Saturday, January 16, 2010


Beras murah habis
Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my


YUSUFF (kiri) meninjau sebuah kedai runcit yang kehabisan stok bekalan beras ST15 di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR - Masalah kesukaran untuk mendapatkan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini kembali menghantui orang ramai dan terbaru melibatkan penduduk di Kedah apabila bekalan beras itu dikatakan sudah tidak terdapat di pasaran sejak sebulan lalu.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail mendakwa, tinjauan pihaknya di beberapa daerah di negeri tersebut mendapati, bekalan beras ST15 itu sudah tidak ada di pasaran.
"Kita mendapat maklumat mengenai masalah ini daripada orang awam dan kami melakukan tinjauan di beberapa daerah seperti Sik, Kulim, Baling dan Kota Setar dan mendapati memang beras ST15 tiada langsung di pasaran," katanya.
Menurut Yusuff, beliau difahamkan masalah itu berlaku disebabkan pembahagian kuota bagi beras ST15 yang tidak mencukupi oleh pihak Kawal Selia Padi

No comments: