Saturday, February 20, 2010


Di Petik Dari Sumber

Temuramah Malaysiakini Bersama Tulang Besi

Dilulus untuk paparan oleh songkokputih
Bicara WebmasterOleh Songkok Putih
Tulang Besi (Abdul Rahman Talib) telah mendedahkan kononnya salah laku pimpinan PAS. Pendedahan ini dibuat secara besar besaran dan temu ramah juga diadakan bagi menguatkan hujah-hujahnya.


Saya sertakan video temuramah;Tulang Besi dengan Malaysiakini berkaitan isu pendedahan ini untuk tatapan semua pembacabagi menilai dan membuat rumusan berdasarkan fakta-fakta yang benar sbelum ini tanpa sebarang parjudis dengan fikiran terbuka.






Saya harap para pembaca mendengar dengan teliti setiap ungkapan Tulang Besi kumudian membuat pembandingan dengan ucapan dan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berhubung isu pertemuan dengan UMNO soal-soal agama tanpa mengambil kira kenyataan Tuan Guru Nik Abdul ketika hempitan isu.


Begitu juga kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam pelbagai isu. Para pembaca juga boleh mmbuat rumusan dengan membuat perbandingan apa yang disebut dan juga apa yang berlaku dengan membuat realisasasi peristiwa kejadian bila berlaku, misalnya pertemuan dengan UMNO selepas PRU-12 dan apa yang berlaku sekarang.


Pembaca juga boleh membuat analisis dalam isu Kalimah Allah dengan beberapa orang pimpinan  PAS dan juga keputusan Lajnah Politik yang nampak berbeza dengan kenyataan pimpinan PAS. Kenapa keputusan ini boleh berlaku dan apakah isu yang ditanggani oleh PAS dan kemulut dan serangan psikologi oleh UMNO.


Strategi, saraf dan permainan politik musuh dan bagaimana kepimpinan PAS menghadapi setiap isu juga harus diamati dalam mana membuat perbandingan dengan temurahmah ini.


Kebijaksanaan para pembaca menilai apa yang dijadikan isu oleh Tulang Besi dengan apa ang sedang ditanggani oleh kepimpinan PAS juga harus dinilai bersama.


Label pecah belah PAS seperti Geng Terengganu juga perlu diamati secara mendalam, apakah ini benar atau kebetulan sebagai kepimpinan Terengganu dalam PAS semenjak dulu lagi misal Ketua Pemuda Ustaz Bakar Chik, Cikgu PA. Ketua Muslimat seperti Adik Abdul Hadi dan Isteri Ustaz Harun Taib, Kepiminan Ulama dan banyak lagi.


Apakah labeling dalam PAS adalah usaha halus untuk melemahkan PAS? Semuanya anda perlu halusi dalam membuat penilaian dengan hati yang tenang bermunajat kepada Allah s.w.t. agar dalam hati ini tiada perkara yang tidak baik sesama mukmin.


Pertemuan Blogger termasuk seorang daripadanya adalah blogger UMNO juga perlu dihalusi salur galur bagaimana pertemua ini berlaku. Kenyataan Dr Hassan dan Ustaz Nasa perlu diamati dalam konteks yang menepati peristiwa yang berlaku.


Saya buka kepada perbincangan.
Publish Post

1 comment:

Anonymous said...

You have to express more your opinion to attract more readers, because just a video or plain text without any personal approach is not that valuable. But it is just form my point of view