiri beberapa lokasi sekitar ibu kota negara, kota-kota lain di Malaysia dan puluhan lokasi kota-kota besar di luar negara, bahkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dunia siber diselubungi suasana "tak kenal BERSIH 2.0 maka dikira ketinggalan zaman".  Daripada murid sekolah hingga golongan profesional, ikon BERSIH 2.0 seperti Auntie Annie atau makcik Annie Ooi yang berusia 65 tahun dan sasterawan negara A. Samad Said yang berusia 76 tahun menjadi topik perbualan hangat.  Banyak halaman Facebook masih diselaputi gelombang kuning beberapa minggu selepas perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0.
Media Baharu sebagai Ruang Awam
Tanggal 7 Julai 2011, dua hari sebelum Generasi Facebook menggegarkan rejim pemerintah yang mendakwa gerakan BERSIH 2.0 bakal mengambil bentuk demonstrasi ala-Mesir yang mampu menggulingkan rejim represif, majalah antarabangsa berpengaruh The Economist dalam siri laporan khasnya telah mengupas perubahan landskap media dan kedinamikan ruang awam (public sphere) berikutan populariti dan perkembangan media baharu.
Dalam artikel The Economist berjudul "Masa depan berita: Kembali kepada kafe" (The future of news: Back to the coffee house), perenggan pertamanya menyebut: "THREE hundred years ago news travelled by word of mouth or letter, and circulated in taverns and coffee houses in the form of pamphlets, newsletters and broadsides."
Terjemahannya berbunyi, Tiga ratus tahun dahulu, berita dikhabarkan melalui perbualan atau persuratan, dan diedarkan di warung dan kafe dalam bentuk risalah, surat berita dan selebaran.
Apa yang cuba dilakarkan oleh The Economist dalam laporannya adalah, Internet kini membawa dunia kehidupan dan pemberitaan kembali kepada suatu budaya siber bersifat perbualan sebelum kemunculan era media massa khususnya surat khabar. Kalau sebelum itu orang ramai bertukar-tukar berita di warung dan kafe, kini orang ramai bertukar-tukar berita melalui jaringan media sosial khususnya Facebook dan Twitter.
Tekanan diberikan kepada sifat kafe yang sesuai untuk perbualan secara bebas. Apabila diteliti sejarah Eropah, kafe yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan sekitar tahun 1650-an menyediakan suasana yang sesuai untuk mengikuti perkembangan terkini komuniti peniaga, ahli politik mahupun cendekiawan awam dengan harga secawan kopi.
Contohnya di Perancis, meskipun kafe terkenal sebagai tempat himpunan para pengkritik kerajaan dan tempat pewujudan gelombang subterranean atau bawah tanah, namun pemerintah Perancis tidak menekan aktiviti kafe dan menganggapnya sebagai tempat untuk menjejaki pandangan umum.
Sesungguhnya, lakaran dunia siber oleh The Economist yang menggunakan perbandingan corak kafe di Eropah adalah sejajar dengan konsep ruang awam yang dicetuskan oleh ahli falsafah Jerman Jürgen Habermas dalam karyanya berjudul "Transformasi Struktural Ruang Awam: Sebuah Kajian tentang Kategori Masyarakat Borjuis" (The Structural Transformation of the Public Sphere: An Inquiry into a Category of Bourgeois Society).  Konsep tersebut merujuk kepada kemunculan ruang awam kelas borjuis sekitar abad ke-17 sehingga ke-18 di mana orang ramai berbicara secara bebas mengenai hal ehwal semasa di kafe dan salon.
Sebagai lanjutan kepada dunia kehidupan era Internet, konsep ruang awam kini dipanjangkan supaya merangkumi dunia siber di mana warga siber berbicara secara bebas mengenai hal ehwal semasa di Facebook dan Twitter.  Berlandaskan dunia kehidupan yang memberdayakan rakyat jelata dan bukan sekadar masyarakat borjuis, ruang awam dunia siber memaparkan ciri-ciri partisipasi, kepelbagaian, partisan dan kebebasan.
Kelangsungan Hayat Portal Berita Atas Talian
Kekompleksan institusi media di Malaysia dapat difahami dengan lebih menyeluruh sekiranya analisis dibuat berasaskan kerangka ekonomi-politik yang lebih luas. Apabila pendekatan ekonomi-politik diambil, tiga sifat asas harus difahami iaitu struktur, sistem dan sejarah institusi media. Setiap maklumat dikatakan berkait rapat dengan struktur institusi media.  Struktur institusi media pula diintegrasi ke dalam suatu struktur ekonomi, politik, budaya dan sosial yang lebih luas yang berteraskan sistem kapitalisme dan rejim kawalan.
Apabila ditinjau dari perspektif makro seperti pendekatan ekonomi-politik, wacana kebebasan kewartawanan tidak bertapak atas kekosongan, sebaliknya berdepan dengan soal realiti.  Ekonomi-politik bagi komunikasi massa bermula dengan melihat media massa sebagai suatu industri dan organisasi kemersial yang terlibat dalam pengeluaran dan pengagihan komoditi.  Menyentuh dimensi komersial yang sememangnya mengutamakan keuntungan, konteks ekonomi pada arena global dan lokal haruslah diambil kira dan perubahan pada media massa haruslah dianalisa dengan mengambil kira perubahan konteks ekonomi juga.
Tanggal 14 April 2000, lebih daripada tiga tahun selepas keghairahan pengumuman projek MSC dan kurang daripada enam bulan selepas gelombang pertama media baharu terasa semasa PRU Ke-10, pasaran saham antarabangsa dan serantau menyaksikan kejatuhan besar indeks saham teknologi dalam tempoh kurang daripada satu bulan, bermula dengan kejatuhan Indeks Komposit Nasdaq melebihi 40 peratus dan Indeks Dow Jones melebihi 60 peratus.  Pecahnya Gelembung Teknologi (Tech Bubble) juga membantutkan potensi pertumbuhan industri teknologi maklumat di Malaysia.
Dalam konteks ini, Malaysiakini yang mencatatkan pengunjung harian melebihi 100 ribu dalam tempoh sembilan bulan semenjak pelancarannya berdepan dengan cabaran penurunan nilai pengiklanan bulanan dari RM15 ribu pada tahun 2000 ke RM10 ribu pada tahun 2001, dan terpaksa mengambil langkah berani memulakan eksperimen
langganan demi kelangsungan hayatnya (survival).  Tanggal 16 Julai 2001, Malaysiakini memulakan perkhidmatan berbayar untuk seksyen baharu bergelar "Analisis Malaysia", kemudian pada tahun 2002 memulakan perkhidmatan berbayar untuk rencana (feature) dan seterusnya berita harian yang dibekalkan kepada pelanggannya.
Semasa pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada 7 Ogos 2011, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar mengakui bahawa media alternatif berdepan dengan masalah kewangan, di mana ramai peniaga masih tidak yakin bahawa iklan di ruang internet mampu membawa pulangan.
Sesungguhnya, sebahagian besar iklan di Malaysia dikaitkan dengan badan kerajaan
atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berkepentingan bersama parti pemerintah.
Menurut Nielsen, jumlah perbelanjaan pengiklanan (Adex) di negara kita sepanjang
tahun 2010 ialah RM9.6 bilion di mana syarikat-syarikat telekomunikasi merupakan pihak yang menyumbang nilai Adex tertinggi kepada industri pengiklanan iaitu sebanyak RM364 juta, diikuti dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang menyumbang nilai Adex kedua tertinggi iaitu sebanyak RM324 juta.
Media baharu memerlukan bukan sahaja sokongan dari segi audiens, tetapi juga sumber kewangan untuk menampung kelangsungan hayatnya.  Soal ini cukup kritikal khususnya apabila wacana kebebasan kewartawanan diketengahkan.  Hari ini, konsep portal berita berbayar tidak lagi terbatas kepada Malaysiakini.  Setelah penaja MerdekaReview berhenti untuk menyuntik dana pada pertengahan Mei 2011, MerdekaReview yang dilanda krisis kelangsungan hayat terpaksa menjalin hubungan strategik dengan edisi bahasa Cina Malaysiakini untuk memulakan perkhidmatan berbayar pada 3 Oktober 2011.  Sebelum ini, kedua-dua edisi bahasa Cina Malaysiakini dan MerdekaReview dapat diakses tanpa bayaran.
Sebelum menarik diri, para penaja MerdekaReview telah menyuntik dana dan menyokong kelangsungan hayatnya selama hampir enam tahun.  Kini MerdekaReview terpaksa berdepan dengan logik kapitalisme. Pada peringkat awal penubuhan, Ketua Pengarang Kumpulan merangkap pengasas bersama Malaysiakini Steven Gan juga menyatakan keazaman untuk menyampaikan berita kepada seramai audiens yang mungkin dan mengharapkan sumbangan pendapatan berbentuk pengiklanan mampu menampung keperluan kewangannya, namun satu setengah tahun kemudian, Malaysiakini juga terpaksa mencari sumber pendapatan baharu dan memulakan konsep portal berita berbayar.
Demi memelihara kebebasan kewartawanan, dua prinsip utama dipegang kuat oleh Malaysiakini dan seterusnya MerdekaReview semasa mereka berunding dengan pelabur ialah 51 peratus daripada kuasa kawalan harus dipunyai pasukan wartawan dan staf, dan pelabur tidak boleh campur tangan dalam polisi kewartawanan atau bilik editorial.
Penutup
Negara mempunyai kuasa legitimasi dan memiliki jentera-jentera pemerintahan yang ditadbir oleh kerajaan tetapi negara mungkin disalahgunakan untuk kepentingan ekonomi dan politik oleh golongan berpengaruh politik.  Di Malaysia, terutamanya pasca 8 Mac 2008, golongan dominan yang berpengaruh politik sering memperbesarkan malahan mempermainkan isu perkauman dan agama serta menjadikan pembangunan dan program transformasi sebagai kesamaran bagi melindungi kepentingan parti politik dan individu tertentu.  Tindak-tanduk tersebut kononnya dilakukan untuk menjaga kepentingan bangsa dan negara.
Bagi mengimbangi wacana pemerintah yang berkecenderungan memelihara kepentingan tertentu, pengiktirafan media sebagai institusi kuasa yang dapat memainkan peranan semak dan imbang secara berimpak, dan juga dalam membina ruang awam yang aktif menghasilkan wacana-wacana yang pelbagai, wacana kebebasan kewartawanan wajar diketengahkan sejajar dengan nilai zaman taknologi maklumat.
Menurut Antoni Gramsci, kelas pemerintah cenderung melaksanakan hegemoninya dengan bertopengkan kuasa letigimasi negara, terutamanya semasa kerajaan (baca: parti politik) dilanda krisis besar. Cabaran kita hari ini adalah untuk mengangkat wacana media yang dapat memelihara kepentingan rakyat dan negara, bukan kepentingan parti politik yang memerintah. (Bahagian kedua, tamat)
Bahagian pertama: Gelombang internet sebelum BERSIH 2.0 dan 3.0
*Artikel ini merupakan kemaskini kepada sebahagian daripada penulisan Ooi Heng pada bulan September 2011 yang dimuatkan dalam buku baharu penerbitan SIRD berjudul “Membina Bangsa Malaysia” sebagai Bab 2 bertajuk 'Media, Teknologi Maklumat dan Cabaran Semasa'.
**Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

No comments: