Friday, May 13, 2016




DAP Pernah Hilang 7480 Undi Kerana Hina Ulama Dan Hudud


DAP marah cerita ini diulang siar, tapi saya suka cerita dan kisah benar ini. DAP pernah hilang 7480 undi kerana hina Ulama dan hudud serta ahli-ahli PAS
DAP memulakan tirai tahun 2014 dengan kesombongan dan merasakan mereka hebat mendapat sokongan dari orang Cina dan Melayu semasa PRU13.
Mereka mula melancarkan gerakan menghina PAS kerana tidak mengugurkan cita-cita membawa hudud sebagai agenda PAS. Mereka hina Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Mereka ugut pengundi melayu, mereka perkecil sokongan pengundi PAS semasa PRU13.
Selama hampir 4 bulan mereka membuat gerakan ini, tiba-tiba Ahli Parlimen DAP Teluk Intan mati mengejut pada 1 Mei 2014. Terduduk mereka resah dan bimbang ketika mereka hina orang melayu dan Islam, mereka perlu hadapi PRK ini di kawasan 37% pengundi melayu Islam.
Sebelum ini mereka berbangga dengan undi yang mereka perolehi semasa PRU13. Majoriti 7,313 adalah sangat besar. Sepatutnya mereka tidak bimbang untuk hadapi PRK Teluk Intan kerana majoriti besar dan undi yang mereka perolehi oleh mediang Seah Leong Peng sebanyak 27,399 undi.
DAP dalam keadaan kelam kabut membuat satu strategi politik yang mengejutkan untuk hadapi PRK Teluk Intan yang berlangsung pada 31 Mei 2014.
DAP terpaksa mengambil hati 37 peratus pengundi melayu dengan dan terpaksa meletakan seorang calun anak muda wanita melayu sebagai jalan mengambil hati.
Maka, Dyana Sofya Mohd Daud diperkenalkan dan diumum sebagai calon melayu untuk wewakili DAP PRK Teluk Intan di kawasan 53 peratus pengundi cina.
Perbagai cara mereka lakonkan untuk menambat semula hati pengundi khasnya melayu, cara berpakaian , cara kempen, cara makan, cara bercakap, pendek kata semuanya mempunyai ciri melayu.
Ketakutan mereka mejadi nyata. Keputusan PRK Teluk Intan yang diumumkan pada malam 31 Mei 2014, merentap luluh kesombongan mereka selama ini.
Calon DAP kalah ditangan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.
Dap hilang kerusi Teluk Intan, DAP hilang undi Melayu Islam.
Apabila DAP hilang 5 kerusi semasa PRN Sarawak baru-baru ini, mereka mula buat pusingan 360 darjah, dengan merayu agar PAS kembali duduk bersama berbincang.
Saya harap pembaca tidak kongsi penulisan ini kepada pimpinan DAP, bimbang mereka tidak keruan, mandi tidak basah, makan tidak kenyang, tidur tidak lena, pejam mata nampak cerah, buka mata nampak gelap.
Semoga catatan ini boleh menyedarkan rakan-rakan bekas pemimpin PAS yang telah terjun meninggalkan bahtera PAS, tersedar langkah mereka berpaut pada tali sauh bahtera DAP bakal menjadikan lautan sebagai kubur mereka tanpa nisan.
Sekian.
Naraza Muda
10 Mei 2016 Selasa.

No comments: