Monday, November 9, 2009







Inilah tulisan saya yang terakhir
Posted on Sunday, November 08 @ 07:32:46 PST by SongkokPutih

Pendapat Oleh: hidup_akhirat

"Kerana kesuntukan masa, inilah tulisan saya yang terakhir. Blog sebegini adalah berlegar sekitar 1000 orang, orang yang sama. Kebanyakannya penyokong setia Pas yang kalau diletak pedang ditengkok pun, tidak akan menukar parti. Dari segi untuk mengembangkan sokongan kepada Umno  adalah tidak seberapa berbanding dengan masa yang digunakan.


Seperti dalam tulisan saya sebelum ini, walaupun dalam kemudahan komunikasi serba moden pada hari ini, orang Umno sangat sedikit mendapat  penerangan tentang Pas. Begitu juga terjadi pada Islam. Walau pun Islam agama kedua terbesar di dunia, tetapi dianggap agama yang paling tidak dikenali kerana orang barat menutup maklumat Islam dalam semua media.

Pada hari ini, dengan perkembangan internet, orang barat masih tidak kisah untuk mendapat maklumat Islam. Mana-mana yang secara kebetulan mendapat maklumat melalui you tube, mereka telah memeluk Islam. Inilah yang ditakuti barat sejak sekian lama, asal sahaja mendapat keterangan sebenar tentang agama Islam, orang barat akan memeluk Islam.

Di Amerika, seramai 20,000 orang memeluk Islam setiap tahun.
Sekarang saya sedang menulis buku ringkas dalam bahasa Inggeris bertajuk WHAT IS ISLAM sebagai dakwah untuk orang yang belum pernah tahu tentang Islam. Saya akan cuba edarkan dinegara yang bercakap bahasa Inggeris iaitu UK dan US.

Ia akan dijual pada harga seperti senaskah surat khabar. Rasanya inilah cara berkesan dakwah Islam dapat disampaikan. Arab Saudi berbelanja berbilion dollar untuk tujuan ini, tapi kerana tak kena cara, tidak banyak kesannya.

Sejak mula mendaftar di blog ini lima hari lepas, saya telah menulis beberapa artikel untuk memberi maklumat yang selama ini tidak diambil kisah oleh kebanyakan orang iaitu:

1. Kelantan mundur - satu dakyah yang memalukan.
2. Pendatang asing - malapetaka dalam senyap.
3. PRU 13- nyanyian sedih buat pakatan rakyat.
WASSALAM



"Inilah tulisan saya yang terakhir" | Configure | 1 comment | Search Discussion

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Re: Inilah tulisan saya yang terakhir (Score: 1)
by indraputra80 on Sunday, November 08 @ 11:37:13 PST
(User Info | Send a Message)
Innalilihiwainaillaihirajion.
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
Jika pendapat kita tidak dihargai.,maka kepada Allah kita serahkan kembali.
Mungkin mereka tidak memahami.,tapi itu bukan bermakna mereka buta dan tuli.,
Mungkin satu hari nanti mereka tercari cari.,
 mana penulis ini.
Selamat meneruskan perjuangan.
Jangan kecik hati.




"


No comments: