Sunday, October 12, 2008

Sunday, October 12, 2008

Kerajaan Kedah hanya bertukar orang?

Bertanyalah wartawan kanan The Star, Joceline Tan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad,

"Bolehkah Barisan mendapatkan kembali negeri-negeri yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat?"

Dr Mahathir menjawab, "Amat sukar tetapi mungkin (Barisan Nasional kembali berkuasa) di mana pembangkang menang tipis seperti Perak dan Selangor.

Kelantan, sudah tentu, mustahil.

"Apabila anda memusnahkan sesuatu, ia mengambil masa untuk membina semula terutama jika mereka memerintah dengan baik, tidak melakukan begitu banyak kesalahan dan tidak bersifat perkauman.

Di Kedah, orang ini (Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari PAS) tidak cuba menjadikan Kedah seperti Kelantan.

Beliau begitu berhati-hati, agak pintar dan beliau mahu memenangi hati rakyat.

Pandangan Tun disambut sebagai good news oleh rakan-rakan lain.

Saya melihatnya sebagai berita buruk.Fasal 5 Perlembagaan PAS menyatakan:

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.

Saya hanya ingin bertanya, dalam bidang kuasanya, sudahkah kerajaan negeri Kedah melaksanakan peraturan dan cara hidup Islam yang tidak menyebabkan rakan-rakan Cina dan Hindu naik angin?

(Di sebelah utara, orang-orang India dipanggil Hindu)

Saya tak tanya pun tentang peraturan dan cara hidup Islam yang menyebabkan rakan-rakan Cina dan Hindu naik angin.

Sudahkah diadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Cina dan Hindu untuk mendapatkan pandangan mereka jika kerajaan Kedah umpamanya menarik balik lesen premis tempat pelacuran, tempat perjudian, tempat tunggang arak dan jenis-jenis buruk kelaku macam tu?

Persoalan yang lebih penting untuk ditanyakan, adakah benar dakwaan yang menuduh bahawa kerajaan negeri Kedah hanya bertukar orang sahaja, yang lainnya hampir semuanya sama dengan kerajaan Umno sebelum ini?

Ke manakah perginya kawan-kawan yang berani gila di Kedah?

Boleh terajang dada pegawai polis, berlawan dengan polis sikit tak takut dan meludah-ludah otak darai yang berbohong dan mendakwa kalau kita melawan nanti kita akan kalah, rakyat akan takut.

Ke mana perginya kawan-kawan yang berani - yang saya meloko habis macam kucing basah kalau berada di hadapan mereka?

Mereka meloko di hadapan siapa sekarang?

Boleh blah!
Aris Awang kata: Masuk wad gila pun ada peraturan, ada undang-undang sendiri.

Tiba-tiba, masuk bumi Allah tidak mahu ikut peraturan Allah????

Dia orang berhemah.

Berjurus, kata orang Kelate. Bila masuk bumi Allah tidak mahu ikut peraturan Allah, dia kata, sila keluar dengan segera..........

Kalau saya, saya kata, boleh blah! .

Bagaimana perlaksanaan Islam secara bertadarruj (gradual atau bertahap) di Kedah?

Ketika PAS mula-mula memerintah Kelantan pada tahun 1990, siang malam Umno debik PAS.

Dosa PAS dan Tok Guru Menteri Besar ialah kedegilan melaksanakan beberapa peraturan yang diyakini bertepatan dengan ajaran Islam.

Sebelum 1993, tak ada pun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

Tapi dibelasah bagai musuh terjahat oleh Umno.

Negeri yang diperintah oleh orang Melayu beragama Islam itu disukarkan dan dinafikan pelbagai kemudahan oleh kerajaan Umno di peringkat Pusat - yang kini mendakwa susah hati dan sakit kepala kerana memikirkan nasib dan kepentingan Melayu dan Islam.

Tidak seperti Menteri Besar Kelantan yang dipelupuh habis-habisan oleh Umno ketika belum pun 100 hari memerintah dalam tahun 1990 dahulu, mengapa 100 hari tenang buat Menteri Besar Kedah?

Adakah PAS dan Umno di Kedah macam adik abang?

Memang la, semua orang mahukan suasana tenang lagi sejahtera.

Takkan seluruh ruang kehidupan mahu dipenuhi dengan episod perkelahian yang tidak berkesudahan, sehingga tersekat kerja dakwah.

Dalam posting bertajuk "Islam menyusahkan, kita memudahkan," saya pernah bertanya:

Sudah ada yang menjerkah, "Cuci parit longkang bukan kerja Islam?!!"

Orang tanya hang dah sembahyang ka, belum ka?

Hang jangan la nak jerkah orang, "Ni, makan ni bukan kerja Islam.?!!

Allah perintahkan kita makan dan minum yang halalan toyyibah!"

Begitukah qaul Syam?!

No comments: