Monday, June 6, 2011

Di Petik Dari Sumber

PAS Kemukakan Usul Di Hari Terakhir Muktamar Supaya Pakatan Rakyat Ambil Tindakan Undang-Undang Serta 'Perintah Injunksi' Terhadap JPN !!

GOMBAK 5 Jun - Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang termasuk perintah injunksi sementara terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menggantung pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, yang dikaitkan pembangkang sebagai komplot Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13. 

Gesaan itu terkandung dalam usul berkaitan pemalsuan kad pengenalan dibawa Dewan Ulama pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 hari ini. Pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, sekali gus didakwa membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi menjadi isu yang dibawa oleh pembangkang sejak tahun lalu. Usul itu menekankan bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutama kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi. 

Malah usul itu juga berkata, pengeluaran kad-kad pengenalan bukan satu rahsia bagi dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui “projek IC” pada 1980 dan 1990 bagi menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah ketika itu. “Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil ‘unholly alliance’ antara Umno-BN dengan JPN, yang menjadi merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa,” kata usul itu.

Usul itu juga mendakwa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah. Usul itu juga mendakwa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara tersebut. Sehubungan itu, usul tersebutmendesak supaya satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan bagimenyiasat pengeluaran kad pengenalan kepada ramai warga asing.

[Usul itu juga mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga JPN khususnya mendedahkan secara terperinci statistik jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak 10 tahun kebelakangan ini mengikut negeri. “Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku,” katanya lagi. 

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS pusat menuntut agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kini dilihat berleluasa. 

Sebenarnya di Pahang, isu yang sama juga dilihat semakin rancak dijalankan. Ramai warga Kemboja dan Mynamar mendapat kad pengenalan dan dihantar ke kawasan parlimen kritikal sebagai pengundi. 

Malah, isu ini sememangnya sudah diketahui banyak terlibat di kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh PM Najib itu sendiri]. tvsnew

Di Petik Dari Sumber

PENIPUAN SEDANG DI RANCANG

MYKAD UNTUK MAT BAGLA

nota:
inilah senjata ampuh
untuk gerombolan menang
pilihanraya nanti!


NIK AZIZ : MAT SABU MENANG KERANA UNDI SAH BUKAN SEBAB UNDI MYKAD - minsider

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperakui kemenangan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden baru sambil menyifatkan pemimpin vokal itu menang dengan “undian sah” perwakilan yang yakin kerana kepimpinannya.

Mohamad atau dikenali sebagai “Mat Sabu” menang kerusi nombor dua itu dengan menewaskan dua calon termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus menyaksikan majoriti barisan kepimpinan parti itu kali ini dikuasai kumpulan profesional.

Dilihat merujuk kepada dakwaan pendaftaran pengundi kalangan rakyat asing menjelang pilihan raya umum, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Mohamad mencapai kejayaannya menerusi undian sah daripada perwakilan PAS.

“Dia (Mat Sabu) bukan menang sebab undi MyKad, bukan undi dari Bangladesh tetapi undi daripada PAS sendiri.

“Perwakilan PAS yakin dengan kepimpinan Mat Sabu. Oleh sebab itu mereka mengundinya,” kata beliau pada ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS di sni malam tadi.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… LAWAK ORANG TUA INI…. kah kah kah..

kah kah kah..PERLI GEROMBOLAN KAU KAU…. kah kah kah..

kah kah kah… MANA NAK SURUKKAN TIGA TETEK BIK MAMA…. kah kah kah…

kah kah kah...SEMUA SUDAH TERBARAI... kah kah kah..

kah kah kah…SEMUA TAHU TIPU MYKAD MAT BANGLA MENGUNDI…. kah kah kah

kah kah kah…SEMUA TAHU BAGI MYKAD PADA MAT INDON MENGUNDI…. kah kah kah…

kah kah kah..SEMUA TAHU BAGI MAT PILIPINA MENGUNDI …. kah kah kah..

woit… TAPI ABAG MAT YANG UNDI HANYA AHLI PAS…. kah kah kah

NAK TIPU


No comments: