Thursday, July 29, 2010


teori

Kenyataan MediaKUALA LUMPUR, 29 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.

“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.

Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.

“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.

“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.

“Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.

“Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.

“Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti,” tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.

Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Mufti Harrusani: Dulu mereka pekak ke?

Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh Ustaz Saiful Bahri

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Hari Pahlawan disambut di Dataran Merdeka pada Sabtu ini — buat kali pertama berlangsung tanpa acara letak kalungan bunga dan bertafakur selama seminit di Tugu Negara, yang menjadi amalan biasa sebelum ini. Sambutan kali ini diubah suai dan dijalankan mengikut fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan lebih sedekad lalu, dan yang terbaru April 2009.

Perubahan lokasi sambutan juga selari dengan keputusan majlis tersebut yang memutuskan Tugu Negara di ibu negara, berusia lebih empat dekad, bertentangan dengan hukum syarak. Tugu Negara menggambarkan sekumpulan perwira memegang bendera dibina pada 1960-an bagi memperingati mereka yang meninggal dunia ketika darurat dan pendudukan Jepun.

Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan dua fatwa mengenai Hari Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan “Last Post”, bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan “Rouse” yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 hingga 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera. Ia telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir. Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

Bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak. Acara-acara seperti majlis peringatan termasuk bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.
Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak. Bagaimanapun acara tiupan “The Last Post” dan “Rouse” akan diteruskan kali ini. Deklamasi sajak dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran akan diadakan. Majlis tahlil khas akan diadakan di Masjid Negara pada malam sebelum sambutan di Dataran Merdeka.

“Kami sudah lama meminta agar dilakukan perubahan. Saya gembira kerana kini mereka akhirnya mendengar,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang turut menganggota Majlis Fatwa Kebangsaan. “Ini tradisi orang putih (penjajah). Mengapa harus kita mengekalkannya? Kita boleh melakukannya dengan cara kita,” kata Harussani.

Sekarang agaknya Tan Sri Harrusani baru sedar bahawa pemimpin Umno ini tidak mendengar nasihat agama. Mereka ini selama ni pekak kea tau buat-buat tak dengar? Habis amalan yang dilakukan selama ini apa hukumnya? Siapa yang nak tanggung dosanya setelah sedekad ianya diamal dan dipraktikkan. Banyak ulama telah memperkatakannya. Telah lama pemimpin-pemimpin Pas menegur. Tetapi kerana tradisi penjajah masih kuat bertapak dalam semua pentadbiran Umno-BN. Kalau bunga, ranting dan daun-daun pun payah nak ditukar inikan pula prinsip serta dasar. Perlembagaan Lord Reid dan dasar nasionalisme yang didokong oleh Umno-BN agak-agaknya bila hendak diubah dan ditukar kepada Islam.

Ianya tidak penting bagi mereka yang menganut fahaman sekular. Baginya seolah-olah tidak dosa. Sampai bila lagi harrusani hendak menunggu agar segala patung-patung yang bukannya makin kurang bahkan semakin banyak dibina diseluruh pelusuk Negara bahkan di K.Lumpur sendiri. Di Terengganu sendiri ketika dizaman PAS, telah dibuang replika Penyu ditengah Bandar Kuala Terengganu dan menggantikan dengan Batu Bersurat tetapi kini disetiap daerah diperbanyakkan lagi patung dan replika haiwan ini termasuk di Rantau Aband dengan dua ekor penyu baru yang tersadai ditepi jalan. Adakah pemimpin Terengganu ini juga jahil atau memang pekak?

Selagi tidak kembali kepada Islam secara total. Selagi pemimpin yang ada digantikan dengan kepimpinan yang menjadikan Islam sebagai dasarnya, selagi itulah ianya tidak berkesudahan. Marilah kita menjadikan Islam sebagai teras kehidupan kita dan teras bernegara, InsyaAllah selamat didunia dan akhirat. Dan itulah dasar PAS yang istiqamah untuk memartabatkan Islam di tanah-air yang tercinta ini

SENSASI! Lee Kuan Yew: Bangsa Melayu PEMALAS dan kurang berkemampuan!
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh: dewa

"Korang takyah bacalah artikel ni, buat sakit hati aje. Artikel membincangkan sikap malas korang, pertemuan Lee Kuan Yew dengan Tok guru dan sikap Tun Mahathir. Dalam sebuah buku baru tahun 2010 bertajuk 'Conversations with Lee Kuan Yew', tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menyatakan dengan jelas keyakinannya bahawa bangsa Melayu adalah suatu bangsa pemalas yang kurang berkemampuan (mukasurat 53). Artikel membandingkan secara panas pendapat 'racist' Lee Kuan Yew dengan Tun Mahathir.

Kata Lee Kuan Yew : 'We could not have held the society together if we had not made adjustments as to the system that gives the Malays, ALTHOUGH THEY ARE NOT AS HARDWORKING AND CAPABLE AS THE OTHER RACES, a fair share of the cake' (mukasurat.53).

PENDEK KATA, orang Melayu diyakini oleh Lee Kuan Yew sebagai bangsa yang pemalas. Penulis perlu melihat dari beberapa perspektif.

Pertama, marilah kita lihat dari aspek agama. Kita yang dikatakan 'pemalas' ini sembahyang lima kali sehari. Yang pertama iaitu Subuh pada awal pagi, ketika majoriti masih tidur, dan yang kelima pada waktu malam. Dari sudut agama, kita juga sembahyang jemaah setiap Jumaat sehinggakan jalan-jalan sesak dengan kereta yang parking merata-rata.

Disebalik sikap Melayu yang dikatakan pemalas, kita berkeyakinan penuh bahawa kita akan masuk ke syurga kerana kita beragama Islam. Jadi, disebalik semua retorik sahabat karib Israel ini, di sebalik semua bangunan tinggi di Singapura dan poket yang kembang, kita yakin kita yang untung dan lebih rajin.

MESKIPUN begitu, kita jangan lupa bahawa nabi pesan agar kita jangan abaikan dunia. Jangan lupa berniaga dan mencari habuan dunia secara halal. Kekayaan dan sikap positif pedagang Arab dulu menyumbang kepada kemasukan beramai-ramai kaum Melayu ke dalam agama Islam.

Penulis menambah bahawa sikap malas kaum Melayu dalam bekerja dan belajar memang kronik. Memandangkan penulis banyak menghabiskan masa di luar negara, penulis berani mengesahkannya. Sewaktu di Tokyo, penulis mendapati ramai yang membaca buku dalam keretapi. Dari stesen Ginza sampailah stesen Shinjuku, semua rajin membaca.

Penulis juga teringat sikap malas dan terhegeh-hegeh golongan Melayu. Suka berseronok, kuat mendengki dan suka mengadu domba. Rakan-rakan Pakatan juga kebanyakannya suka mengkritik Bn dan UMNO tanpa berusaha mencari alternatif dan penyelesaian konstruktif. Apa pun, syabas kepada kaum Cina dan India yang berani beramai-ramai menolak UMNO dan BN.

Ini berbeza dengan majoriti Melayu seperti di Johor yang begitu yakin bahawa UMNO merupakan 'pemberi rezki mereka'. Ancaman ustazah Mashitah bahawa Melayu akan mundur tanpa UMNO menjadi umpama ratib bagi mereka.

Penulis teringat pertemuan Tok Guru dengan Lee Kuan Yew di mana Tok Guru memberi jaminan akan berlaku adil kepada semua kaum selaras dengan tuntutan Islam apabila Pakatan memerintah Malaysia kelak.

Penulis juga teringat Tun Mahathir yang sentiasa menampilkan diri sebagai jaguh Melayu tetapi pada masa yang sama sentiasa mencerca orang Melayu yang menyokong Pakatan, baik di kampung dan di bandar, dan sentiasa menuduh Anwar peliwat seolah-olah Tun Mahathir ada di sebelah dan melihat sendiri Anwar meliwat mana-mana bontot. Berdosa besar tau main fitnah-fitnah sebegini.

Apa pun , Lee Kuan Yew tidak menzalimi bangsa sendiri.

Wassalam.

ps: Korang pun rajin-rajin la sikit. Jangan asyik berhibur aje. Doa aku mengiringi korang

No comments: