Sunday, June 5, 2011

Di Petik Dari Sumber


SUARA PERAK

Apa PR Boleh Buat Di Perak?

Menyedari masalah kewangan yang bakal dihadapi oleh sekolah-sekolah Agama Rakyat, SUWA dan Sekolah Tamil dimana jumlah premium tanah masih belum mengambil kira kos pembangunan tanah yang menelan belanja kos jutaan ringgit, Pakatan Rakyat Perak telah memutuskan sebulat suara bahawa : Seandainya Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri Perak semula pada PRU ke 13, kerajaan PR akan mengenakan premium secara nominal RM10 sehektar dalam rancangan dan usaha membantu sekolah-sekolah tersebut mencapai objektif membangun sekolah dari pulangan modal tanah berkenaan. Maka dengan dasar ini, sekolah tersebut di atas boleh menjimatkan jutaan ringgit premium tanah dan mereka hanya perlu membayar RM20,230 untuk Sekolah Agama Rakyat, RM10,120 untuk Sekolah SUWA dan RM6,070 untuk Sekolah Tamil sahaja.
Sekian, terima kasih.
PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK

No comments: