Monday, November 3, 2008

Amaran terhadap PKR dan DAP

Petikan dari Tranung Kite on line
Artikel Oleh UmmiAnni

"Assalamu'alaikum Wr,Wb

 Amaran di berikan kepada PKR dan DAP supaya tidak menyentuh soal islam dalam apa juga komen yang berkait dengan akidah yang mana mereka tidak arif tentangnya, mereka boleh komen masalah parti PAS dan kepimpinannya, mereka boleh komen ahli PKR yang menganut islam, mereka juga boleh komen ahli DAP yang beragama islam akan tetapi mereka tidak boleh komen dasar PAS dan pegangan agama islam pada ahli PKR dan DAP, tambahan pula yang komen itu ahli yang bukan beragama islam

Soal agama islam adalah ketentuan Tuhan yang memerintahkan manusia supaya melakukan apa yang di perintah Tuhan, ia bukan rekaan mana-mana manusia yang berada di atas bumi ini, mana-mana manusia yang menubuhkan apa-apa kumpulan yang mahu mengikut arahan Tuhan supaya agama di jadikan dasar perjuangannya maka tidak siapa yang berhak menyanggahnya, melarang atau menyentuhnya, jika ada yang berbuat demikian maka kumpulan yang mengambil dasar agama itu akan menetang kamu habis-habisan

Kamu boleh hentam pucuk pimpinan PAS semahu yang kamu mahu dan terdaya, akan tetapi kamu JANGAN sentuh dasar perjuangan yang di bawa oleh PAS kerana itu adalah hak Allah, orang PAS tidak mereka cipta dasar perjuangannya seperti apa yang ada di dalam parti-parti yang lain yang terdapat di dalam negara ini, kerana itu kamu jangan suka mencari pasal, kamu kena lihat keutamaan dalam islam yang kamu minat sangat nak sentuh, soal dasar PAS adalah soal AKIDAH buakan soal Furu' yang ada di dalam islam

Perkataan ISLAM adalah bermaksud tertegaknya dasar kalimah LA ILLAHA ILLALLAH DAN MUHAMMADARRASULLULLAH yang menjurus kepada akidah umat islam, jika kamu tidak faham lebih baik kamu rujuk kepada yang faham, jangan buat-buat faham kepada apa yang kamu sebenarnya tidak faham, nanti di kuatiri umat islam di negara ini dan di lain juga akan bangkit menentang kenyataan kamu

Kita tidak hairan jika kamu kata bahawa kebanyakkan orang kurang senang dengan dasar islam yang di bawa oleh PAS dan juga mereka yang beragama islam yang berada pada parti PKR dan DAP yang bercakap tentang islam, ini kerana banyak terdapat ayat di dalam Al Quran yang menerangkan sikap orang yang menentang islam tersebut, kerana itu saya secara pribadi mengingatkan kamu (Tian Chua) supaya memberhentikan cakap-cakap yang sensitif yang berkait dengan agama sila rujuk kenyataan kamu pada 26 Okt 08 di Malaysiakini yang menunjukkan sikap kamu dan parti kamu (PKR) yang sebenar

Semalam ada ulasan tentang kenyataan kamu pada 26 Okt 08 tersebut, kemudia ada lagi berita seolah-olah menggulakan orang yang menyokong PR yang mengatakan terlalu hampirnya peralihan kuasa di negara ini sehingga di katakan semua ahli YB dari parti PKR di larang keluar negara kerana akan berlaku undi tidak percaya, saya nampak berita yang kurang jelas ini jika tidak menjadi kenyataan maka jelaslah ia gula-gula semata-mata kerana hendak meredakan suasana yang ada, di harap teguran ini di jadikan sebagai teguran yang membina yang tegas

Penubuhan Klub Penyokong Muda PAS

SUMBER DARI TRANUNGKITE.ONLINE
Oleh Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

 Melihat kepada sokongan dan kepercayaan rakyat dari kalangan masyarakat pelbagai kaum kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada Pilihanraya Umum ke-12 pada bulan 8 Mac 2008 yang lepas.

khususnya di kalangan anak muda daripada pelbagai kaum, maka Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) atas kesedaran itu mengambil inisiatif untuk meningkatkan penumpuan dan perhatian PAS kepada mereka melalui penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP).


Penubuhan KPMP adalah di bawah kendalian Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) DPP Pusat.


Inisiatif yang diambil ini adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

DPP Pusat menyedari bahawa kurangnya penumpuan PAS terhadap golongan muda daripada kalangan masyarakat bukan Islam sedangkan Kelab Penyokong PAS (KPP) telahpun ditubuhkan dan dalam masa yang sama wujud kehendak dari kalangan golongan muda bukan Islam untuk terlibat aktif secara langsung bersama PAS dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya bukan Islam.


Setelah PAS berjaya melancarkan KPP pada tahun 2004 dan kini keahliannya sudahpun mencecah seramai 18 ribu orang, maka DPP Pusat mengambil inisiatif untuk membentuk KPMP yang akan lebih cenderong ke arah aktiviti yang berbentuk kepemudaan.

KPP sedia ada dilihat lebih dianggotai oleh golongan dewasa serta aktivitinya tidak banyak menjurus kepada golongan muda.


Pelancaran KPMP ini akan disempurnakan oleh YB Salahuddin Bin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat diperkarangan lobi Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 15 November 2008 pukul 2.30 petang.

Pada majlis perasmian ini juga akan diadakan beberapa aturcara seperti persembahan kumpulan anak muda daripada KPMP, pelancaran misi dan visi KPMP, penyerahan borang keahlian KPMP dan majlis memperkenalkan Jawatankuasa Penaja KPMP.


Bagi memastikan bahawa KPMP akan disambut diperingkat negeri-negeri, LPN DPP Pusat akan bergerak ke seluruh negara untuk melancarkan KPMP di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak selepas pelancaran KPMP dibuat pada 15 November 2008 nanti.

Kemuncak penubuhan KPMP ini akan diadakan pada bulan Mei 2009 iaitu satu Himpunan Anak Muda KPMP akan dilaksanakan bagi menghimpunkan kesemua jawatankuasa penaja yang telah berjaya ditubuhkan di peringkat pusat dan negeri-negeri.

Himpunan Anak Muda KPMP telah dipersetujui untuk diadakan di sekitar Lembah Klang.
Sesungguhnya manusia itu hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan segala-galanya.

Prasyarat kejayaan sesuatu perancangan itu adalah komitmen, kesungguhan dan keikhlasan pelaksananya. Semoga setiap perancangan yang dibuat ini dapat dilaksanakan dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.


“PAS FOR ALL”


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi,Lajnah Perpaduan Nasional,
Dewan Pemuda PAS Pusat.
019-7701830

No comments: