Friday, February 5, 2010


Posted by: pinkturtle2 | Februari 5, 2010

PAS adalah tempat untuk orang-orang yang menentang kemungkaran dan kezaliman

Apa yang Dato Tuan Ibrahim buat ini adalah satu kemungkaran dan satu kezaliman..

Benar sekali kenyataan Pak Bakaq@ Penarik Beca dalam artikel beliau yang bertajuk“Tahniah UMNO (2)” bahawa rahsia sebenar yang didedahkan Khalid Samad adalah penajaan Puncak Niaga terhadap Muktamar PAS di Shah Alam.
Kalau kita rujuk pertuduhan Khalid Samad :
  • “Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.”.
Satu pertuduhan yang kelakar dan sangat dangkal. Pertama sekali tidak dinyatakan:
a. Masa kesalahan berlaku
b. Tarikh kesalahan berlaku
c. Tempat kesalahan berlaku
d. Butiran rahsia yang didedahkan oleh Khalid Samad
yang telah didedahkan oleh Khalid Samad.
Selepas itu, Tuan Ibrahim kerap mengulangi tuduhan Khalid Samad mendedahkan rahsia parti, namun dari pertuduhan di atas jelas TIADA RAHSIA yang didedahkan oleh Khalid Samad.
Malahan, Khalid Samad sendiri di dalam kenyataannya berkata:
  • b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.”
Ini jelas satu kezaliman kepada Khalid Samad serta perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana manusia yang mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih kalau manusia itu mengaku memperjuangkan Islam.
Bagaimana Allah SWT hendak menurunkan pertolonganNya kepada PAS sekiranya PAS sendiri melakukan kezaliman terhadap ahli dan penyokong mereka sendiri?
RAHSIA INILAH YANG MENJADI PUNCA KHALID DISABITKAN KESALAHAN
Alasan mendedahkan rahsia mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor adalah alasan yang tidak berasas. Ia sebenarnya alasan bagi menyorok motif yang lebih utama: menghukum Khalid Samad kerana mendedahkan kepada umum bahawa Puncak Niaga telah menaja Muktamar PAS Shah Alam. Benar sekali kata Pak Bakaq@Penarik Beca
Kalau tiada penajaan dari Puncak Niaga masakan PAS Selangor mampu menempah bilik2 yang begitu mahal untuk beberapa pimpinan yang dilketahui PRO UMNO.
Mengapa tiada bilik untuk:
a. SU Agung – Dato Kamaruddin Jaafar
b. Ketua Penerangan – Saudara Mahfudz Omar
c. Naib-Naib Presiden-
d. Bendahari PAS Pusat
Apa urusan Roslan SMS, Suwardi Yaakob dan Dr Samsuri untuk mendapat bilik di Concorde Hotel. Apa bisnis Mustafa Ali dapat satu bilik sedangkan beliau Cuma Pengarah JPPP sahaja?
(Suwardi Yaakob yang telah menipu MAIS pun ada dalam senarai jugak ke?)
Bukankah lebih baik wang itu dibelanjakan untuk mengurangkan beban para perwakilan yang telah mengeluarkan wang sendiri untuk datang ke Muktamar di Shah Alam itu?
Untuk melihat kualiti bilik yang ditempah di Concorde Hotel, sila klik di sini .
Salah satu dari 8 pertuduhan Dewan Harian Selangor kepada Khalid adalah pendedahan Khalid sewaktu Muktamar PAS di atas tajaan Puncak Niaga ini. Dikatakan pertuduhan itu tidak “lekat”. Tapi sebenarnya ia lekat, cuma disorok dalam bentuk lain.
Hakikat JK Disiplin tidak mampu memberitahu apa rahsia yang didedahkan Khalid membuktikan bahawa inilah rahsia utama yang menyebabkan Khalid dihukum.
Kita semua telah membaca tulisan Khalid Samad selepas isu SELCAT dan tiada apa-apa rahsia yang Khalid dedahkan dalam blog beliau. Hanya sekadar pendapat pribadi beliau sahaja.
Namun kenyataan Tuan Ibrahim MENEKAN sungguh kononnya Khalid Samad telah MENDEDAHKAN RAHSIA PARTI. Apa nak jadi dengan Dato Tuan Ibrahim? Siapa yang Dato Tuan Ibrahim hendak berbohong dengan? Ahli2 PAS bukan bodoh dan bukan dunggu.
Ahli2 PAS dilatih menentang kezaliman dan menolak kemungkaran. Apa yang Dato Tuan Ibrahim buat ini adalah satu kemungkaran dan satu kezaliman.
Selepas berperangai begini, saya nasihatkan Tuan Ibrahim pergilah menyertai UMNO. UMNO adalah tempat untuk orang-orang yang kerap melakukan kezaliman dan kemungkaran. PAS adalah tempat untuk orang-orang yang menentang kemungkaran dan kezaliman.
Bersedialah Dato Tuan Ibrahim menerima pembalasan Allah SWT.
Tulang Bes

No comments: