Sunday, November 2, 2008

Rakyat ingin tahu. Di manakah Raja dan Sultan berada?

TokPenghulu

Fikir Sejenak Oleh setisab

"

Sebagai rakyat sebuah negeri / negara yang mempunyai raja, terkadang timbul keinginan di lubuk hati saya untuk tahu di manakah agaknya sultan-sultan dan raja-raja Melayu berada semasa rakyat jelata berhempas pulas mempertahankan hak dan kedaulatan agama, bangsa dan negara?

Saya tidak mempersoalkan kedaulatan undang-undang dan taat setia kepada raja dan negara.

Sebagai pembayar berbagai jenis cukai yang mana sebahagian daripadanya digunakan sebagai bayaran gaji, berbagai jenis alaun, berbagai jenis kemudahan dan berbagai jenis bayaran lain kepada raja-raja, saya berhak untuk mengetahui di manakah Sultan dan Raja-Raja saya semasa agama, bangsa dan negara saya dalam keadaan yang memerlukan perhatian, pandangan dan bantuan mereka.

30 tahun yang lalu semasa saya masih di sekolah rendah, saya pernah bertanya kepada guru saya,

“Apakah kerja Sultan- Sultan kita?”.

Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat jawapan yang boleh saya beri markah 100% tepat.

Bukan kerana saya tidak mahu beri markah 100%, tetapi kerana saya sendiri masih samar-samar dan tertanya-tanya apakah sebenarnya kerja sultan-sultan dan raja-raja saya.

Kerja sultan dan raja-raja yang saya tahu kerana selalu terbaca diakhbar hanyalah ; Sultan so and so menang pertandingan golf persahabatan, Sultan so and so buat lawatan ke luar negara, Sultan so and so mencemar duli dengan mengadakan lawatan ke Pasar Tani, Sultan so and so berangkat ke luar negara untuk mendapat rawatan kerana selsema yang berpanjangan.

Oleh yang demikian, saya terlalu hendak tahu di manakan Sultan dan Raja-Raja Melayu berada semasa saya dan rakyat Malaysia sibuk dan bimbang dengan segala jenis aktiviti pemimpin politik Melayu yang leka dan lalai serta asyik bercakaran sesama sendiri?

Kalau saya tidak dapat jawapannya, saya bimbang generasi saya akan datang tidak akan bertanya soalan yang pernah saya tanyakan kepada guru saya 30 tahun lalu kerana pada itu telah tiada lagi sultan dan raja.

No comments: