Sunday, August 4, 2013



Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini cuba memberikan takrif baru kepada slogan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang popular digunakan untuk menolak parti itu setiap kali musim pilihan raya. 

Katanya, ini kerana, selepas pilihan raya umum, Umno masih diterima apabila orang Melayu sehingga dapat meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88. 

"Bila nampak (grafiti) ABU, beritahu yg sebenarnya (bermaksud) Allah Berkati Umno. Apa berlaku di (pilihan raya kecil) Kuala Besut ialah Allah Bersama Umno. 

"Percayalah kita berada di landasan betul cuma masalahnya kita cuba bercakaran antara satu sama lain," kata setiausaha agung Umno itu di Masjid As-Shafie di Taman Maluri, Cheras. 

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

ABU asalnya grafiti popular di sekitar ibu negara sebelum diangkat sebagai pergerakan anti-Umno dan BN oleh sekumpulan aktivis NGO. 

Dalam ucapannya juga, Tengku Adnan juga memberitahu, Umno Wilayah Persekutuan akan menyokong Muhyiddin dan Presiden Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan dua kerusi utama Umno dalam pemilihan akan datang. 

Anggota Parlimen Putrajaya itu juga berkata, anggota Umno di Wilayah Persekutuan itu akan mengundi mengekalkan status quo untuk lima jawatan tertinggi.

Komen TKO:

وأخرج الترمذي وصححه، والنسائي، والحاكم وصححه، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « سيكون بعدي أمراء، فمن دخل عليهم فصدقهم بكذبهم، وأعانهم على ظلمهم، فليس مني، ولست منه، وليس بوارد علي الحوض، ومن لم يدخل عليهم، ولم يعنهم على ظلمهم، ولم يصدقهم بكذبهم، فهو مني، وأنا منه، وهو وارد علي الحوض ».

Maksud hadis: telah dikeluarkan oleh Imam Tirmizi, An-Nasaaie dan Al-Hakim, Rasulullah SAW telah bersabda: “akan datang selepas aku para pemimpin (yang zalim), barangsiapa yang datang kepada mereka (kerana inginkan keduniaan) dan membenarkan pendustaan mereka serta menolong mereka dalam melakukan kezaliman (dengan fatwa dan pandangan yg mengelirukan),maka dia bukan dari kalangan (umat)ku dan aku bukan darinya (tidak mengaku umat) dan dia tidak akan dapat minum daripada telagaku, dan barangsiapa yang tidak pergi kepada pemerintah yang zalim tersebut dan tidak membantu mereka dalam melakukan kezaliman dan tidak membenarkan pendustaan segala mereka (pemerintah yg zalim), maka dia daripada (umat)ku, dan aku daripadanya, dan dia akan dapat minum daripada telagaku ”….

Jelas daripada hadis di atas, setiap orang yang menyertai pemerintah dalam keadaan pemerintah tidak melaksanakan hukum Allah adalah termasuk di kalangan manusia yang Rasulullah SAW tidak mengaku sebagai umat dan tidak dapat minum daripada telaga baginda SAW…. Umno bn memang kita sedia maklum parti yg tidak melaksanakan hokum Islam sejak daripada awal lagi, oleh itu mana-mana individu terutamaa mereka yg mengaku atau dipanggil ulama` yg menyokong pemimpin tersebut akan termasuk di kalangan manusia yg dimaksudkan oleh Nabi SAW. Bersama-samalah kita menolak mereka yg zalim (yg tidak mahu melaksanakan hukum Islam) dan orang-orang yang bersekongkol dengan mereka…. Sebab orang yang mengundi mereka pastinya dikira bersubahat dan kita akan turut menanggung dosa-dosa mereka dan dosa-dosa orang lain yg disebabkan oleh mereka kerana kuasa yg kita berikan kepada mereka. Kesimpulannya, marilah kita mengundi Pakatan Rakyat untuk mencegah mereka daripada terus-menerus melakukan kezaliman di bumi Malaysia yg tercinta ini

No comments: