Saturday, June 11, 2011


Insan yang bernama Mahathir.
Dilulus untuk paparan oleh teori

ArtikelOleh: tokpepijat

"Hidup Mahathir dalam politik penuh warna-warni. Warna-warninya bukan kerana membawa makna ceria dan penuh kegirangan kepada warga Malaysia tetapi lebih kepada "ketidak warasan dan kesiuman" tuan punya diri.
Biasanya orang yang tidak "normal" akan ceriakan dunia mereka dengan warna warni dengan memakai baju , seluar, payung untuk menarik perhatian orang yang lalu lalang.

Begitulah dengan hal diri Mahathir. Bercakap, melalut sana sini untuk hendak beritahu warga Malaysia dia masih ada lagi. Dia belum mati lagi. Samada nyanyuk atau sebaliknya, itu terpulang kepada sesiapa yang menilai.

Lihat adanya manusia yang bernama Mahathir dalam politik tanahair membuatkan kita sedih dengan nasibnya. Betul-betul "macam orang gila" (meminjam tajuk sajak Disman era Reformasi)

Mahathir pernah dibuang dari UMNO akibat kritik Tunku. Kemudian mengemis simpati melalui pentas ceramah PAS.
Dibawa masuk semula oleh Tun Razak hinggalah meminggirkan tokoh-tokoh senioriti seperti King Ghaz dan Tengku Razalegh.

Semasa menjadi Timbalan PM, Mahathir sudah mula tunjuk belangnya dengan memainkan peranan untuk memecat PAS dari BN.

Selepas Tun Husien meletak jawatan(akibat desakan Mahathir?), bintang Mahathir terus bersinar selama 22 tahun.

Zaman pemerintahannya, terserlah watak sebenar Mahathir sebagai diktator. Raja-Raja Melayu "ditelanjanginya", sistem Kehakiman dicaturnya sendiri. Hakim yang menentang egonya disepak teranjang seperti Tun Salleh. Tiga timbalannya(Musa-Ghafar dan Anwar) tidak kekal.

Zamannya lah bermula era Kronisme. Semua benda diswastakan untuk "makanan kedarah" kroninya.

Darah umat Melayu gugur di bumi pada zamannya menjadi PM. Darah Memali. Tidak sedikit. Bukan orang kaya jadi mangsa amarahnya tetapi orang kampung yang miskin.Kais pagi makan pagi.

Berlagak macam lanun dalam isu royalti minyak Terengganu.

Mahathir adalah segala-galanya. Dialah Sultan. Dialah Hakim. Dialah Raja. Dialah Lanun. Memang layak dia digelar " Maha Firaun" oleh orang yang membencinya.

Selepas eranya memerintah, dia keluar dari UMNO kerana marahkan Pak Lah. Masuk balik UMNO selepas PMNajib jadi PM.

Jenis manusia apakah yang bersikap begini?

Hari ini, dia berkokok lagi. Bukan apa. Untuk buktikan dia masih ada hayat lagi. Hari ini Mahathir jadi "pembela Negara Islam". Padahal dialah yang hantar surat ugutan jika Kelantan laksana hukum Islam.

Hari ini dia berlagak alim. Sebut Surah Baqarah! Mahathir pandai baca Quran ke? Siapa pernah dengar dia baca?

TG Nik Aziz pernah "puji " Mahathir. Dia cerdik dan bijaksana tapi sekular! Almarhum Ustaz Fadhil Nor pernah doakan supaya usianya panjang agar Mahathir dapat lihat hasil kejahatan dan kezalimannya.

Nah! Sekarang Mahathir bersuara lagi. Tetapi suaranya macam "orang gila" !

Orang PAS menentangya bukan atas dasar keturunannya. Keturunan bukan alasan untuk PAS menentangnya. Tetapi pemikiran dan fahamannya yang bahaya kepada umat Islam.

Mahathir sudah banyak kali menyahut panggilan IJN. Sepatutnya panggilan IJN banyak mendewasakannya tentang Islam dan ketaqwaan. Malangnya semakin jauh, jauh dan jauh darinya.

Kita tidak mahu Mahathir baru sedar untuk mencari jalan ketaqwaan sepertimana Firaun di ambang maut di Laut Merah.
Sesungguhnya kita semua sayangkan Mahathir.
suara hegemoni pelbagai kaum
 BUKTI MAHATHIR PERSENDA ISLAM

Ikutilah ulasan GreenBoc di bawah ini:

Kalaulah hendak dibangkitkan penghinaan yang TDM lakukan terhadap Islam mungkin ruang di blog ini tidak mencukupi. 

Mahathir mengutuk ulama', merasakan diri sebagai ulama' al kabir

Beliau menghina ulama’, menghina pandangan Tuan Hj. Ishak Baharum bekas Mufti Selangor yang dipecat, menghina Dr. Harun Din seorang ulama’ yang disegani. Beliau menempelak pandangan ulama’ dalam isu menutup aurat, pertandingan ratu cantik dengan menyatakan ulama’ mentafsir Al Quran untuk kepentingan diri dan ianya bersalahan dari ajaran Islam. Selagi tafsir atau fatwa ulama’ menggugat Mahathir, selagi itulah fatwa tersebut kononnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Apakah Mahathir itu layak memberi fatwa dan menjadikan dirinya sorang diktator satu ketika, tetapi juga ulama’ Al Kabir.

Menghina hukum Islam serta memberi fatwa baru

Beliau mempermainkan hukum hudud dengan menempelak bahawa negara Islam yang mengamalkan hudud akan menyebabkan orang Islam semuanya kudung. Beliau juga mempermainkan hukum Allah ini dalam lawak jenakannya. Tidak berupaya melaksanakannya pada masa ini bolehlah dimaafkan tetapi menolak dan mempersendakan Hukum Allah ini adalah melampau dan wajib diperangi.

Menghina Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wassalam.

Beliau mempermainkan sunnah Rasulullah. Beliau membuat jenaka dengan janggut Nabi. Beliau mempermainkan pakaian ummat Islam yang dipakai Nabi dan para sahabat dengan menyatakan itu pakaian Arab dan bukan Islam.

Berikut ialah petikan kenyataan-kenyataan Mahathir:

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.
Memang Mahathir mudah lupa!
Media elektronik diminta untuk hebahkan maklumat tarif elektrik baru
Ong Vic Kee |  



Pengamal media elektronik diminta untuk "menyebarkan maklumat tentang kenaikan tarif elektrik", menjelaskan kewajaran di sebaliknya kepada khalayak ramai.  Seorang pengamal media yang enggan namanya dilaporkan, memberitahu MerdekaReviewbahawa "pihak berkenaan" yang telah merasai bahang rungutan rakyat itu, kini berharap agar media berkata sesuatu yang baik untuk dirinya.
Media elektronik, termasuk stesen televisyen dan radio, menerima surat rasmi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertarikh 7 Jun 2011.  Dalam surat tersebut, pengamal media diminta kerjasama untuk "menghebah dan mewar-warkan maklumat tarif elektrik baru Tenaga Nasional Berhad", yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.
Pengamal media mengesahkan khabar ini kepada MerdekaReview, bahawa SKMM bukan bermakna untuk "membuat iklan" dalam stesen televisyen mahupun radio, sebaliknya hanya meminta agar "PSA" (Public Service Annoucement) disiarkan di celah-celah antara rancangan - seolah-olah untuk berkata sesuatu yang baik untuk pihak TNB/Kerajaan.
Menurut sumber, ini bukan kali pertama pihaknya diminta untuk menyebarkan maklumat bagi pihak kerajaan, malah mereka pernah diminta untuk berhenti memainkan isu-isu tertentu.  Beliau menganggap "permintaan" yang "wajib" ini sesungguhnya akan mencungkil ketidakpuasan.
Kerajaan persekutuan mengumumkan kenaikan tarif secara purata pada kadar 7.12%, iaitu dari RM31.31/kWh kepada RM33.54/kWh.  Kerajaan menjelaskan bahawa kenaikan 7.12% itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.
Yang berikut adalah surat rasmi yang ditujukan kepada media elektronik:
MOHON SIAR PSA KADAR TARIF BARU TENAGA NASIONAL BERHAD
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan kadar tarif elektrik baru Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkuat kuasa 1 Jun 2011.  Sehubungan dengan ini, TNB memohon kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memaklumkan pelaksanaan kadar tarif elektrik baru tersebut.
4. Oleh yang demikian, selaras dengan syarat lesen khas mengenai layanan kepada kerajaan, diminta kerjasama pihak puan untuk menghebah dan mewar-warkan maklumat tersebut kepada penonton dan pendengar stesen-stesen kendalian pihak puan.  Bersama-sama ini dilampirkan teks hebahan dan rerayap televisyen untuk tindakan segera pihak puan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
ZULKARNAIN MOHD YASIN
Pemangku Pengarah Kanan
Jabatan Pemantauan Industri dan Penguatkuasaan
B/P Pengerusi
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut. disunting dan diterjemah dari teks asal.

No comments: