Saturday, April 4, 2015




PAKATAN RAKYAT PERLU KEMBALI KEPADA AGENDA PEMBELAAN RAKYAT
Sejak Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), Malaysia berhadapan dengan masalah yang bertimpa-timpa. Pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak di Putrajaya gagal memimpin masyarakat dan negara mengharungi cabaran-cabaran ini, malah kadang kala merumitkan lagi keadaan. Sebahagian besar rakyat Malaysia merasakan seolah-olah Malaysia terumbang-ambing tanpa hala tuju apabila pimpinan politik tidak memberi bimbingan dan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah masyarakat.
Masalah-masalah yang datang bertimpa ini bermula dengan api perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pihak selepas PRU13. Keadaan ekonomi suram yang menekan rakyat diburukkan lagi dengan skandal kewangan seperti 1MDB dan pembaziran seperti pembelian jet baru. Rakyat Malaysia juga diuji dengan bencana banjir yang melibatkan ratusan ribu rakyat di seluruh negara. Minggu ini, rakyat Malaysia terus ditekan apabila mula menanggung beban percukaian GST yang tidak sewajarnya dilaksanakan.
Kedua-dua gabungan politik iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional juga berdepan dengan masalah dalaman akibat perbezaan pendapatan dan perselisihan kepimpinan.
Dalam suasana begini, mudah bagi rakyat kebanyakan hilang keyakinan dengan proses politik berdemokrasi yang diamalkan sekian lama. Apabila rakyat merasakan bahawa mereka tidak dibela dan ahli politik bercakaran sesama sendiri, keyakinan kepada proses politik akan luntur.
Saya sedia maklum dengan keresahan rakyat yang pelbagai kaum dan latar belakang. Kegagalan merungkai keresahan ini akan membawa kesan besar kepada negara dan masyarakat.
Oleh yang demikian, saya menyeru rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk kembali ke meja mesyuarat dengan meletakkan agenda pembelaan rakyat sebagai keutamaan teratas. Ini bukanlah bermakna kita tidak mengambil peduli pergeseran sesama kita, tetapi sekiranya perselisihan itu dibincangkan dengan berpaksikan agenda pembelaan rakyat sebagai keutamaan, saya yakin ia boleh diselesaikan dengan baik.
Saya khuatir dengan beberapa perkembangan mutakhir mengenai Pakatan Rakyat termasuklah keputusan parti-parti DAP dan KEADILAN di Sabah dan Sarawak berhubung kerjasama dengan PAS. Sementara saya menghormati kedudukan parti-parti DAP dan KEADILAN di Sabah dan Sarawak yang mempunyai autonomi, saya berharap agar keputusan-keputusan itu juga dapat dibincangkan dengan lebih teliti di peringkat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
Oleh yang demikian, saya sedang berusaha supaya satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dapat diadakan dalam tempoh dua minggu ini dengan agenda-agenda berikut sebagai agenda utama:
1. Mengawalselia pelaksanaan GST untuk memastikan rakyat tidak terus menjadi mangsa sementara menyokong segala usaha membantah pelaksanaan GST
2. Tindakbalas Pakatan Rakyat ekoran siri penangkapan ke atas aktivis, pimpinan politik dan pengamal media yang menunjukkan terhakisnya ruang demokrasi di negara ini
3. Kerjasama yang lebih fokus untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang masih belum mendapat bantuan sepenuhnya
4. Persediaan bersama menghadapi pilihanraya-pilihanraya yang makin dekat terutamanya Pilihanraya Negeri Sarawak
Saya percaya rakyat memerlukan pimpinan politik untuk kembali mengangkat agenda membela rakyat dan cuba menangani perselisihan secara berhikmah. Saya berdoa agar pimpinan Pakatan Rakyat diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menguatkan saf berhadapan dengan Barisan Nasional dalam keadaan pelbagai masalah masyarakat semakin menekan rakyat Malaysia.
DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN KEADILAN
---
3 APRIL 2015
PAKATAN RAKYAT MUST RETURN TO THE AGENDA OF DEFENDING THE RAKYAT
Since the 13th General Election (13GE), Malaysia has been facing problem after problem. The administration of Dato’ Seri Najib Tun Razak in Putrajaya has failed to lead the people and the nation to overcome these challenges, and in fact has often complicated matters further. Many believe that Malaysia is on a wayward course when its political leaders are unable to guide and provide solutions to problems faced by the Rakyat.
These problems began with the racialist sentiments played up by certain groups after GE13. A lacklustre economy is made worse with the revelation of scandals like the 1MDB and the recent jet purchase. The Rakyat are also tested with the recent floods that affected hundreds of thousands across the country. Even this very week Malaysians are forced to face further stress with the new GST taxation system that in fact should not be implemented.
Both political coalitions of Pakatan Rakyat and Barisan Nasional face great internal tumult due to differences of opinion and leadership clashes.
In these turbulent times, it is easy for the Rakyat to lose hope in the democratic political process that has been practised for so long. When the Rakyat feel they are not being taken care of and when politicians bicker amongst themselves, faith in the political process will erode.
I am aware of the restlessness amongst the Rakyat from all ethnic groups and backgrounds. The failure to tackle this restlessness will have a massive impact on the nation and on society.
Therefore, I call upon my colleagues in Pakatan Rakyat to return to the discussion table and place the agenda of defending the Rakyat as our principal aim. This does not imply we ignore the differences of opinion we have, but if those differences are framed by the agenda to defend the Rakyat, I am certain they can be resolved.
I am concerned especially with recent developments in Pakatan Rakyat, including the decisions by DAP and KEADILAN in Sabah and Sarawak regarding their working relationships with PAS. While I respect the positions and autonomy of DAP and KEADILAN in Sabah and Sarawak, I hope that these decisions can also be discussed in greater detail at the Pakatan Rakyat Leadership Council level in the very near future.
Therefore, I am working to call for a Pakatan Rakyat Leadership Council to be held in the next two weeks with the following main agendas:
1. To monitor and regulate the implementation GST to ensure the Rakyat do not continue to become victims, while supporting all efforts to oppose the implementation of GST
2. The response of Pakatan Rakyat following the series of arrests of activists, political leaders and media practitioners that clearly shows the erosion of democratic space in this country
3. Focused efforts to expedite relief efforts to victims of the recent floods who have yet to receive full aid and assistance
4. Coordinated preparations to face the upcoming elections, especially the Sarawak State Elections
I believe the Rakyat need political leadership that prioritises the agenda to defend the Rakyat and try to resolve differences with wisdom. I pray that all leaders of Pakatan Rakyat are given the strength by Allah SWT to fortify the bond between us in order to face Barisan Nasional at a time when numerous problems continue to pile pressure on the Rakyat.
DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDENT OF KEADILAN

No comments: