Sunday, February 7, 2010


Sama Tapi Serupa Pada Gambar Ini. Sama Tak?



Tuan Guru Abu Bakar Hussain membacakan doa sebelum
ekspedisi bermula

Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersama-sama
mengaminkan doa untuk rakyat Perak

Ramai yang turut serta menghantar pimpinan berekspedisi
yang bermula di bawah pokok demokrasi

Muslimat juga turut serta bersama

Bersedia untuk menaiki bas

Isteri dan anak-anak Dato Seri Nizar juga turut serta

Lambaian seorang Menteri Besar yang berjiwa rakyat

Tuan Guru Haji Abu Bakar, Pesuruhjaya Pas Perak mengetuai
bas ke selatan bersama Ustaz Misbah, Sdr Mustafa Kamil Ayub
dan pimpinan yang lain.

YB Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong yang menjadi
'pemandu pelancung' kami hari ini

Bas XPDC Jelajah Daerah yang membawa pimpinan
Pakatan Rakyat bertemu rakyat

Kes Altantuya: Tulisan RPK gambarkan Nasir Safar terbabit?

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Belum pun reda isu Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar menggelarkan imigran awal berbangsa Cina dan India di Malaya sebagai ‘pelacur’ dan ‘pengemis’ beberapa hari lalu, pengendali blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) semalam seolah-olah mendakwa Nasir terbabit dalam kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar.
"Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?" dipetik dari tulisan RPK yang berjudul Nasir Safar, si 'Lelaki Misteri' pada hari Altantuya meninggal dunia.
Dakwaan RPK itu merujuk pada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah oleh Balasubramaniam a/l Perumal iaitu Penyiasat Peribadi bagi kes pembunuhan mendiang Altantuya.
"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya menjawab, 'Ya'. Dia kemudiannya beredar dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui kawasan itu dengan perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu terbuka dan pemandu itu memandang ke arah kami," dipetik dari blog RPK.
Sehubungan itu, RPK turut mempersoalkan keterlibatan bekas Pegawai Khas bagi Datuk Seri Najib Tun Razak di tempat mendiang Altantuya Shaariibuu diletupkan dengan menggunakan C4.
Pendedahan tersebut, menurut dakwaan RPK sekaligus menjawab dakwaannya sebelum ini; salah seorang daripada dua bekas pembantu peribadi atau aide-de-camp (ADC) kepada Najib, iaitu Musa Safri terbabit membunuh Altantuya.
"Dengan pendedahan ini, maka dua daripada kakitangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, yang mana seorang lagi adalah ADC-nya, Musa Safri yang tidak tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan pembunuhan Altantuya," dipetik dari tulisan RPK.
Menurut dakwaan RPK lagi, pendedahan tersebut juga sekaligus menjawab dakwaannya sebelum ini berhubung posisi sebenar ADC kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur; iaitu Norhayati Hassan.
"Anda masih ingat pada Norhayati Hassan, iaitu ADC Rosmah? Bukankah dia dan suaminya, Abdul Aziz Buyong juga terlibat dalam pembunuhan itu? Pegawai senior mereka dalam angkatan tentera mengesahkan bahawa dia telah melatih pasangan suami isteri itu tentang cara mengendalikan C4. Adakah itu suatu kebetulan, bukti berdasarkan keadaan (circumstantial), ataupun mungkin hanya pembohongan yang diuar-uarkan oleh RPK dan Malaysia Today?" soal RPK.
Dalam tulisan RPK, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tujuan Nasir memandu kereta perlahan-lahan di tempat kejadian sekadar mahu memastikan Altantuyaa ditangkap sahaja.
"Mula-mula sekali, nama ADC Najib, Musa Safri muncul. Selepas tu, timbul pula nama ADC Rosmah, Norhayati Hassan dan suaminya, Abdul Aziz Buyong. Nah, sekarang pula, nama Nasir Safar pula disebut-sebut sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda. Mungkin dia nak pastikan bahawa Altantuya, ‘si pengacau’ tu, ditangkap," jelas.
Bagaimana pun, dilaporkan Nasir sehingga hari ini tidak dipanggil untuk membantu siasatan dan mengenal pasti pembunuh sebenar mendiang Altantuya Shaariibuu.

Hukum orang membuat sumpah LIWAT - Ustaz Azhar Idrus


Gambar ini hanya hiasan sahaja ha ha ha ha .......


Ceramah Perdana Pakatan Rakyat meriah













Ayer Tawar :Malam tadi bertempat di Dewan Cina Kutien Ayer Tawar telah diadakan sambutan Perdana 1 Tahun Rampasan Kuasa Negeri Perak( KUDETA ). Ia dihadiri oleh 3 Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat iaitu Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Siang.Turut sama dalam program ini ialah adun-adun Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Penceramah undangan Khas Dato seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menyeru semua rakyat Perak agar bersatu dalam melawan kezaliman UBN dan menuntut semula agar Hak mereka dikembalikan. Beliau juga menyatakan bahawa 9 haribulan ini insyaallah kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus tampuk pemerintahan ini akan kembali semula kepada pakatan rakyat yang mana ia telah dipilih oleh Rakyat.

Lim Kit Siang juga telah mengulangi perkara yang sama yang mana beliau menyifatkan bahawa kemenangan yang bakal dikecapi nanti merupakan kemenangan rakyat dan Kerajaan yang akan dibentuk semula merupakan Kerajaan pilihan Rakyat.

Dianggarkan seramai 5000 orang telah memenuhi segenap ruang di Dewan tersebut.










Satu Dewan pelbagai warna- Satu Malaysia sebenar!










LKS sedang berucap










Pasukan Unit Amal menjalankan tugas dengan baik










Hancur! Hancur! Hancur BN!

2.05.2010


Sama Tapi Serupa Pada Gambar Ini. Sama Tak?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9hjaTLiGMd1M_sLmXm0EuMinE86XO4nFPfMG02T1hKvQQ6umJBe-v2meJMw6XD1qDwJMd0VKlPdYwYTyW-UD9lIcHLNSMYrNtU8xDJt0Ss_qtIiUWkLqUYQ4PUI9_xMTYsN05PWRFv8s/s400/KOYAK+GAMBAR+KOH+TSU+KOON.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9dyBn27hcDwx18H_nuHRjnZmg3WeEqhECcPK4qM8osBFSka2flDJzuvl682s6r_ugv3SRVAgBtH9nFfMbcfxAFyBv-3s_DnlV4M3h5FHE28VeJAHsZbgyg55nqdr2J2_mTE6kfdzUdwk/s320/Koh+sukun+dikoyak.jpg

http://media1.malaysiakini.com/238/bbf91c0e19455aa2eb90923f354af322.jpg

http://media1.malaysiakini.com/238/425fe06b526a934c58cce2caf401d75f.jpg

http://promahasiswaupm.files.wordpress.com/2009/08/ibrahim-ali.jpg

sama kan?

http://farm4.static.flickr.com/3267/3220528086_812a309b94.jpg

http://ustadchandra.files.wordpress.com/2010/01/monkeyportrait-emial.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTxvDBxOm2_84D3fcXVoCLodhXvihngU9EECRZ15nxjUL3cxXfPj8diRmDON_vOcJymwqo0zoQXSQU3kUO7yYqCj-422JFO-qet7CGh0nVY_KUDp6rMTjAxmgyF_Y5J-kIqXKCIK6_Wyk/s400/beruk+rokok.jpg


http://kudalumpingmakanpager.files.wordpress.com/2008/09/monkey_wideweb__470x3530.jpg

Konon nak Bela Melayu?

hang p tengok rumah2 melayu yang besar atas bukit kat belah pulau!
malayu mana dok balun duit rakyat ppinag?
melayu mana dok ambik tanah buat projek?
melayu tipu melayu!

Kononnya selepas solat Jumaat tadi, sekumpulan kecil jemaah yang kebanyakannya terdiri dari mamak Penang yang perasan diri mereka Melayu telah mengadakan demonstrasi di sebuah masjid India Muslim di Jalan Macalister, Georgetown. Mereka mengadakan tunjuk perasaan kononnya kerana membantah layanan tidak mesra Kerajaan Negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Gan Kong Meng. Penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk, yang antaranya berbunyi: "Lim Guan Eng, jangan uji kesabaran kami.Melayu adalah tuan negeri ini!."

Penunjuk-penunjuk perasaan yang bernaung di bawah sebuah NGO yang menamakan diri mereka Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim telah menyampaikan ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng.

Beberapa perkara yang membuatkan saya tergelak mengenai demonstrasi ini ialah pertamanya, kebanyakan yang hadir ialah dari kalangan Mamak Penang yang membantah layanan tidak mesra kerajaan negeri terhadap kaum Melayu.

Presiden DPMPP itu pun dari namanya sudah boleh teka dia Melayu atau Mamak. Tapi tak apalah jika ramai Mamak simpati dengan orang Melayu, kerana itu hak mereka. Lagi pun apalah salahnya jika Mamak (saya pun ada darah Mamak Penang juga!) perasan diri mereka Melayu?

Kedua yang membuat saya tergelak ialah bila penunjuk perasaan itu membawa sepanduk "Melayu adalah tuan negeri ini". Yang membuat saya rasa kelakar ialah mereka yang berkata tuan negeri Pulau Pinang adalah orang Melayu, tapi Ketua Menterinya sejak 50 tahun dulu belum pernah seorang pun Melayu.

Ketika UMNO menguasai majoriti kerusi Pulau Pinang pun, Melayu tidak pernah jadi Ketua Menteri, apa lagilah kini bila DAP menguasai majoriti kerusi. Mengapa orang-orang ini tidak pernah berjuang untuk menjadikan Melayu sebagai Ketua Menteri sejak 50 tahun dulu? Lawak sungguh!

Ketiga, yang membuat saya tergelak ialah polis boleh pula keluarkan permit untuk tunjuk perasaan itu! Kalau yang minta kerajaan yang menguasai negeri itu (PR), bukan main susahnya nak dapat permit. Mentang-mentanglah yang minta tu NGO yang nama pun tak pernah dengar, terus saja bagi. Lawak...lawak. (sumber)

Wajah Saifool menggambarkan ia bangga dengan tugas ini.

Mohd Saiful Bukhari Azlan (R), former aide to Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim, who is accusing Anwar (L) of sodomising him, explains how to use the intercom as Anwar listens, during their visit to the Desa Damansara Condominium, where the alleged sodomy took place, in Kuala Lumpur February 4, 2010. Anwar faced his 24-year old male accuser in court on Wednesday in a trial for sodomy that could see one of Asia's best-known politicians jailed for 20 years.
Melihat wajah budak ini sudah dapat menggambarkan yang dia sendiri maklum kes yang sedang dibicarakan ini semata mata memenohi kehendak politik mereka2 yang tertentu.
Bagi budak ini isu kes liwat yang memalukan bagi orang lain adalah tidak bagi dirinya.
Lihat saja gaya dan wajah maco yang ditunjukan dalam gambar ini, memang sengaja digayakan bagi merealisasikan cita citanya ingin menjadi orang terkenal.
Kehadiran wartawan dan jurugambar telah menyemarakan lagi keinginan naluri untuk menjadi public figure seolah dia adalah fokus utama yang akan disiarkan gambar dan berita yang melibatkan seorang tokoh politik yang sudah terkenal diperingkat antarabangsa.
Inilah saat yang dinantikan oleh Safool Bukhari, yang selama ini mendesak supaya kes sodomi ini dibicarakan segera, semata mata kerana ingin cepat terkenal dan berita dirinya akan tersiar dimuka akhbar dalam negeri dan antarabangsa.
Nah! sekarang ini apayang diharapkan itu telah menjadi kenyataan.
Cuba kita lihat pakaian dan liok lentok Saifool dalam gambar ini jika tanpa sebarang nota kaki, pastinya lagak budak ini kelihatan seperti seorang tokoh.
Menurut bacaan kepada wajah budak ini. Dia bukan jenis manusia yang akan menilai yang mana salah dan yang mana betul. Dia tidak akan berfikir tindakan mendedahkan konon yang dia diliwat oleh DSAI itu akan memalukannya dan keluarganya. Kerana yang dituduh meliwatnya itu bukan sebarang orang. Dan dia juga faham tuduhan liwat ini ditaja dan diatur atas kepentingan politik pemimpin negara. Saifool merasa pengorbanan marwah yang sedang dilakukan ini meletakan dia setaraf dengan wira yang mempertahankan Pemimpin organisasi melayu dan kepada negara Malaysia tercinta.
Berikutan dengan merosot dan kehilangan 2/3 kerusi BN dalam PRU 12 yang lalu. Mindset Saifool sebenarnya telah dibrainstorming supaya sedia berkorban kerana Umno yang sekarang semakin lemah dan tergugat.
Manusia yang mengancam kuasa pemimpin2 orang melayu Umno ialah DSAI, lalu Saifool diminta memberi kerjasama untuk menghapus karier politik DSAI.
Wajah Saifool menggambarkan ia bangga dengan tugas ini walaupun marwahnya punah dan musnah.


Kucing kota









Slideshow



No comments: