Monday, May 9, 2016


SEBULAN LAGI GUAN ENG KE KANDANG MAHKAMAH- PEGUAM NEGARA PASTI TIDAK LEPASKAN LIM GUAN ENG!
SEBULAN LAGI GUAN ENG KE KANDANG MAHKAMAH- PEGUAM NEGARA PASTI TIDAK LEPASKAN LIM GUAN ENG!
1. Nasib Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebulan lagi pastimendebarkan. Kontroversi pembelian banglo pada harga murah luar biasa atau sebaliknya pasti menjerat Lim Guan Eng ke kandang mahkamah sebagainya Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor. Peguam Negara yang sering menjadi kecaman DAP pasti tidak akan membiarkan ketua penyamun DAP ini terlepas.
2. Sumber memberitahu, dengan rakaman keterangan Guan Eng 6 dan 7 Mei siasatan SPRM boleh dikatakan hampir lengkap dan berada di peringkat akhir. Walau bagaimanapun sumber itu berkata, berdasarkan keterangan yang direkodkan daripada enam individu termasuk Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon atau Miss Phang, SPRM berpendapat, beberapa lagi saksi perlu dipanggil bagi melengkapkan siasatan itu.
3. Di Pulau Pinang, Guan Eng & Betty Chew telah memberi keterangan hampir lapan jam di pejabat SPRM dengan ditemani peguam beliau R.S.N. Rayer yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima. Sudah dua hari dan dijangka akan ada panggilan susulan terhadap Lim Guan Eng kemudian pada satu tarikh yang ditentukan kelak.
4. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dipanggil memberi keterangan berhubung pembelian banglo itu daripada Li Koon pada harga RM2.8 juta sedangkan harganya jauh lebih tinggi.
5. Urusan jual beli banglo itu juga dikaitkan dengan penjualan sebidang tanah di Taman Manggis oleh syarikat yang Li Koon memiliki kepentingan ke atasnya yang sebelum ini diperuntukkan untuk pembinaan projek perumahan rakyat.
6. Seperti biasa Guan Eng enggan menjawab pertanyaan media yang menunggunya di bangunan SPRM selepas sesi soal siasat. Apa yang penting Isu rasuah Lim Guan Eng telah menggugat kepercayaan masyarakat Cina terhadap pemimpin defacto DAP itu. Kesannya 5 kawasan milik DAP di Sarawak tumbang dan menjadi milik BN.

No comments: