Saturday, October 10, 2009

DUN Perak bersidang 28 Oktober

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 28 Oktober- sah!

Datuk Ngeh Koo Ham mengesahkan malam tadi bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan telah menerima “notis panggilan Mesyuarat” daripada Speaker Haram lantikan BN, Datuk R. Ganesan.

Notis tersebut mengesahkan persidangan DUN pada 28 Okt, sebagai mana yang telah dijangkakan.

Apabila ditanya samada PR merancang untuk turut hadir persidangan pada 28 Okt tersebut, Ngeh berkata :

“Kami akan ikut arahan daripada Sivakumar dan tidak akan mematuhi (arahan) Speaker haram, Ganesan.”

Ini bermakna, Sivakumar berkemungkinan besar, akan mengeluarkan “notis panggilan Mesyuarat” sendiri , dengan tarikh dan masa yang sama , untuk membolehkan wakil PR memasuki dewan menjelang 28 Okt nanti.

PR telah mengumumkan bahawa mereka tidak menerima perlantikan Ganesan sebagai Speaker yang sah dan dengan itu tidak akan mematuhi sebarang arahannya.

“Ini adalah cara dan peluang terbaik ( Sivakumar mengeluarkan notis panggilan mesyuarat) bagi PR untuk memasuki dewan dan menghentikan apa juga prosiding yang BN rencanakan,” kata seorang Adun.

“ BN tidak boleh mengatakan bahawa kami tidak ada hak untuk menghadiri persidangan dan terpulanglah kepada kami untuk mengatakan yang mana satu “notis panggilan Mesyuarat” yang kami patuhi,” jelasnya lagi.

Pada 2 Sept yang lalu, PR Perak telah dihalang polis dan pegawai kerajaan daripada memasuki bangungan Setiausaha Kerjaan Negeri dan terpaksa mengadakan persidangan di sebuah hotel.

Persidangan kali ini adalah penting kerana pembentangan bajet negeri bagi 2010. Tanpa pembentangan dan kelulusan bajet tersebut, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak akan mampu meneruskan pentadbiran negeri Perak.

Adalah dipercayai, PR melalui jawatankuasa belanjawannya sendiiri , mempunya agenda bajet mereka sendiri. Apa yang akan berlaku pada persidangan 28 Okt nanti amat menarik untuk di perhatikan.Berjayakah Zambry membentangkan bajet negeri Perak?

P/s : Agak-agaknya speaker mana yang akan diusung keluar kali ini?

No comments: