Wednesday, March 11, 2015

KUALA LUMPUR 10 MAC- Polis menahan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berhubung Himpunan Menyokong Pembebasan Anwar Ibrahim #KitaLawan di ibu negara, Sabtu lalu,
Difahamkan beliau ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman, menjadikan empat pemimpin parti itu ditahan setakat ini.
Rafizi ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat laporan tentang isu 1Malaysia development Berhad (1MDB).
Ahli Parlimen Pandan itu ditahan kira-kira jam 7 petang selepas memberi keterangan berkaitan syarikat pelaburan berkenaan.
Polis hari ini turut menahan Anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di bawah tuduhan yang sama.
Ahad lalu, polis menahan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan seorang lagi pemimpin AMK, Saifullah Zulkifli sehari sebelum itu. Laporan media memetik peguam Nik  berkata, Ketua AMK itu dijangka  dibebaskan malam ini

No comments: