Monday, April 13, 2015


Menyokong Najib (Terjemahan Artikel Supporting Najib)

MENYOKONG NAJIB

1. Akibat pendedahan berkenaan kes Altantuya dan 1MDB, Najib menerima sokongan padu daripada Ketua Bahagian UMNO, BN, MIC, para senator dan semua jenis kumpulan. Inilah yang dilaporkan oleh media arus perdana.
2. Saya tak minta sesiapa untuk menyokong saya. Tapi saya ingin bertanya kepada penyokong Najib untuk membuat pengakuan bahawa mereka menyokong 1MDB, 1MDB meminjam RM 42 billion dan ketidakmampuan Najib untuk menjawab di manakan wang tersebut ketika ditanya.
3. Adakah anda juga bersetuju untuk menyimpan berbillion Ringgit di Pulau Cayman? Adakah anda menyokong wang tersebut dibawa pulang tetapi disimpan di Swiss Bank Singapura? Adakah anda juga menyokong kenyataan bahawa wang tersebut tidak boleh dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan menyoal banyak perkara?
4. Adakah anda menyokong pembelian tanah milik kerajaan di Kuala Lumpur dengan harga jauh di bawah harga pasaran sementara membeli loji penjana kuasa daripada sektor swasta dengan harga yang jauh tinggi berbanding harga pasaran?
5. Sekarang ada cadangan pula untuk menjual tanah ini kepada syarikat kerajaan pada kadar inflasi untuk membayar kembali billionan Ringgit yang dipinjam 1MDB.
6. Sekiranya penjualan ini adalah bertujuan untuk membayar kembali hutang 1MDB, ini bermakna 1MDB yang meminjam 42 billion tidak mampu membayar hutang daripada pelaburan yang menyaksikan kerugian.
7. Apa telah terjadi sebenarnya kepada 42 billion yang telah dipinjam? Kenapa perlu 1MDB meminjam lagi 2 billion untuk membayar faedah? Kenapa perlu kerajaan menggunakan wang kerajaan sebanyak 1 billion untuk membayar hutang 1MDB?
8. Pinjaman ini menunjukkan 1MDB kini mempunyai hutang sebanyak 42 + 3 = 45 billion.
9. Penyokong Najib juga perlu menyokong Jho Low, kawan kepada Najib seperti mana Daim yang merupakan kawan saya, yang menguruskan wang 1MDB. Mereka perlu berkawan dengan Jho Low untuk memberi kepercayaan penuh kepadanya.
10. Saya tanya Najib soalan-soalan mudah, tetapi daripada menjawab soalan-soalan tersebut, Najib meminta bantuan penyokong-penyokongnya. Saya ingin bertanya kepada penyokong Najib sama ada sokongan mereka bermakna mereka setuju dengan kehilangan RM 42 billion, dan tiada keperluan untuk menjelaskan di mana wang itu ada sebenarnya. Kalau anda setuju, pergi beritahu Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin untuk diam.
(Diterjemah daripada penulisan Che Det, SUPPORTING NAJIB)

No comments: