Monday, October 13, 2008

, kerusi Kulim -Bandar Baharu kekal PKR

Petisyen ditarik balik,
PETALING JAYA: Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu kekal milik calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Barisan Nasional (BN) hari ini menarik balik petisyen pilihan raya yang kemukakan April lalu.Mahkamah Tinggi Alor Star hari ini menolak petisyen tersebut selepas BN memohon untuk menarik balik petisyen berkenaan.
Kerusi itu dimenangi oleh calon PKR, Zulkifli Nordin.
Pada 27 April lepas, bekas calon BN bagi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Mohd Hafarizam Harun memfailkan petisyen memohon keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas bagi kerusi itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.
Mengikut jadual asal, petisyen itu sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi Alor Star pada 3 Jun lepas, bagaimanapun tarikh tersebut telah ditunda beberapa kali.
Alasan yang dikemukakan oleh Abdul Aziz semasa membuat tuntutan petisyen itu ialah Zulkifli gagal mengemukakan penyata perbelanjaan beliau pada pilihan raya umum itu yang dilihat sebagai melanggar Akta Pilihan Raya.

1 comment:

Putra IJ80 said...

Saya teringat dailog crte Melayu Allahyarham T.S.P.Ramlee "Nasib Do Re Me".seperti berikut.

"Selalu kita tipu orang,

Sekali sekali Jin Tipu kita pulak"

Betul lah tu.....

Selalu asyik tipu orang(rakyat),maka patut lah pula kena tipu ole Jin yg hadir dalam masyuarat tu.

Kah!kah!kah!.