Sunday, November 30, 2008

PAS Bersedia P36 Kuala Terengganu?????

PAS Bersedia P36 Kuala Terengganu?????
Dilulus terbit pada Sunday, November 30 @ 11:13:12 MYT oleh TokBatin
Respon @ Ulasan Oleh al-brangi

" Selalunya di penghujung tahun, negeri Terengganu dilanda hujan lebat akibat pergerakan angin monsoon timur-laut yang boleh menyebabkan banjir.

Tetapi Terengganu juga amat memerlukan angin tersebut. Angin tersebut amat sinonim dengan satu lagi event yang amat diambil berat semasa zaman DS Idris Jusuh iaitu Monsoon Cup. Angin tersebut amat diperlukan untuk meniup layar-layar kapal 'mat salih' yang datang bertanding. Pada penghujung tahun ini juga, negeri Terengganu dijangka akan sekali lagi dilanda 'monsoon'.

'Monsoon' tersebut bukan saja datang dari timur-laut,ia akan datang dari barat daya, utara, selatan, bahkan dari segenap penjuru. 'Monsoon' tersebut akan berlabuh tepat di P36 Kuala Terengganu. Parlimen P36 menjadi kosong akibat kembalinya Dato' Razali Ismail keRahmatuLLah (Al-fatihah) dan pilihanraya kecil akan diadakan.

Parlimen P36 mengandungi DUN N13 Wakaf Mempelam, DUN N14 Bandar, DUN N15 Ladang dan DUN N16 Batu Buruk.

Parlimen P36 dimenangi oleh UMNO/BN(Allahyarham Dato' Razali Ismail) dengan majoriti 628 undi(undi rosak 931) manakala PAS memenangi 3 daripada 4 DUN melalui DUN N13 Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,193 undi(undi rosak 156), DUN15 Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dengan majoriti 31 undi(undi rosak 285)dan DUN16 Batu Buruk dan Dr.Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan majoriti 1,161 undi (undi rosak 212). Manakala BN dimenenangi oleh calon MCA di DUN N14 Bandar dengan majoriti 1,142 undi(undi rosak 231).

Kubu PAS adalah di N13, Wakaf Mempelam dan N16, Batu Buruk. Adalah diharapkan PAS dapat meraih seberapa banyak undi di kedua-dua DUN tersebut untuk 'cover' di DUN15 Ladang dimana PAS hanya menang dengan majoriti 31 dan kalah di DUN14 dengan 1,142 undi.

Saya merasakan dengan congak matematik mudah, jumlah undi yang diraih dan jumlah undi rosak didalam PRU12 dahulu, PAS mempunyai harapan yang cerah untuk merampas kembali parlimen P36, Kuala Terengganu, dimana di dalam PRU11 PAS pernah memenangi melalui Dr.Syed Azman dengan majoriti 14,448 undi yang mengalahkan Allahyarham Datuk Bakar Daud.

Saya berkeyakinan penuh faktor penentu yang boleh mencorakkan piliharanraya kecil kali ini adalah faktor CALON samada daripada PAS sendiri mahupun UMNO. Faktor isu PERGOLAKAN didalam UMNO khususnya UMNO Terengganu jugak memainkan peranan.

Isu-isu setempat seperti keadaan Perniagaan di Pasar Payang, kesesakan lalulintas, pembaziran dalam penganjuran Monsoon Cup, pembaziran 'Bas Rakyat', isu royalti minyak, pengagihan dana raya yang berat sebelah, pengagihan hadiah wang pelajar layak ke IPTA yang berat sebelah, isu Masjid Kristal dan pembangunan di Pulau Wan Man-Pulau Duyung, isu orang asing membeli tanah di Terengganu, isu sistem pengangkutan awam, isu mercedes Exco dan lain-lain isu boleh mempengaruhi pengundi dengan syarat cara penyampaian atau pendedahannya dapat menyakinkan pengundi.

Isu-isu semasa seperti isu kenaikan harga barang,isu babi, arak, isu kelab penyokong PAS menjadi salah satu sayap dalam PAS, isu 16 September, isu pemecatan TP PAS Selangor dan lain-lain isu tidak banyak menyumbang kearah menterjemahkan undi, ia mungkin menjadi percikan untuk menjadi tompok-tompok berwarna yang membantu mencantikkan lagi satu lukisan helaian batik.

PAS Terengganu perlu cermat di dalam memilih calon. Nama yang disebut-sebut ialah Mat Sabu dan Wan Mutallib. Saya berharap PAS Terengganu jangan bikin sensasi kerana iklim piliharaya kecil dengan umum amat berbeza. Cik Gu Pa amat memahami situasi ini.

Tolong jangan pilih lagi muka-muka lama, walaupun banyak berjasa seperti Dato' Abu Bakar Chik, Datuk Wan Mutallib mahupun Dato' Mustafa Ali sendiri. Jangan 'kemualan' sesetengah pengundi atas pagar dan sebahagian daripada orang-orang lama UMNO kepada mereka diterjemahkan dalam undi. Didalam masa yang sama UMNO juga ketandusan calon dimana nama yang disebut-sebut seperti Wan Farid, orang lama Zubir Embong hatta Abdul Rahman Bakar barangkali mungkin dikentengahkan kembali.

UMNO Terengganu sedang bergolak dibawah pimpinan Ahmad Said. PAS perlu bijak mencuri peluang ini. Pakatan Rakyat diharapkan dapat meng'endorsed'kan secepat mungkin parti yang akan bertanding semoga gerak kerja dapat disusun dengan segera. Jangan ada mana-mana pihak menikam belakang atau 'cas keting' atau 'peteh keting' dengan meletakkan calon bebas.

Parti yang layak bertanding di dalam situasi begini adalah PAS."

No comments: