Tuesday, October 13, 2009

 Di petik dari Blog Al-Banjari

 

(3) Corat Coret Bagan Pinang - cerita dari bloggers.

Seawal jam 10 pagi, Ahad lalu, aku bersama blogger albanjari, pinkturtle dan bos utaraonline telah melawat dua buah UPU iaitu UPU Telok Kemang dan UPU Si Rusa, mula mula kami singgah di UPU Si Rusa. Majoriti yang bertugas di UPU ini adalah petugas daripada Kelantan. Suasana kempen agak panas walaupun tidak begitu tegang. Pencacai UMNO terjerit jerit macam orang hilang akal menuduh PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan melaungkan "liwat liwat liwat".

Petugas PAS yang mendominasi petugas Pakatan di UPU Si Rusa kelihatan bersahaja "mendengar" laungan ala ala wayang kulit yang dipersembahkan oleh pencacai UMNO yang sangat kurang adab tersebut. Tahniah kepada semua petugas PAS yang berada di UPU tersebut di atas kesabaran tahap tinggi yang berjaya anda tunjukkan.

Corat-Coret @ Teluk kemang :
Kami kemudiannya beredar ke UPU Telok Kemang yang diamanahkan kepada petugas dari Terengganu. Perjalanan ke sana, jalan memang jem tahap gaban. 1 jam lebih baru sampai. Suasana di UPU ini amat tegang dan diberitakan bahawa insiden bertukar tukar bahan hantaran seperti botol dan batu telah beberapa kali berlaku tetapi belum ada yang cedera. Sorak menyorak kelihatan sangat "ceria" di UPU ini di mana semua pihak yang hadir telah mengambil bahagian dalam setiap "pertandingan" sorakan yang dianjurkan.

Penyokong UMNO yang terdiri daripada remaja yang masih bersekolah dan remaja yang tercicir persekolahan telah menjadi mangsa buli Pemuda dan Wanita UMNO. Kumpulan remaja malang ini telah dijadikan pasukan sorak tanpa tauliah oleh Pemuda dan Wanita UMNO.

Fuckatan Riot !! Piiraaa..!! Fuck..fuck !! Take Beer !!
Baik punya ayat puteri ni ! Dasyat beb !!

Albanjari dan bos utaraonline meninggalkan aku dan pinkturtle di UPU "panas" ini. Pinkturtle nih gagal dikesan sebenarnya. Telefon pun tak angkat. Semoga pinkturtle tidak diculik oleh UMNO. Kalau tak, tak pasal pasal bloggers nak kena jadi WonderPet.

Sorakan dan kejian UMNO terhadap PAS memang sangat menyakitkan. Tunggu apa lagi...aku tanggalkan kad blogger milik aku dan aku "join" sekali dengan kelompok pemuda dan remaja Pakatan. Aku lead sendiri kelompok nih. Kami bersorak dan melaungkan slogan macam demonstrasi. Alhamdulillah, para "jemaah" yang berada di UPU Telok Kemang turut serta dan sorakan kami itu telah berjaya "mematikan" budak budak UMNO.

Tak lama lepas tu, sekali lagi pertukaran bahan hantaran berlaku. Budak budak pencacai UMNO melontarkan batu ke arah penyokong Pakatan dan terkena bibir seorang remaja dari Terengganu. Nasib baik pihak PDRM berjaya mengawal keadaan.

Sorak sorakan masih terus terusan berlaku sambil disulami oleh pertukaran bahan hantaran. Pihak PDRM yang pada awalnya kelihatan agak berat sebelah telah mula memainkan peranan dengan menahan beberapa "ekor" budak UMNO. Itu pun setelah ditekan dan digasak oleh pihak Pakatan.

Setelah beberapa "ekor" budak UMNO itu digari dan disimpan di dalam land rover milik PDRM, pihak UMNO terus hilang moral kecuali beberapa ekor Puteri UMNO yang baru habis PMR. Muda sangat tu tapi mulut budak budak nih dah macam mulut mak budak. Laser dan kurang ajar tahap gaban. Kesian mak ayah budak budak nih. Penyokong UMNO mula bersurai apabila jam menunjukkan hampir 1 petang. Apa yang membuatkan penyokong Pakatan "naik semangat" secara menjadi jadi adalah sikap OCDP yang bertugas di UPU Telok Kemang.

Beliau mengarahkan penyokong Pakatan bersurai atas alasan penyokong UMNO telahpun bersurai. Gila gaban betul OCPD nih. UMNO nak bersurai tu UMNO punya pasallah. Apasal kami pun nak kena bersurai juga? Polis tu pula kata "OCPD ada kuasa untuk suraikan" perhimpunan. Woi !! Itu hal lain. Bukannya hal himpunan pilihanraya !! Bangang betul sarjan yang bagi alasan macam tu kat aku. Nak jer aku ludah tepat kat biji mata dia. Nasib baik Hj Hanapiah tarik aku ke belakang. Kalau tidak, memang sarjan tu dah aku "sekolahkan" dah.

Aku hormat betul dengan penyokong Pakatan. Seinci pun mereka tak berundur. Walaupun masing masing baju dah basah dengan peluh tapi semangat tetap kental. Selepas keadaan kembali tenang sebab penyokong UMNO dan makin reda, tak pasal pasal pula puak puak topi merah sampai 3 trak siap dengan rasaksa Water Canon sekali.

FRU terus mengambil tempat di bahu jalan. Penyokong UMNO yang memang diketahui penakut nak mampos tu terus hilang dan terus duduk duduk macam mereka tak terlibat dengan pilihanraya. Rupa rupanya puak puak nih takut dengan FRU. Puteri UMNO yang tadi bukan main lagi celupar mulutnya telah hilang entah ke mana. Budak budak UMNO yang baling aku dengan botol mineral pun tak nampak batang hidung dah. Bangang. Sangat bangang. Dah lah bangang, penakut nak mampos pula tu !

(*) Teks (sumbangan pemburu syahid) - Foto ( koleksi albanjari & pemburu syahid)

Monday, October 12, 2009


(2) Corat Coret Bagan Pinang - Bila Imam jahil memahami Feqhul Aulawiyat ?

Oleh : MRK albanjari
Sambil kami berjalan berjamaah menuju ke Masjid Kariah Bagan Pinang untuk menunaikan solat Subuh pada pagi Ahad lalu(11.Okt), telinga kami diperdengarkan dengan alunan azan yang sangat kurang menyenangkan telinga oleh muazzin yang saya rasa dari segi usianya sudah terlalu tua dan sudah tidak mampu untuk menzahirkan makhraj-makhraj huruf yang sudah tidak sempurna lagi sebutannya.

Sesampainya saya diperkarangan masjid saya cukup teruja dengan kebanjiran para jemaah yang pastinya mereka adalah penyokong dan pendokong PAS dan Rakatan Rakyat yang pada telahan saya mungkin inilah kali pertama sejak kewujudan masjid ini subuhnya jemaah melimpah sampai keluar.

Ketika saya sedang berwuduk, muazzin telah melaungkan Iqamah dan seterusnya solat subuh pun bermua dengan lafaz takbir imam yang saya amati lafaz Takbiratul Ihramnya sudah bertukar makna dari maksud Allah Maha Besar kepada Allah Maha .......... sudah bertukar kepada jelas huruf KAF kepada huruf KHA dengan dituruti bacaan surah al-Fatihahnya juga banyak bertukar huruf dan bacaan yang tidak jelas.

Ramai dari kami para jemaah menggelengkan kepala tanda protes terhadap lafaz bacaan sang Imam itu dan ramai juga yang merungut sendirian namun saya gagahi juga untuk masuk saf untuk turut berjamaah denganya tetapi sebelum imam itu menghabiskan bacaan al-Fatihahnya saya terpaksa keluar dari saf kerana sudah tidak tertanggung lagi kebingungan saya dengan bacaan sang Imam tersebut yang jelas banyak salahnya pada bacaannya, maka saya keluar dari saf menanti sehingga dia menghabiskankan solatnya.

Sesudah sang Imam itu selesai memberikan salam keduanya maka kami dengan segera bertindak membentuk saf baru lebih kurang 5 saf penuh dengan di imamkan oleh seorang ahli Pas yang tidak sempat saya bersapa dengannya.

Nasib malang kami juga tidak terhenti disitu sahaja kerana sound system masjid ini boleh dikatakan canggih juga, apabila kami yang bersolat diluar amat terkesan dengan kesan bunyi sang Imam tadi mengalunkan zikir-zikirnya yang juga tidak jelas butir kalimahnya melainkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, dan kalimah tauhid yang dialunkannya cukup bersemangat maklumlah solat Subuh yang teramai dalam sejarah Masjid Bagan Pinang ini yang sekali gus amat menganggu jemaah lain yang sedang menunaikan solat pada waktu yang sama itu.

Sejurus jemaah kami selesai menunaikan solat lalu ada diantara kami yang melaungkan kalimah suci dengan laungan "TAKBIR" lalu dijawab "ALLAHUAKBAR" tiga kali. Tiba-tiba seorang dari sahabat saya mendengar 2 orang totok UMNO berkata " kita halau je orang yang kat belakang tu buat bising je".

Woi bodoh !!! itu bukan buat bising la tapi lafaz agung membesarkan Allah sambil memprotes bacaan imam tu.

Secara peribadi saya dengan secara jujur dan ikhlas kerana Allah mencadangkan agar Imam dan Bilal itu PERLU kena letak jawatan kerana bacaan dan fasohah anda sudah tidak menepati kehendak dan kaedah sebutan huruf-huruf hijaiyah dalam ertikata lain bacaan anda sudah lari dari Lahjah Quraish.

Sewajarnya pihak pengurusan masjid seperti Pak Nazirnya harus bertanggung jawab melantik imam yang lebih fasih bacaan serta sebutannya bagi menjadi Imam dan Muazzin di masjid ini atau jika Pak Nazir pun bangang juga eloklah pihak Dakwah dan Pengurusan Masjid Pejabat Agama Islam Daerah PD atau Mat Hassan mendepani isu ini dan yang paling wajar kena bergurulah dengan Isa Samad yang alim dan baik serta baik budi dan baik akhlaknya ini untuk melantik atau menamakan insan lain menggantikan dua imam veteran ini.

Saya tidak berhasrat untuk menentukan apakah sah atau tidak sahnya solat imam tersebut namun bagi saya jika dalam kariah ini hanya mereka berdua sahaja yang terbaik bacaannya maka itulah yang sewajarnya tetapi sebaliknya ada orang lain yang lebih baik bacaannya maka bolehlah dihukumkan solat mereka tidak sah kerana bacaan surah al-Fatihah itu merupakan salah satu rukun solat yang 13 termasuk lafaz Takbiratul Ihramnya. Maka pada ketika itu menjadi wajib kepada anak kariahnya belajar ilmu dan hukum-hukum Tajwid. Inilah akibatnya didikan dan tarbiyah yang telah dijelmakan oleh UBN dalam menjaga hal ehwal Islam di negeri yang kurang 1 jadi sepuluh ini. Wallahualam..

No comments: