Wednesday, July 14, 2010


ibnuaki

Salam,
Perkahwinan campur antara penganut agama Islam dengan penganut agama yang kononnya juga agama samawi telah dipelopori oleh gerakan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Islam Liberal Indonesia bukan sahaja menghalalkan perkahwinan campur dengan penganut agama kononnya ahli kitab, malah dengan semua agama. Seorang koordinator gerakan ini iaitu Ulil-Absar Abdalla telah memperjuangkan perkahwinan sebegini di Indonesia dan dia telah terlibat secara lansung dalam perkahwinan Ahmad Nucholish dan Ang Mei Yong di Islamic Study Centre Paramadina Jakarta. Ia dinikahkan oleh Dr. Kautsar Ashari Noer. Menurut JIL ini, hukum Islam berbeza antara ibadat dan muamalat dimana contohnya rakaat solat tak dapat diubah tetapi dalam hal muamalat ia perlu mengikut kesesuaian sesuai dengan peredaran zaman. Contohnya arak dihalalkan kerana faktor keadaan dan iklim kawasan yang dingin. Padahal hal ini jelas berlawanan dengan al-Quran dan Sunnah. Kerosakan dan kebatilan akan berlaku seandainya akal diletakkan di tempat yang tertinggi daripada wahyu, iaitu al-Quran dan Sunnah.

Walhal di dalam Surah al-Baqarah ayat 221, Allah SWT telah berfirman:
"Janganlah kamu berkahwin dengan wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya seorang hamba yang beriman lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia memikat hatimu. Dan janganlah kamu berkahwin dengan orang-orang musyrik (dengan wanita -wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang beriman lebih baik daripada orang musyrik walaupun dia memikat hatimu. Mereka mengajak ke Neraka, sedangkan ALLAH mengajak ke syurga dan keampunan dengan izinNya dan ALLAH menerangkan perintahNya kepada manusia supaya mereka mengambil pengajaran".

Begitu juga dalam Surah al-Mumtahanah ayat 10:
"Janganlah kamu tetap berpegang ikatan tali perkahwinan dengan perempuan-perempuan kafir".

Kedua-dua ayat jelas menolak perkahwinan antara Muslim dan musyrik. Berdasarkan ayat ini juga, al-Qaradawi memutuskan perkahwinan dengan wanita musyrik adalah HARAM hukumnya kerana tiada titik pertemuan antara yang mengajak ke syurga dan ke nereka Hukum yang sama digunapakai dalam perkahwinan dengan kalangan Atheis (tiada agama) lebih-lebih lagi kerana mereka menolak adanya TUHAN. Kalaulah dengan perempuan musyrik yang mengaku adanya TUHAN telah diharamkan berdasarkan nas dan juga ijmak ulama seperti yang disebut oleh Ibn Rushd, apalagi dengan mereka yang menolak kwujudan TUHAN.

kepada manjembaII dan rakan2 lain yang masih keliru akau cadangkan dapatkan maklumat berkaitan ISLAM LIBERAL. Satu contoh buku bertajuk "Islam Liberal: Tafsiran Agama Kian Yang Terpesong" terbitan Karya Bestari Sdn. Bhd boleh dijadikan rujukan dengan kupasan oleh ulamak dan ahli akademik Islam semasa berkaitan Islam Liberal. Jangan jadikan contoh Pervez Mussaraf, Yasser Arafat sebagai penghalal cara dan kemahuan kita. Berhati2lah sebab banyak dajal yang membawa Islam berlabel baru yang sesuai dengan kemahuan nafsu bukan keperluan syariat.


Tulisan ini pernah dihantar oleh Ustaz Syameel Akhtar

Assalamualaikum,Org Kristian dan Yhaudi tak kira di mana dan pada zaman bila mereka tetap ahli kitab. Dalam Al-Quran ada diterangkan terdapat ahli kitab yg beriman dan ada yg ingkar. Jadi sejak dulu lagi tedapat ahli kitab yg ingkar. Di sin isaya siarkan artikel yg pernah saya hasilkan dan pernah saya hantar kepada sahabat-sahabat saya.Antara rujukan saya dalam hal ini ialah Prof Dr Radzi othman, Prof Dr Johari Mat, Ustaz Rasul Dahri, Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang(kesemuanya melalui perbualan melalui telefon)
BACA DAN HAYATI DEMI KEMATANGAN DALAM BERAGAMA.

HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN AHLI KITAB.

Assalamualaikum, moga rahmat Allah bersama para sahabat sekalian. Terlebih dahulu biarlah diri ini menyatakan apa yg dilakukan ini adalah demi kebaikan bersama dalam mencari kematangan dalam Islam dan Iman. Atas dasar itu diri ini sudi andainya dikritik, malah dicemuh seandainya ia mampu memperluaskan horizon pemikiran. Moga-moga dengan ini kita akan menjadi matang dalam berfikir, intelek dalam berhujah dan berbicara serta profesional dalam bertindak. Biarlah diri ini dibenci agar diri ini dirahmati. Biarlah diri ini dicaci kerana diri ini meyakini cinta terhadap Allah adalah segala-galanya. Biarlah diri ini berkorban demi menampilkan Keindahan Islam(sepanjang pertnayaan dgn Prof Pengajian Islam dari IPTA dan ulama’- ulama’ kat Semenanjung saya telah belanjakan ratusan ringgit utk bayar bil telefon sepanjang 2001-2003). Diri ini meyakini keindahan malam nampak pada bulan dan bintangya, keindahan bunga nampak pada mekar harum bunganya dan keindahan Islam nampak kepada penganutnya. Penzahiran Islam yang tulen hanyalah teletak kepada mereka yang memahaminya. Yang penting biarlah ia berada dalam kerangka Mardhotillah iaitu sentiasa selari dan serasi dgn Quran dan Sunnah. Di sini ingin saya nyatakan kepada sahabat tentang topik “HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN AHLI KITAB” Saya mengharapkan sumbangan atau penulisan saya yang ringkas ini, dapat sahabat sekalian manfaatkan. Moga kita semua dalam dakapan rahmat Allah.Moga . Moga kefahaman kita dalam beragama semakin terserlah dan semakin-hari kita semakin mengerti dan memahami Islam yang kita anuti dan seterusnya kecintaan kita terhadap Allah dan Rasul semakin utuh hingga tak mmapu digugat oleh apa jua.
Firman Allah Taala “ Hari ini dihalalkan(diharuskan) perkara-perkara yang baik dan makanan orang-orang ahli kitab kepada kamu(org Islam) dan makanan kamu dihalalkan bagi mereka, dan begitu juga dengan perempaun baik-baik dari ahli kitab sebelum daripada kamu apabila diberi mas kahwinannya” Surah Al-Maidah ayat 5. Cuma persoalan di sini adakah orang Kristian dan Yahudi sekarang masih dianggap sebagai ahli kitab. Dulu saya difahamkan mereka bukan lagi ahli kitab disebabkan penyelewengan dari kitab asal. Itulah yang diajar oleh para Ustaz sebelum ini namun kini saya mengerti hakikat sebenarnya(dan berperanan untuk memahamkan sahabat semua atas dasar sampaikan dariku(Nabi s.a.w) meskipun satu ayat)
alam Harakah (1-15.7.2002)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(bukan niat bermain politik ) ada menjelaskan mengenai persoalan ini, iaitu dalam ruangan Tafsir Al-Quran(Tafsir surah Al-Maidah ayat ke –5) Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan harus bagi lelaki Islam mengahwini perempuan ahli kitab yang suci. Manakala dalam Harakah (16-30.7.2002) Beliau menegaskan lagi “kita harus menghalalkan apa yang Allah halalkan. Jika Allah halalkan berkahwin dgn wanita ahli kitab (Kristian dan Yahudi) maka akan menjadi kufur jika kita kata tak boleh. Ini adalah hukum Allah dan Thabit dari Al-Quran. Masalah tak nak laksanakan itu masalah lain tetapi hukum yang dihalalkan oleh Allah jangan kita haramkan”. Untuk keterangan lanjut saya telah bertanyakan beberapa ulama’ yg yg berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di beberapa IPTA dan menelaah beberapa buah buku yang diakui kebenarannya. Akhir sekali, saya merujuk(call) kepada Ustaz Rasul Dahri (pendakwah Salaf yang tegas menetang bid’ah)Kesimpulannya baik dulu, kini mahupun selamanya org Kristian dan Yahudi adalah ahli kitab.Dan hukum mengahwini perempuan ahli kitab adalah sah hingga ke hari Qiamat.Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah mengatakan dalam Majmu’ Fatwanya “ Jadi semua golongan yang beriman kepada kitab-kitab yang ada (yg telah dirubah) adalah ahli kitab dan mereka kafir disebabkan berpegang kepada kitab-kitab yang sudah berubah itu, dan seperti semua golongan yg lain mereka kekal dalam neraka, meskipun Allah menyuruh meraka agar membayar jizyah, dan dihalalkan bagi kaum muslimin untuk memakan makanan mereka dan mengahwini wanita-wanita mereka” i sini saya kemukakan dalil untuk menyokong hujah saya serta bagaimanakah syarat untuk melaksanakannya.
Di sini saya kemukakan dalil untuk menyokong hujah saya serta bagaimanakah syarat untuk melaksanakannya.
A) Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah(ayat 5) tentang keharusan berkahwin dengan wanita ahli kitab tak pernah dimansukhkan oleh ayat Al-Quran mahupun Hadith. Jadi hukum ini(kahwini perempuan ahli kitab) boleh dan sah hingga ke hari qiamat. Malah ia adalah ayat yang mentakhsisikan(khususkan) ayat 221 Surah al-Baqarah “ Jangan kamu nikahi wanita musyrik sebelum mereka beriman” Meingikut ayat ini wanita kafir haram dikahwini tetapi ayat ke –5 , Surah Al-Maidah telah khususkan hanya boleh kahwin wanita ahli kitab meskipun mereka kafir(manakala pengharaman mengkahwini wanita Hindu, Budha dll adalah berkekalan)
B) Perisitwa berlakunya perkahwinan ramai sahabat dengan perempuan ahli kitab berlaku pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab(khalifah ke-3 ). Uthman bin Affan pun kahwini perempuan Kristian, begitu juga dgn Talhah bin Abdullah. Cuma Khalifah Umar melarang Huzdaifah Al-Yaman disebabkan beliau seorang panglima perang tentera Islam dan banyak mengetahui strategi peperangan Islam. Ini dibimbangi beliau strategi tersebut jatuh ke tangan pihak musuh. Ini atas dasar Syiasah Syar’iyah (kepentingan politik dan keselamatan negara serta umat Islam). INGAT, Nabi s.a.w berabda “ Demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, tidak seorang pun Yahudi dan Nasrani(Kristian) yang mendengar tenatang diriku lalu mati tanpa beriman dengan risalah yang dengannya aku diutus(iaitu Tauhid), maka dia termasuk penghuni api neraka”(DiRiwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya). Jadi wanita ahli kitab yang hidup pada zaman Umar adalah wanita kafir dan bukannya golongan yang beriman dengan kitab Taurat dan Injil yang asal. Kerana kitab itu termansukh setelah Nabi Muhammad diutus menjadi Nabi dan Rasul.(rujuk fatwa Ibn Taimiyyah)
Di sini ingin saya nytakan syarat-syarat untuk mengahwini perempuan ahli kitab baik Yahudi mahupun Kristian.
A) Muslim di pihak lelaki dan ahli kitab di pihak Kristian. Ini kerana orang lelaki lebih berpengaruh dan berkuasa serta kuat berbanding golongna perempuan. Jika lelaki yang beragama Kristian dan isterinya yang beragama Islam maka tak sah perkahwinan tersebut.
B) Anak-anak yang lahir hasil perkahwinan tersebut hendaklah beragama Islam
C) Prof Dr Hamka pula mensyaratkan lelaki mestilah beriman, Ini kerana dia bakal berhadapan dgn mentua dan ipar-ipar yang beragama kristian.
D) alam keadaan tertentu pihak berkuasa boleh menegah perkahwinan atas dasar kepentingan agama dan negara. Contohnya jika di suatu kawasan perempuan Kristian ramai yg cantik dan perempun Islam kurang cantik. Jadi ramai lelaki Islam ingin mengahwini perempuan Kristian, ini akan menyebabkan wanita Islam tak ada jodoh dan menjadi andartu.
. Jika kita berada di sesuatu tempat yang majoriti penduduknya beragama Kristian atau Yahudi (mungkin belajar atau bekerja) dan berkenan dgn perempuan Kristian tersebut serta menyintai dan dicintai oleh perempuan Kristian tersebut. Tetapi siperempuan Kristian itu tak nak memeluk Islam. Ini boleh mengakibatkan berlakunya ZINA ( perbuatan keji lagi hina). Jadi lebih mulia dan suci perkahwinan meskipun dengan perempuan Kristian daripada berzina dengannya.
.. Unikkan pada Hari Jumaat kita ke Masjid dan Pada Hari Ahad dia ke Gereja. Pada 1 Syawal kita sambut Eid Mubarak (Raya Puasa) dan pada 25. Disember Dia sambut Krismas. Atas Dasar Dakwah. Adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk memartabatkan kalimah Allah di muka bumi ini meskipun dengan pelabagai cara, method dan strategi selagi ia tidak menyalahi syarak. Jadi perkahwinan dengan wanita Kristian dan Yahudi ini adalah atas dasar untuk menyebarkan Islam. Memang pada mulanya dia beragama Kristian namun setelah sekian lama bersama dalam kebahagian maka sudah tentu akan mewujudkan kesefahaman dalam segenap hal. Lama-lamaan si isteri tadi dapat ditarik kepada Islam.
Jika sahabat ragui apa yg saya perkatakan saya mintak jasa baik para sahabat, tanyalah para alim ulama’ berwibawa. Saya amat mengalukan teguran dari sahabat demi kematangan dalam beragama.
Cuma kita sebagai rakyat mesti akur terhadap ulilamri. Ulil amri Malayisia telah wajibkan setipa yg ingin berkahwin dgn org Islam mestilah memeluk Islam terlebih dahulu. Laggipun Syiekh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin mengatakan "perkahwinan dgn perempuan ahli kitab banyak menimbulkan masalah kepada umat Islam dari timur dan Barat, dan org Islam mestilah berhati-hati memilih isteri utk dijadikan teman hidup"
Kalau kita mampu membimbing wanita Kristian itu menjadi Islam setelah mengahwininya maka bolehlah berkahwin dgnya tetapi jika tak mmapu maka jangan.

-----------------
Mohd Saipuddin

No comments: