Thursday, March 18, 2010













GOBALA , WEE JUMPA ZAHRAIN


Gobala...Wee...Yusmadi....Nazri sedang bersantai dengan Zahrain.. di lobi Parlimen...Zul KBB pun joint sekaki..banyak benda yang nak cite kot..? maklumalah zahrain...dah jadi hero najib yang baru....
yang 2-3 kerat MP PKR ...masih boleh layan lagi pengkhianat tu...?

kasi ada idea ka atau minta idea kat zahrain...??

ZAHRAIN NAK BERSUMPAH PULAK DAH


Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim hari ini menegaskan sanggup bersumpah bercakap benar sekiranya ada pihak yang menuduhnya berbohong mengenai pendedahan 16 September 2008 seperti yang dirancang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Kerajaan Pusat.

Menurutnya, tindakan beliau mendedahkan perkara tersebut kerana mahu rakyat mengetahui perkara sebenar selain melihat kembali kenapa beliau bertindak keluar parti bukan hanya hilang kepercayaan tetapi mendakwa Anwar berbohong kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.


Beliau juga percaya selepas ini lebih ramai wakil rakyat PR akan bertindak keluar kerana mereka tidak berpuas-hati dengan kepimpinan dan tidak menyangka dengan pendedahan yang dibuat.


“Mereka tidak nafikan peristiwa 16 September seperti yang saya cakapkan kerana perkara ini benar-benar terjadi.


“Oleh itu saya mencabar mereka bersumpah juga untuk menafikan apa yang saya cakap sebagai tidak benar,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Sementara itu, Zahrain turut mendedahkan terdapat ramai wakil rakyat PR tidak mengetahui perkara tersebut kerana mereka terlalu percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar walaupun ia adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.


“Ini semua rancangan Ketua PR, ramai tidak tahu kerana ramai menjadi ‘Pak Turut’ sahaja, yang mengetahui perkara ini hanya 2-3 kerat pemimpin dalam parti-parti PR. Saya tahu kerana saya rakan Anwar, saya tahu apa yang berlaku.”


Jelasnya, rakyat menaruh harapan yang amat tinggi kepada PR dan harapan tersebut seharusnya tidak disia-siakan kerana rakyat amat marah kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

“PR banyak menang kerana kelemahan BN sendiri bukannya sebab PR hebat, semua pihak harus tahu PR adalah alternatif kepada BN, inilah senario politik sebenar di Malaysia sekarang.”

Mengenai dakwaan mengatakan Zahrain sebagai ‘tentera upahan BN’, beliau berkata PR boleh buat pelbagai tuduhan sesuka-hati mereka.

“Saya hairan kenapa pemimpin utama parti boleh menuduh orang lain dengan pelbagai tuduhan murah seperti itu? Mereka boleh buat tuduhan apa pun.”

Zahrain turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang mempertikaikan kenapa baru sekarang beliau mendedahkan perkara sebenar mengenai peristiwa 16 September setelah hampir dua tahun berlalu.

“Saya tidak dedahkan awal-awal dahulu kerana saya ahli parti PKR, saya masih menghormati undang-undang parti, tetapi sekarang saya bebas, jadi saya dedahkan perkara ini sekarang,” katanya.

MEREKA KINI BAGAIKAN "ANJING BN"


Setiauasaha agung PKR Saifuddin Nasution hari ini melabelkan empat bekas ahlinya yang kini menjadi ahli parlimen bebas, khususnya Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim (Bayan Baru) sebagai 'anjing penyerang' Barisan Nasional.

"Mereka digunakan sebagai 'anjing penyerang', 'askar upahan',” kata Saifuddin ketika sidang media di lobi parlimen.Katanya, MP bebas itu kini adalah senjata terbaru BN untuk menyerang Pakatan Rakyat kerana terlalu sedikit MP Bn yang mampu berbuat demikian.


Semalam, ucapan sulung Zahrain selaku wakil rakyat Bebas yang mendedahkan punca beliau meninggalkan PKR, menyebabkan suasana persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.
Malah kurang lima minit selepas bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap mulai jam 5.05 petang semalam, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrainmengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan
"16 September".

TAK DAPAT TAHI...CIUM PUN JADI....


No comments: