Wednesday, April 20, 2011

Terang, Tajam & Tepat



Timbalan KSU, Salim Parlan Dituduh Berkhalwat

Georgetown: Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia Dan Sukan, Datuk Salim Parlan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat di Mahkamah Syariah di sini, Selasa.

Salim, 51, dituduh melakukan kesalahan itu bersama pasangannya Nur Diayana Norslan, 30, yang dipercayai pembantu peribadinya semasa serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) di sebuah bilik di hotel mewah Batu Ferringhi pukul 5 pagi Sabtu lalu.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah 1996 negeri sementara Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen yang sama. Nur Diayana juga mengaku tak bersalah atas tuduhan itu.

Jika sabit, setiap mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.



Komen Bloger.Damansarakota

Gua sangat bersimpati dan Sdy.,

Kepada smua Muslimin dan Muslimat.,

Manusia yg.mengaku beragama Islam,kawin cara Islam,dapat anak di namakan nama orang Islam mungkin dah ada cucu pun di beri nama Islam.,

Tapi perangai Bapak atau Atok nya, BUKAN perangai yg.di ajar di dalam Islam.

Kalau pun tak mau mengikut hidup cara Islam tapi sebagai orang Melayu.,kita ada maruah adat.,sekurang kurang nya ada rasa malu pada diri ,yang aku bawa nie (Pasangan)anak orang Melayu.,macam anak cucu aku gek.,

Maka kesiani lah Mak Bapak nya., yang melahirkan yang memberi pelajaran pada nya sampai dapat jawatan jadi Pembantu dlm Jabatan Kerajaan.,.

Ini tidak., MEROSAKAN NYA pulak.

SDY!cukup Sdy dan Mengaifkan.

No comments: