Monday, March 22, 2010









DUNIACACAMARBA -


Cuba baca perenggan terakhir kiriman dari blog Misbahul Munir. Saya petik:

Pemerintahan UMNO BN yang panjang menerajui negara juga membuktikan UMNO BN tidak boleh diharap membela Melayu dan Islam. UMNO BNlah yang menyebabkan Melayu hilang segala-galanya, beratus ribu hektar tanah orang Melayu digadai kepada bukan Melayu angkara UMNO BN.
UMNO BNlah penyebab hilangnya biasiswa kepada anak-anak orang Melayu di IPT, UMNO BNlah penyebab quota bumiputera berkurangan di IPT, UMNO BNlah yang menghapuskan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu, UMNO BNlah yang menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu, UMNO BNlah penyebab berlakunya gejala murtad dan gejaa sosial yang cukup parah kepada orang Melayu, UMNO BNlah yang menghentikan bantuan perkapitan kepada Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara.

Sebaliknya UMNO BN hanya membela dan memajukan serta mengkayakan pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka. Pengkhianatan UMNO BN terhadap Islam dan Melayu tidak boleh disangkal, Harusani tahu semua ini. Tiba-tiba, beliau meletakkan harapan kepada UMNO BN untuk membela Melayu dan Islam.
Setelah UMNO BN ditolak oleh 54% rakyat Perak, Harusani cuba muncul untuk menaikan semula imej UMNO BN bagi membela Melayu dan Islam. Sebenarnya Harusani dipergunakan oleh UMNO BN bagi menaikkan semula sokongan rakyat kepada mereka dengan cuba membangkitkan sentimen Melayu Islam. Harusani sahaja yang tidak sedar diri yang dia diperguna.

Harusani gagal memujuk dan mempengaruhi PAS untuk membentuk kerajaan campuran BN + PAS di Perak. Beliau sangat kecil hati kepada PAS terutamanya Ust Ahmad Awang yang menolak mentah-mentah cadangan itu.
Beliau juga berkecil hati terhadap Hj Nizar sebagai MB yang telah menolak permohonannya supaya kerajaan negeri menanggung perbelanjaan perjalanan isterinya ke negeri Cina. Ketika itu, beliau mengikuti satu program lawatan ke Cina atas anjuran JAKIM, pemergian beliau ditaja sepenuhnya oleh JAKIM.


Ingatkan tuan mufti berkecil hati kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Haji Nizar enggan sponsor program agama atau perkembangan syiar Islam di Perak, rupa-rupanya...








No comments: