Friday, January 8, 2010

Di petik dari sumber

Kumandang Gema Takbir 'Umno'..?
Oleh : albanjari

Beberapa demonstrasi 'halal' tanpa semburan FRU akan berlangsung, khabarnya di perkarangan Masjid Besar. Juga khabarnya Umno Selangor, Perkasa serta NGO's telah siap sedia dengan segala banner dan poster untuk di'pamer'kan sebagai bahan 'aksesori' demo.


RTM dan TV3 juga turut sibuk mengatur biji-biji kamera buat propaganda 'berita' malam nanti di slot Utama. Ahh ! Tentu glamer yang menjerit 'takbir' macam nak 'koyak' bibir bila wajahnya terpacul di kaca tv. "Akulah pembela agama dan Islam, Umno itu Islam, Islam itu Umno, kami bukan bacul..TAKBIR !! ". Wow ! Bravo !! Makcik Bedah dan Kulop Katop di Bagan Datoh pasti terngangga, hebatnya 'melayu Umno' di kaca tv. Wow ! sekali lagi..!!


Aksi dan wajah 'dramatik' demo juga akan terhias 'indah' di muka utama akhbar pencacai. Tajuk dah buleh bikin sekarang. Editor dah kerah wartawan karang cerita. Mesti mulus-mulus. Lambang 'keris' jangan lupa letak. Tak perlu tunggu esok. Tajuk mengegar.." 50 ribu bantah isu guna nama Allah " Cetakan untuk akhbar esok kena lipat ganda. Itu arahan Lembaga Pengarah. Nanti tak cukup ! Wow..lagi !! Ini 'ekspresi bantahan rakyat.., beb " Dalam hati, ini ekspresi bisnes yang sebetulnya.." kah..kah..kah !


Blogger Umno, Parpu Kari dan gerombolan tak lepas peluang. Ini juga 'peluang' beb ! Wow..wow..! Oh ya..geng 'kopiah putih' yang kita janji bagi 'upah' itu hari pastikan datang juga. Jangan tercicir ! Banner 'kopiah putih' pegang tu pastikan ada tulis jawi, nampak macam arab-arab. Ini strategi ! Pastikan mereka bawa 'banner'...jangan suruh depa bawak 'kepala lembu', kantoi pulak kita nanti ! 'Kopiah putih' lambang bulan yang berguni-guni tu jangan lupa bawak sama, bagi free kat semua geng..dah bagi suruh pakai..biar nampak real sikit. Wow !! Pastikan esok ada tagline akhbar " Pemuda 'PAS' turut bantah " Haa..macam tu laa..! Alang-alang menipu biar semua tertipu..! Alaaa..ini 'tipu' kecik jer..tipu enjin jet, dan rasuah tu lagi 'rare' pun buleh tipu..apa sangat tipu jenis kecik macam ni..yee dak ! Ini 'tipu' tanggung halal beb ! Halal ? Iyer..halalan toiyiban..tak percaya ? Lepas demo boleh periksa kat kedai 'Old Town White Coffee', ada sijil halal tu ! Wow lagi..!!


Wakaka..rakyat terus kena 'tipu' ! Apa kisahnya dengan kes-kes berat sebelum ini..Wow ! Bila nak demo lagi..! Umno terus maju dengan 'demo' ! WOW !! dah jadi macam 'wirid' pulak..! Kita tunggu ajelahh..lepas jumaat nanti.

Replay - Pencatat membayangkan Ezam Mohd Noor, Lokman Noor Adam dan mantan pimpinan PKN-PKR akan berada disana. Mungkin juga Khairi Jamaluddin dan Khair Toyo akan menyertainya. Peristiwa yang amat pencatat nanti-nantikan pada hari ini. Terbayang diminda pencatat pelbagai sepanduk dan laungan mereka. Pencatat membayangkan sekitar 10,000 orang akan hadir. Jika ia berlaku ia kejayaan besar, jika sekitar 500-1000 orang maka UMNO kena lakukan post-mortem

Di petik dari sumber

Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor

THURSDAY, JANUARY 7, 2010


UMNO : Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini khabarnya UMNO Selangor, PEKIDA, PERKASA dan NGO pro-UMNO telah bersiap sedia mahu mengambil alih perkarangan Masjid Negera untuk melakukan demontrasi.


Pencatat membayangkan Ezam Mohd Noor, Lokman Noor Adam dan mantan pimpinan PKN-PKR akan berada disana. Mungkin juga Khairi Jamaluddin dan Khair Toyo akan menyertainya. Peristiwa yang amat pencatat nanti-nantikan pada hari ini. Terbayang diminda pencatat pelbagai sepanduk dan laungan mereka. Pencatat membayangkan sekitar 10,000 orang akan hadir. Jika ia berlaku ia kejayaan besar, jika sekitar 500-1000 orang maka UMNO kena lakukan post-mortem.

No comments: