Wednesday, May 9, 2012

.

Blog ini tidak menyiarkan kenyataan Tan Sri Rahim Noor.,kerana ia di anggap tidak sesuai.,Bloger KLN., cuma menyiarkan.jawapan TGNA sahaja.,yg di petik dari Blog bawah ini.,terima kasih.

Blog Shubhi

http://wartashubhi.blogspot.com

Nik Aziz jawab kenyataan celupar Rahim Noor 

dgn Ayat Quran !


TG Nik Aziz Menjawab Berhubung Isu Beliau Digelar Bapa Kafir Dengan Ayat-ayat Al Quran


  • Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Qalam 68:7)
  • Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah). (Al-Qalam 68:8)
  • Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu). (Al-Qalam 68:9)
  • Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), - (Al-Qalam 68:10)
  • Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), - (Al-Qalam 68:11)
  • Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, - (Al-Qalam 68:12)
  • Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya. (Al-Qalam 68:13)
  • Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)? - (Al-Qalam 68:14)
  • Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala". (Al-Qalam 68:15)
  • (Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu). (Al-Qalam 68:16)

No comments: