Wednesday, July 14, 2010

Di Petik Dari Sumber

Eksklusif: Najib Razak Semakin Terdesak Hadapi Pilihanraya, Bongkar Kebenaran Dianggap Fitnah Tetapi Menfitnah Pula Dikatakan Satu Kebenaran

Bagai sudah dijangka, nampaknya perhitungan politik antara PM Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi sekarang ini. Episod hentam -menghentam dan dedah-mendedah kini mula digunakan bagi melihat siapakah yang berada dipihak yang benar.

Senario ini jelas sekali menggambarkan kepada kita yang bahang Pilihanraya Umum ke-13 sememangnya semakin terasa. Apakah ini petanda ianya sudah terlalu hampir untuk tiba?. Najib perlu membuktikan bahawa rakyat memang sudah kembali menaruh kepercayaan kepada UMNO BN selepas beliau mengambil alih jawatan PM daripada Pak Lah. Namun, beliau harus ingat yang mandat yang ada sekarang ini adalah ketika zaman Pak Lah dan bukan hasil usaha beliau sendiri.

Lantaran itulah Najib perlu membuktikan kepada dunia bahawa beliau kini memang sudah popular, bukan sekadar statistik seperti yang didedahkan oleh "puak-puak pengampu UMNO" itu sendiri. Bagi membuktikan siapakah yang kuat sekarang ini maka episod "bongkar membongkar" sudah digunakan. Usaha membongkarkan keterlibatan Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantunya, Skandal Kapal Selam, Kes Liwat II, Felda Bangkrap dan sebagainya kini mula mendapat perhatian rakyat. Malah, kini Najib nampak kian tertekan untuk berhadapan dengan asakan bertubi-tubi berkenaan isu Altantunya.

Raja Petra dan P.Balasubramaniam yang diburu, kini bebas membongkar apa sahaja dari luar negara. Inilah yang menakutkan beliau sebenarnya. Lantaran itulah, bagi mempertahankan "kebenaran yang kabur" itu, maka kini Najib dan kerajaannya menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkan imej pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim itu sendiri. Akhirnya mereka kini terpaksa membuat fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu, sedangkan dalam masa yang lain mahu rakyat percaya bahawa segala pendedahan yang dibuat terhadapnya adalah fitnah semata-mata.

Inilah yang mengelirukan rakyat sebenarnya. Mereka fitnah tidak mengapa, tetapi bila ada isu-isu panas dibongkar terhadapnya maka dianggap ianya sebagai fitnah. Untung benarlah jadi kerajaan jika inilah caranya untuk menutup segala penyelwengan yang berlaku. Sedangkan rakyat itu sendiri tahu dan yakin siapakah yang berada dipihak yang benar atau salah.

Membongkar Kebenaran Adalah Satu Kesalahan


jika pihak pembangkang membuat apa-apa tuduhan terhadap mana-mana pemimpin UMNO BN maka sudah pasti mereka akan melenting dan melakukan berbagai tindakan. Begitu juga jika ada yang mengeluarkan kenyataan atau isu sensitif yang tidak digemari mereka, sudah pasti dianggap fitnah dan akan berhadapan dengan saman serta lain-lainnya.

Inilah dia bukti betapa "gusarnya" puak-puak UMNO BN berhadapan dengan rakyat. Mereka mahu rakyat hanya mendapat maklumat sebelah pihak daripada media arus perdana yang dikawal oleh mereka. Mana-mana media alternatif yang cuba membongkar apa jua isu yang sememangnya menjadi realiti, maka mereka akan menakut-nakutkan pihak terbabit dan menggunakan berbagai akta yang ada demi menghalang rakyat mendapat maklumat tersebut.

Akhirnya mereka menggunakan senjata itu sebagai jalan terakhir untuk menghalang rakyat. Inilah yang berlaku kepada akhbar Suara Keadilan baru-baru ini. Akibat pendedahan tentang isu "Felda Bangkrap" akhirnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tidak menyambung permit mereka. Namun begitu kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Suara Keadilan kerana berjaya menerbitkan juga edisi baru mereka biarpun dihalang oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Edisi terbaru yang bertajuk "Ada Niat Jahat" kini sudah pun berada dipasaran. Soalnya sekarang, kenapa puak-puak UMNO begitu takut dengan terbongkarnya maklumat-maklumat sulit yang memang menjadi masalah bagi mereka. Umpamanya isu Felda itu sendiri sebenarnya segala maklumat yang didedahkan itu adalah diperoleh daripada sumber dalaman agensi itu sendiri. Mungkin terdapat beberapa pihak yang tidak sanggup lagi melihat team Najib-Yusof Nor-Md Bakke terus merompak duit Felda itu, maka akhirnya mereka membuat pendedahan berani yang cukup panas. Inilah yang menyebabkan pihak itu melenting dan akhirnya cuba untuk "tegakkan benang yang basah".

Isu Felda, Kebenaran Adalah Fitnah Bagi Mereka

Alasan yang diberikan cukup mudah, kononnya pihak berkenaan menfitnah Felda. Anehnya, bila diajak berdepan oleh Mazlan Aliman (ANAK) mereka takut dan "kecut perut" terutamannya manusia seperti Ahmad Maslan selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda itu sendiri. Jalan terbaik ialah bertindak untuk menyaman pihak yang berkenaan termasuk akhbar Suara Keadilan dan beberapa orang pemimpin pembangkang yang cuba membuat pendedahan berani itu.

Alasannya cukup muda, iaitu semua pendedahan itu adalah fitnah belaka. Walhal, hakikatnya hanya peneroka yang celik mata dan hati sahaja bahawa Felda itu sudah tersasar daripada matlamatnya. Apa tidaknya, Felda yang dulunya dibuka untuk memberi peluang kepada orang Melayu memiliki tanah (10 ekar) kini telah dihentikan oleh Najib. Beliau menggunakan kaedah baru mengikut sistem estet agar pengambilan peneroka tidak dilakukan lagi, sebaliknya mereka dibayar gaji harian sebagai "buruh ladang".

Ini menyebabkan peneroka terbabit yang menyertai "Estet Felda" atau "Felda Plantations" itu tidak akan mempunyai hak terhadap tanah yang diusahakan mereka biarpun berapa lama mereka mengusahakannya. Mereka kini bukan lagi penerokan, tetapi sudah menjadi buruh ladang dan disama tarafkan dengan pekerja asing seperti dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan sebagainya. Soalnya, kenapa Najib korporatkan Felda dan melanggar amanat ayahandanya dulu "Tun Razak"?.

Ini semua kerana beliau lebih mengutamakan bisnes dan keuntungan tanpa mengambil kira kebajikan rakyat itu sendiri. Perkara ini sudah menjadi isu di kalangan rakyat terutamanya golongan peneroka dan bukannya fitnah lagi. Tapi kenapa bila ia dibongkarkan mereka mengatakannya ia adalah sebagai fitnah?.

Anwar Agen CIA, Lagu Lama Dimainkan Semula

Kini media arus perdana heboh memperkatakan soal Anwar Agen CIA iaitu agen perisik yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang kononnya dinaungi oleh Yahudi. Mereka mula mencanangkan kononnya Anwar adalah pengkhianat dan penjenayah kerana menjadi alat kepada agen perisikan tersebut.

Malah akhbar UMNO, Utusan Malaysia edisi Ahad (Mingguan Malaysia) secara terang-terangan mengeluarkan artikel yang kononya ditulis oleh Elaine Meinel Supskis yang mendedahkan bahawa Anwar ialah "alat" CIA. Bukan main lagi mereka memainkan isu ini, padahal umum masih ingat lagi hakim mahkamah pada 25 November 2009 yang lalu, mengarahkan media arus perdana tajaan New Strait Times Press (NSTP) agar membayar RM100,000 gantirugi dan RM20,000 kos kepada Anwar Ibrahim atas artikel mereka yang menuduh Anwar ada hubungan dengan agen dan pelobi Yahudi di Amerika.

Keputusan ini membuktikan dakwaan dan tohmahan yang kerap kali digunakan oleh pimpinan UMNO dan BN adalah fitnah dan tidak mempunyai asas yang kukuh. Namun ternyata mereka tidak insaf-insaf lagi dan terus memainkan isu ini. Hinggakan ada pula menteri mereka iaitu Hishamuddin Hussein (sepupu Najib) mengatakan kerajaan akan mengambil tindakan jika benar dan terbukti dakwaan tersebut.

Mudah benar mereka menuduh dan kemudian mahu mendakwa. Kononnya jika benar Anwar Agen CIA maka ia boleh menjejaskan keselamatan negara. Inilah dia bukti jelas bahawa mereka sudah ketandusan isu untuk diketengahkan, terutamanya selepas melihat temubual Anwar disiarkan menerusi CNN baru-baru ini. Anehnya, begitu mudah pula mereka mempercayai kenyataan "blogger Amerika" itu. Selama ini siri pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh blogger Raja Petra mereka anggap ianya adalah fitnah.

Namun kenyataan terhadap Anwar yang pernah dilontarkan oleh Mahathir Mohamad ketika awal pemecatan TPM itu kini mereka mainkan semula. Sedangkan selama ini mereka tidak pernah membuktikan apa-apa pun. Sebaliknya Anwar yang berjaya membuktikan dengan dokumen kukuh disebalik pembabitan syarikat Yahudi dengan kerajaan UMNO BN pula yang dipersalahkan dan ingin digantung dari parlimen.


Maknanya, mereka percaya tulisan blogger yang menulis artikel negatif tentang Anwar Ibrahim sebaliknya tidak percaya kepada blogger yang menulis artikel negatif tentang Najib Razak itu.



Merick Gesa Siasat Najib Kow Tow Kepada Singapura

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM 13 Julai - Americk Sidhu, peguam kepada bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib rRzak di siasat atas dakwaan salahguna kuasa kerana dilihat tunduk kepada semua kehendak Singapura sehingga menjejaskan kepentingan dan kedaulatan Malaysia.
Ketika dihubungi Suara Keadilan, Americk berkata beberapa keputusan yang dibuat oleh Najib bersama dengan pemimpin Singapura khususnya berkenaan penyerahan 271 hektar tanah milik KTMB menyerlahkan sikap betapa Perdana Menteri yang "kow tow" kepada negara pulau itu.

Beliau membidas pihak berkuasa Malaysia yang sanggup menyiasat dakwaan akhbar Mingguan Malaysia yang menggaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) namun berdiam diri apabila kedaulatan Malaysia dikhianati oleh pemimpinan Umno-Barisan Nasional.

"Mereka lebih gemar mendengar tulisan mengarut seorang perempuan 'gila' dari New York yang diragui kesahihan dan kebenaran maklumat yang dimuatkan dalam blognya. Begitu rendah taraf pemikiran akhbar milik Umno itu dan betapa bodohnya pemimpin Umno-BN menghina Anwar dengan begitu sekali. Rakyat tidak sebodoh seperti yang mereka sangka," ujar beliau.

Americk juga menyoal jika Umno-BN melalui media mereka boleh mempercayai kata-kata seorang blogger yang tinggal di atas sebuah gunung di New York bersama-sama binatang peliharaanya, mengapa pula segala dakwaan Raja Petra berhubung pelbagai isu dan skandal rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan pemimpin Umno-BN dan kerajaan yang jauh lebih serius dan berasaskan fakta dan bersandarkan bukti dokumen tidak langsung disiasat?

"RPK jauh lebih tahu apa yang berlaku di Malaysia daripada wanita bernama Elaine Meinel Supkis. Mengapa pihak polis tidak berminat untuk menyiasat apa yang RPK katakan sejak beberapa tahun lamanya.
"Daripada pihak polis menghabiskan masa memburu dan cuba menangkap penulis blog, Raja Petra lebih baik mereka siasat mengapa Najib terlalu bersikap baik dengan Singapura dan memenuhi kepentingan negara ini sehingga membelakang negara sendiri," kata Americk lagi.

Sebelum ini Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard pernah membangkitkan dalam blognya kemungkinan Najib ditekan oleh agensi perisikan Singapura berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Julai 2008, Bala berkata penasihat politik Najib, Abdul Razak Baginda pernah mengatakan kepadanya bahawa Najib memperkenalkan Altantuya kepada majikan beliau itu dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Desas desus mengatakan pihak perisikan Singapura mempunyai gambar Najib dan Abdul Razak bersama Altantuya dan kini digunakan terhadap Najib untuk mendapatkan persetujuan beliau dalam menyelesaikan banyak isu dua hala yang menguntungkan negara tersebut.

No comments: