Wednesday, April 13, 2016




“Dr Zakir Sampaikan Ilmu, Bukannya Sebar Ajaran Sesat, Beliau Ulama Yang Ulung” – Risimaran Subramaniyam



By editor April 12, 2016 : 1:21 pm
risimaran 2

DALAM kekalutan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy dan gerakan hak asasi manusia Hindu, Hindraf Makkal Sakthi menyerang penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik, muncul seorang individu yang beragama Hindu, iaitu Risimaran Subramaniyam mempertahankan penceramah antarabangsa tersebut.

Menurut Risimaran yang juga merupakan seorang pelajar Psikologi di Universiti Malaysia Sabah, beliau begitu mengagumi Dr Zakir Naik.  Malahan beliau telah mula mendengar ceramah Dr Zakir di youtube sejak beliau berumur 14 tahun lagi. Kelebihan Dr Zakir menghafal kitab-kitab seperti Al Quran, hagavad Gita, Bible The Old & New Testament, Tripitaka serta lain-lain lagi amat beliau kagumi.

Risimaran mengakui dirinya seorang Hindu sejati yang datang dari keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Hindu. Namun begitu beliau turut belajar mengenai agama Islam bagi memahami dan menghormati agama lain.

Bagi beliau, ceramah Dr Zakir amat mudah namun sangat bermakna. Senang untuk difahami. Ceramah Dr Zakir banyak mengajar beliau mengenai Islam.

Oleh itu, berkenaan ceramah Dr Zakir bertajuk “Similarities between Hinduism & Islam”, Risimaran amat berbangga apabila seorang bukan Hindu dapat menghuraikan dengan baik berkenaan agama Hindu. Rakyat Malaysia patut berbangga seorang ulama’ hebat seperti Dr Zakir sanggup datang ke negara kita.

Selain daripada itu juga, Risimaran merayu agar jangan menghalang orang untuk berdakwah. Dr Zakir hanya menyampaikan ilmu. Beliau bukannya menyebarkan ajaran sesat . Perlu ditekankan di sini bahawa Dr Zakir Naik merupakan seorang ulama’ yang ulung.

Facebook Risimaran :-


I’ve been listening to Dr Zakir’s ceramah since I was 14. Jelas gila kalau dgr ceramah dia kat youtube. Tell me, who can memorize completely all the Holy Books that exsist in this universe. Name it, Holy Qura’an, Bhagavad Gita, Bible The Old & New Testament, Tripitaka. Semuanya dah dikhatam. Bukan setakat baca tapi khatam. Im a pure Hindu, and i came from a very strong Hindu background family. Religion is very strict matter in my family. Despite that, I learn a lot of Islam’s hukum, ajaran, pillars and sort on. Why I learn them? So that I can understand more about the other religion and respect and behave in any situation I am. Honestly speaking, his lecture is so simple, but sgt bermakna. Senang nak faham. And kuliah dia yg byk ajar sy ttg Islam.
Kemon la, kuliah dia is on Similarities between Hinduism & Islam. I am so damn proud when a non-Hindu can speak very well abt my religion. He definately win my heart and mind. Malaysia patut bangga sbb Ulama mcm beliau tak senang nak pijak Bumi kita. Tolong jgn halang org brdakwah. Dia sampaikan ilmu. Bukannya menyebarkan ajaran sesat bagai. Beliau seorg ulama yg ulung.
P/s: Hindus and Muslim, dont get me wrong. Im not raising any sentimen.


Untuk makluman, Ramasamy dalam satu kenyataan hari ini mengakui telah menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ dalam menerusi catatan di Facebooknya, pada 10 April lalu, kerana penceramah itu didakwa memberi ceramah menghina agama lain. Beliau  memohon maaf kerana menggelar pendakwah dari India, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’. Hindraf Makkal Sakthi juga  membantah kemasukan Dr Zakir Naik ke negara ini.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Dr Zakir Naik masih boleh meneruskan siri ceramah beliau di mana-mana lokasi selagi ia tidak menjejaskan keharmonian di negara ini. Pihaknya akan memantau tajuk ceramah yang akan disampaikan, asalkan ia tidak mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.


No comments: