Tuesday, November 24, 2009

Di Petik dari sumber

Kerja Haram lebih untung dari kerja halal?
Posted on Monday, November 23 @ 07:18:48 PST
Dilulus untuk paparan oleh brucekk
Aduan @ Luahan Oleh: asbi


Kebiasaannya perkataan halal sentiasa dikaitkan dengan pemakanan dan minuman dalam kehidupan seharian. Masyarakat akan lebih sensitif sekiranya sesuatu isu yang diketengahkan itu berfokus tentang makanan atau minuman. Jarang kedengaran masyarakat menyuarakan mengenai sama ada sesuatu pekerjaan itu halal atau haram diceburi.

Masyarakat masih kurang peka mengenai status sesuatu pekerjaan itu sama ada halal atau haram. Apa yang penting bagi mereka adalah wang semata-mata. Golongan ini hanya memikirkan keuntungan jangka pendek iaitu keuntungan  duniawi sahaja. 
Sebenarnya mencari kerja halal adalah wajib ke atas umat Islam seperti mana mencari makanan yang halal. Setiap hasil yang diperolehi adalah dinilai daripada kerja yang dilakukan sama ada kerja itu halal atau haram. Sekiranya kerja yang dilakukan adalah haram di sisi Islam sudah pasti hasilnya juga adalah haram, walaupun pekerja tersebut mempunyai niat yang baik sekalipun. Contohnya seorang bekerja di kilang arak walaupun mempunyai niat baik untuk menanggung keluarga, pasti segala hasilnya tetap haram. Tambah lagi keluarga membesar dengan hasil yang haram, pasti darah daging yang mengalir dalam keluarga tadi adalah darah daging yang haram. Darah daging yang haram hanya layak di dalam neraka jahanam. Na'uzubillahi min zalik.
am bekerje di BANK.,bagi anak bini makan???

"Kerja Haram lebih untung dari kerja halal?" | Configure | 1 comment | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: Kerja Haram lebih untung dari kerja halal? (Score: 1)
Oleh indraputra80 on Monday, November 23 @ 21:54:45 PST
(User Info | Send a Message)

"walaupun pekerja tersebut mempunyai niat yang baik sekalipun. Contohnya seorang bekerja di kilang arak walaupun mempunyai niat baik untuk menanggung keluarga, pasti segala hasilnya tetap haram. Tambah lagi keluarga membesar dengan hasil yang haram, pasti darah daging yang mengalir dalam keluarga tadi adalah darah daging yang haram. Darah daging yang haram hanya layak di dalam neraka jahanam. Na'uzubillahi min zalik".

 Mengapa di ambil contoh kerje di Kilang Arak saja???
Mengapa tidak di persoal yg.kerja BANK???
Bukan kah yg.bersubhat dgn Riba,juga Haram???
Bank ambil untung dari mana kalau bukan dari Riba(interest).,.
Tak siapa yg.berani memperkatakan hal ini,kerana ia melibatkan ramai pekerja Bank dari,kalangan orang Islam.
Bagi menyedapkan hati.,di katakan Bank Islam,di berikan nama berunsur arab.,Mudarabah entah apa apa lagi.
Apa dgn menukar sikit bahasa sedemikian ia akan menghilangkan hukum????
Klu begitu apa beza nya dgn dakwan setengah setengah orang minum Arak sedikit,tak mabok maka tak Haram??????

Walhal dari segi hukum kedua dua nya HARAM.

No comments: