Tuesday, October 14, 2008

Ganti sistem kapitalis - Sheikh Yusuf al-Qardawi

DOHA - Umat Islam sepatutnya mengambil kesempatan daripada krisis kewangan global untuk membina satu sistem ekonomi yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam, kata ulama berpengaruh Sheikh Yusuf al-Qardawi semalam.

"Keruntuhan sistem kapitalis berlandaskan wang kertas dan lintah darat antarabangsa, bukannya dagangan barang di pasaran menunjukkan sistem tersebut dilanda krisis dan ia turut membuktikan bahawa falsafah ekonomi Islam adalah kukuh," kata ulama kelahiran Mesir tetapi menetap di Qatar.

"Semua kekayaan dimiliki oleh kita (umat Islam). Negara- negara Islam memiliki hampir semua minyak dan kita memiliki falsafah ekonomi yang tidak dimiliki oleh orang lain," jelasnya.

Sheikh Yusuf yang menyampaikan ucaptama persidangan berhubung Baitulmaqdis di Doha semalam turut menggesa umat Islam supaya mengambil iktibar daripada krisis tersebut bagi membawa negara-negara Islam ke arah kemenangan

Persidangan keenam mengenai Baitulmaqdis itu dihadiri kira-kira 300 peserta yang mewakili parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dari berbagai negara.

Ia dianjurkan oleh Institusi Antarabangsa Al-Quds (Baitulmaqdis) yang ditubuhkan bagi memulihara bandar itu dan tempat-tempat suci di dalamnya.

Persidangan kali ini yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bertujuan untuk melindungi tempat-tempat suci di Baitulmaqdis seperti Masjid Al-Aqsa yang dipercayai diancam oleh Israel. - AFP

Azan

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Amalan untuk murah rezki...Insyallah.

Selamat beribadah dan diterima segala amalan.Amin.

Murahkan rezeki, menolak kepapaan Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya,

Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:- Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ;

supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir,

dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin,

dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :

" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah;

tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .

" ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain"

sabda Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang maksudnya :

"Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.

" Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.

" (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata :

"Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi) Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir

tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahya ng sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.

Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.

Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :

"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.

" (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah) Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud : "

Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah

dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat

dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut,

barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat,

barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga

dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya

dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," ( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :

Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "

Doa' sembahyang Dhuha ialah: Maksudnya :

" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,

kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,

kekuasaan itu kekuasaanMu

dan perlindungan itu perlindungan Mu.

Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah

dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,

jika sukar mudahkanlah,

jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,

jika masih jauh dekatkanlah,

berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

3 comments:

Putra IJ80 said...

indraputra80 said...
Innalillahiwainnailaihirajon......

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembai.

Itu lah yg.harus kita ucapkan bila di timpa musibah.

Jangan salah siapa lagi...

Salahkan diri sendiri,

Yang baik dari Allah ,yg.buruk dari kita.

Dulu awal awal lagi,berpuluh puluh tahun orang berdakwah,tarbiyah,bersyarah,berceramah.

Jangan Undi UMNO(BN).

Jangan bagi kekuasaan Mutlak pada mereka.

Tapi dgn angkuh,bangga,mereka tidak memperdulikan,malah ada yg.sanggop bersekongkol menghina,mencerca.

Bila ini semuer berlaku kemana pemimpin yg.di aggongkan,mana pemimpin yang di puja.,ato dgn mudah kemana Zakrsi?kemana Hamid Albar,kemana Hishamudin?

kemana ,kemana???????

Mereka tak ikut menanggis,mereka tidak akan ikuti perkembangan kepayahan kesusahan kita.

Mereka enak makan di Hotel,mereka enak bersama kluge.

Yg.datang menampakan simpati ada lah mereka yg.di hina dan di cerca.

Itu pon buat semantara saja ,akan ada yg.ingat.

Bila smuer sudah reda,dan pilihanraya hampir tiba,muka muka yg tengelam di waktu kesusahan anda,muncul dgn tawaran duit bersama beras sekampit sekilo gula.

Waktu itu yang sama sama menanggis sama sama dianggap saudara itu,di lupa.

Undi tetap pada Die,wajah kesayangan yg.sering keluar di TV,akhbar,dan smuer Media, dgn Seloggan,Ketuanan Melayu,Dan Agama di pertahankan , UMNO membela rakyat jelata,.

Dan kembali mereka menang.

Jangan marahkan kata kata saya,kerana kami Genarasi muda telah mempelajari sejarah,itu lah kesilapan yg.di ulang ulang ole rakyat Johor lebe 50 tahun lama nya.

Salam simpati kami berserta doa kesejahteraan semuer.

Putra IJ80 said...

Hari ni cuti...nak habiskan cuti..maka raya Hindu lah gua.

Tadi masa Khatib baca Khutbah,Gua punya mengantok ...

Dalam banyak banyak die kata,gua cuma dapat cilok satu ayat saja.

Kata nya,"Tak kuat ibadat tak pe ,asal kita faham....."

Lps tu gua tertidor balik agak nya...

Habis bila di fikir fikir balik kata khatib tu....

Gua teringat satu crte.

Tuan Guru dgn 40 orang anak muridnya.

Die kata"klu kita yakin"Baca Bismillah"pon bole jalan atas Air.

Kebetulan pencuri terdengar.

Bila anak murid sedar ada pencuri mereka kejar la....

Sampai satu sungai,Pencuri tu selamba melintasi di permukaan air hingga keseberang sana.

Yang anak murid tadi tercenggang,tak tau nak buat apa.

Pening gua fikir pasal apa mereka tak kejar pencuri tu .......

Gua sambong tido le......

Putra IJ80 said...

Hemm...!!!Bila gua celik dah hampir pukul 6ptg...cuaca mendong..

Giler punya sedap enak dan nikmatnya tido.dlm bilik air-con sejuk menyusup ke tulang hitam le agak nya....sampi 'Asar pon nak lebor.(Mak Ayah adik blom balik kje).

Perut lapar,nak klue time ni Jam giller,tambah kat tesco ,Simpang TV3ke Desa Mutiara,susur keluar menghala Pencala Link.,addduhh....

Hajat nak makan Roti canai aje......

Tak payah le...kat dapo ada kueh Raya...

Sambil minum saya nak habiskan crte Tuan Guru dgn 40 orang muridnya.

Melihat muridnya gagal menangkap pencuri...

Die(tuan Guru) amat berdukacita.....

Sudah berpuluh puluh tahun menyumbang bakti mengajar.,sia sia bisik hati nya......

Kemudian die mengambil keputusan bagi sekor ayam pada tiap tiap murid...kerana nak buat jamuan makan makan.

Die suruh(muridnya) bawa balik,ke tempat masing masing.,dan sembelih lah ayam tu dengan syarat tak siape pon bole nampak.

Besok nya 39 dari muridnya bawa ayam bukan saja dah sembelih ada yg siap taroh kunyit rempah,sebab nak bodek,.

Tuan Guru itu menitis Air mata.....

Kemudian memelok Murid yg.tak sembelih ayam yg.di berikan pada nya.

Setakat tu le crte saya.

Jgn Maree!!!!!.