Thursday, November 5, 2009



Dr Asri Tolong Jangan Melekehkan Ulamak
Posted on Thursday, November 05 @ 00:53:46 PST by TokPenghulu

Berita Oleh: Anak_Pejuang "Pendedahan dari sisi lain haraplah dapat diperhatikan. Semoga kita tidak menjadi orang yang taksub dan melulu menyokong tetapi hakikat sebenarnya orang yang disokong itu hanya membawa perpecahan ummah. Terdapat satu video klip di mana Dr Asri membuat tuduhan dan melekehkan ulamak iaitu : 
 
http://www.youtube.com/v/wdPcL22AsiY > 

Cuba lihat kenyataan Dr Asri yang menghina Sayyid Ja'far al Barzanji :
Saya bukan nak complain.BARZANJI saya complain ..ni complain kan ne.BARZANJI tu bukan dia tu satu orang yang hebat sangat.Bukan BERZANJI...BAARZANJI(intonasi suara perli loghat India/Pakistan/Afgahnistan)Jaafar Albarzanji.
Cuba dengar intonasi suara beliau yang jelas-jelas memperlekehkan Sheikh Jaafar Al Barzanji iaitu Mufti Mazhab Syafie di Madinah al Munawwarah. Tiada siapapun sebenarnya yang hebat pada pandangan ALlah melainkan orang yang bertaqwa kepadaNya. Ini termasuklah yang mengatakan Sheikh Jaafar ini bukan seorang yang hebat sangat.

Sekurang-kurangnya kita selusuri sedikit mengenai biodata ulamak ini, keilmuan dan lihat akhlak beliau. Siapakah Sayyid Ja'far al Barzanji yang diperlekehkan oleh Dr Asri ini ?

Keturunan dan Kelahirannya : Nama beliau ialah Ja'afar ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Sayyid Muhammad ibn al Qutb al Arif Sayyid Rasul ibn Abdus Sayyid ibn Abdur Rasul ibn Qalandar ibn Abdus Sayyid ibn Isa ibn al Hussain ibn Bayazid ibn al Mursyid Abdul Karim ibn al Qutb al A'zam al Ghauth al Fard al Jami' Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn AbduLlah ibn Ismail al Muhaddith ibn al Imam Musa al Kazim ibn al Imam Ja'afar al Sodiq ibn al Imam Muhammad al Baqir ibn al Imam Ali Zainal Abidin al Sajjad ibn al Imam al Syahid al Husain ibn al Imam Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib. Tarikh Kelahiran Pada hari Khamis awal bulan Zulhijjah 1126 Hijrah di Madinah al Munawwarah Perkataan 'Barzanji' yang dinisbahkan kepada namanya diambil dari nama kampung asal keturunannya.

Latar Belakang Pendidikannya Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani radiyaLlahu 'anhu. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa'idi radiyaLLahu 'anhu dan Syeikh Syams al din al Misri radiyaLlahu 'anhu.

Di antara guru-gurunya di Madinah ialah : 1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji radiyaLlahu 'anhu 2. Sayyid Yusuf al Kurdi radiyaLLahu 'anhu 3. Sayyid 'AtiyyatuLlah al Hindi radiyaLlahu 'anhu Setelah itu, beliau mendalami ilmunya dengan ulama' yang berada di Makkah dan menetap di sana selama 5 tahun.

Di antara guru-gurunya di Makkah ialah : 1. Syeikh 'AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari 2. Syeikh Abdul Wahhab al Tontowi al Ahmadi 3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi. Penjelasan ini boleh dibaca dengan lebih lanjut di : Http://Jomfaham.Blogspot.Com  Yang pertamanya jika Dr Asri hendak membicarakan mengenai ulama, tidak perlu bawa perkataan yang boleh menimbulkan fitnah dan perlekehan kepada ulamak.

Jika hendak kritik silalah, tapi mengapa perlu mengeluarkan perkataan sebegitu? Semakin tinggi ilmu, maka makin tinggikanlah akhlak. Yang kedua : Bacaan Maulid tulisan Syeikh Jaafar al Barzanji dalam tulisan kitab itu adalah Maulud al Barzanji Nathar, manakala Maulud al Barzanji Nazam ditulis pula oleh cicitnya Sayyid Zain al Abidin ibn Sayyid Muhammad al Hadi. Ketiga :

Kita juga sedia tahu adanya kesusasteraan arab yang mengandungi kata-kata metafora, dalam bentuk syair dan prosa sebagaimana bahasa melayu. Ini tidak boleh dinafikan. Jadi begitu jugalah yang terdapat di dlam kitab al barzanji tersebut. Keempat : Tuduhan di dalam kitab al barzanji adanya doktrin syi'ah ? Saya pun pelik mengapa sekiranya disebut 'Marhaban Jaddal Husaini'Maka terus dihukum sebagai syi'ah ? Adakah bila kita menyatakan cinta pada hasan, husain, terus boleh dihukum sebagai syi'ah ? Di dalam kitab al barzanji tiada langsung kata-kata mengkafirkan 3 sahabat yang lain sebagaimana syi'ah. Golongan ahlu sunnah waljama'ah adalah golongan yang paling adil dalam mempamerkan rasa cinta kepada RasuluLlah dan keluarganya.

Apa salahnya disebut Saidina Hasan dan Husain untuk memuliakan mereka dan kemudian dituduh penyebar doktrin syiah sedangkan dalam masa yang sama kita mengakui bahawa memulian Ahli Keluarga RasuluLlah adalah satu perintah wajib dan qot'ie dari al Quran dan Sunnah. Surah As Syuura ayat 23 yang bererti : Katakanlah wahai Muhammad: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah, tentang ajaran islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih sayang terhadap ahli keluargaku." RasuluLlah juga bersabda : "Aku mengingatkan kamu kerana ALlah (supaya mencintai dan memuliakan) ahli keluargaku. (Riwayat Muslim. at Tirmidzi , Ahmad dan An Nasa'i) Sabda RasuluLlah lagi : Peliharalah (jagalah) wasiat Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam tentang ahli keluarganya (riwayat bukhari) Imam Syafie sendiri bersyair dan bernasyid. Al Rabi' berkata :

Ketika kami pergi mengerjakan haji bersama Imam syafi'e, kami melihat beliau tidak akan mendaki suatu tempat yang tinggi dan turun ke kawasan lembah melainkan beliau akan menangis dan bernasyid dengan syair menunjukkan cintanya yang amat mendalam terhadap keluarga RasuluLlah : "Ahli bait RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Aku berharap kelak (dengan keberkatan mereka) agar dapat diserahkan sahifahku (catatan amalan) dengan tangan kananku. (Diwan as Syafi'e tahqiq Dr Muhammand Abdul Mu'in H 106, dan al bayan fi Mazhab al Imam al Syafi'e Jilid 1 H. 92. Apalah salahnya jika yang mendengar tuduhan dr Asri itu untuk mengkaji lagi dari pendapat ulamak yang lain ? Silalah baca "Barzanji Menurut Perspektif Islam" Diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Isu-isu Aqidah dan Syariah majlis Agama Islam negeri Johor. Al Bayan jilid 8. WaLlahua'lam

No comments: