Friday, August 30, 2013



http://www.disclose.tv/action/viewvideo/148375/Obamas_Syrian__Massacre_450_Kurdish_Civilians/ 
http://english.alahednews.com.lb/essaydetails.php?eid=24031&cid=385 

Sebahagian gambar2 tersebut adalah kanak2 puak kurdis yang dibunuh oleh serangan Pengganas Takfiri Tanduk Syaitan Nejd Al-CIAda Jahat yang mengikuti fatwa sesat Ulamak2 IBLIS yang berselindung disebalik seruan Agama. Dan yang paling bodo ,,,, oleh kerna terdesak dengan kekalahan tanduk syaitan NeJD cuba menampakkan kebodohan assad yang mengebom orang awam dengan senjata kimia sehari sebelum pemeriksa UN datang. 

Ia dicanangkan oleh media propaganda propaganda zionist untuk menutup perbuatann mereka yang menghancurkan sebahagian besar masjid2 umat Islam syiah dan sunni, kemudian menebarkan didada media Ia adalah perbuatan umat Islam syiah, 

Ia dicanangkan untuk menutup kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat syria yang dijadikan perisai manusia, rumah dan masjid mereka dijadikan kubu untuk melcarkan serangan terhadap askar syria supaya apabila berlaku tindakbalas dari tentera Syria mereka menebarkan sebagai perbuatan umat Islam Syiah. 

Ia dicanangkan untuk menutup kekalahan demi kekalahan mereka dalam medan pertempuran dan berita2 palsu kejayaan mereka yang disampaikan kepada penyokong2 mereka dan media propaganda zionist. Kejayaan Federation of Syaitan Army yang dibiayai oleh Saud dan Qatar selama lebih 2 tahun dan dibantu oleh regim zionist dan amerika adalah, menghancurkan negara syria, melemahkan umat Islam dan menjadikan umat Islam syiah sebagai sasaran fitnah untuk menutup perbuatan dajjal yang mereka lakukan. 

Ia dicanangkan di saat kehadiran Pemeriksa UN terhadap penggunaan senjata kimia, semada untuk mempengaruhi keputusan awal hasil pemeriksaan atau menghalang pemeriksaan tersebut dari diteruskan kerana terdapat laporan lain menunjukkan merekalah yang menggunakan senjata kimia. Orang yang buat salah selalu takut untuk diperiksa malah menuduh umay Islam Syiah yang melakukannya. 

Ia dicanangkan didalam TKO oleh Pencacai Tanduk2 syaitan Nejd dan APCO adalah untuk memaksa forumer menelan api2 syaitan yang mereka tebarkan dan memecahbelah ahli2 gerakan Islam dengan mengFITNAH Ulamak yang memberi pandangan tidak seperti yang mereka kehendaki. Ia bertujuan untuk melemahkan gerakan Islam dengan dengan melagakan2 pandangan sesama pemimpin mereka dan wala ahli kepada pimpinan gerakan. Dan seperti yang dikehendaki oleh tuannya Zionist dan Tanduk2 syaitan NEJD akhirnya umat Islam syiah jugalah yang akan dijadikan sasaran akhir panah2 hasutan ini.

 
MESIR DALAM KERANGKA HADITS DAN PESANAN SAYYIDINA 'UMAR RA 
2:08 PM Al Faedah No comments 

MAAF MESIR, SELAGI KAMU TIDAK MENGENALI MUSUH-MUSUH DI BELAKANG TABIRMU DAN KAMU BERMAIN-MAIN BERSAMA MEREKA, SELAGI ITULAH BANTUAN ALLAH SWT TIDAK BERSAMAMU. :: 

Ikhwan sekian lama duduk di sebelah Qatar sehingga AS Obama sayap Demokrat menjadi teman tidur, setilam dan sebantalmu. Lalu kamu dibantu CIA dan CFR memenangi pilihanraya umum. General Al Sisi boneka Pentagon sayap kanan pro Israel pro Saudi, bekerjasama dengan El Baridei sebagai penggerak utama Al Tamarroud tajaan International Crisis Group. Marhaen Liberal, Sekularis dan Moderat kena catur oleh kuasa Yakjuj Makjuj yang sama. 

Lalu tumbanglah Ikhwan yang disokong sayap kiri US melalui Pakatan sayap kanan Saudi, Pentagon & Israel. Berlainan sayap namun melaporkan kepada "Sang Ketua Pencatur Kerosakan Mukabumi" yang sama. 

Inilah hakikat Pakatan Dajjal. Kawan makan kawan. Kiri lawan kanan. Kanan makan kiri. Kesetiaan itu hanya Ilusi sepertimana jua perjuangan, kebebasan dan demokrasi itu hanya Ilusi dan bayangan igauan kamu semata-mata. 

Saudi sangat mendendami akan kejatuhan Saddam Hussein dahulu. Apakah kamu sudah lupa? Saudi sangat meragui Ikhwan dan hubungkait kamu dengan Iran. Saudi sangat meragui Qatar dan harus diimbangi dan dihalangi kuasa Qatar dengan Ikhwan Muslimun. 

Baridei sangat menginginkan No 1 namun sangat kecewa, kerana dicantas Saudi walaupun kamu ditaja ICG George Soros. Lalu Baridei sudahpun meletakkan jawatan. Kemana agaknya halatuju El Baridei? Tiada kesetiaan dalam sistem percaturan ini. Fahamilah hakikat ini. 

Ketika kami menghentam habis-habisan Raja Saudi sebagai pembelot agama yang menyerang bumi Syams, maka suara-suara sumbang inilah menuduh kami sebagai Syiah. Apabila Raja Saud memerangi kamu sendiri, maka gelaran apaa pula yang ingin kamu panggil mereka yang menyalahi pendapat kamu? 

Dengan tidak semena-mena maka hangatlah suara-suara sumbang ini menghentam pula Raja Saud sedangkan bukankah kamu dahulu saling bekerjasama di bumi Suriah? Ketahuilah, sesungguhnya ALLAH SWT MAHA BERKUASA dan DIA akan menunjukkan satu persatu tentang kebathilan sistem pakatan Yakjuj Makjuj yang kamu anuti, maka bertaubatlah. Keluarlah segera dari fitan-fitan ini dan bersederhanalah. Sesungguhnya RasuluLlah SAW diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam. 

Golongan Radikalis Islamis inilah yang pertama-tama akan mengkafirkan orang, kemudian di Syiahkan orang yang menegur mereka dengan baik. Pelbagai tuduhan dan tohmahan caci maki akan mereka hamburkan pada mereka yang semata-mata tidak bersependapat dengan mereka. Para 'ulama yang tidak sepakat dengan mereka dituduh pula mengamal politik suku agama suku. Pada hakikatnya mereka yang tiga suku. Para 'ulama ini hanya menyatakan bahawa kamu sedang bergelut dalam suatu sistem yang bathil dan kotor dan ia tidak ada kena mengena dengan Islam kerana ia dinajisi oleh percaturan politik gila kuasa dan gila dunia. 

Kepada Ikhwan dan Mesir. Ini alam percaturan anjing makan anjing... Bertaubatlah kamu umat Islam di Mesir dan hayati persanan Sayyidina 'Umar dan RasuluLlah SAW. Tiada bantuan ALLAH SWT selagi kamu menganjingkan diri kamu pada sistem bathil ini.. 

Sudah lama kamu diberi peringatan demi peringatan, bahawa di kalangan kamu terdapat ramainya kelompok-kelompok pembelot agama Islam dan sering ke sana dan ke mari bersekongkol dengan pencatur-pencatur Zionis dari Kaum Yakjuj Makjuj. Hentikan menyalak kamu mempersalahkan para 'ulama yang benar yang telah berkali-kali menyatakan kamu tersasar dari jalan yang benar. Amaran demi amaran diberi namun kamu tetap memilih jalan ini. Apabila kamu disembelih oleh musuh-musuh yang nyata dan yang bersembunyi, maka menyalaklah kamu sekali lagi menyalahkan para 'ulama ini dan setiap Muslim yang tidak bersependapat dengan kamu sehingga kamu sahajalah pembawa obor-obor kebenaran Islam dalam dunia ini. 

Kata Sayyidina 'Umar: "Ketahuilah! Bahawa ada bersama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu." 

Sekiranya perjuangan kamu benar nescaya sudah lama ALLAH SWT turunkan bantuan dari langit untuk kamu sehingga terhapuslah segala bathil keatas umat Islam. Namun tahun demi tahun berdekad-dekad lamanya hingga kini, di manakah bantuan keatas kamu? 

Di sebelah kiri dan kananmu mereka duduk dalam kelompok kamu sambil mengambil pelbagai rupa bentuk Islam namun mereka hanyalah bertindak sebagai barua-barua Yakjuj Makjuj. Apabila kamu sedar dan kembali kerumah-rumah kamu dalam keadaan insaf bahawa selama ini kamu telah tertipu, maka di situlah akan bermulanya bantuan ALLAH SWT bagi kamu. 

:: Pesanan Saidina Umar Al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqas, Ketua Turus tentera Muslimin ketika beliau mengutuskannya untuk pembukaan kota Parsi. 

Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Saad ! Dan juga mereka yang bersama-samamu. Supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan. 

Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu, supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. 

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang-orang Islam kekuatan. Bilangan tentera kita tidak sebanyak bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. 

Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka. 

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT keatas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka. 

Ketahuilah! 

Bahawa ada bersama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu. 

Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan.

Janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan". 

Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh, seperti yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil dahulu yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api). 

Mohonlah dari Allah Taala kemenangan keatas nafsu-nafsu mu, sepertimana kamu memohon kemenangan keatas musuh-musuh mu. 

Aku memohon perkara yang sama keatas diriku dan dirimu. - Saidina Umar Al-Khattab :: 

:: Dari Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam), beliau berkata: "(Pada suatu hari) Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, "La ilaha illallah, celaka (binasa) bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. :: 

:: Pada hari ini telah terbuka bagian dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung ibu jarinya dengan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya, Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa, sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda, Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak." (HR. Bukhari dan Muslim).

No comments: