Sunday, April 17, 2016

Getah sekerap 80 sen sekilo, peraih

 melarat miskin

 | February 16, 2016
Langkah menurunkan harga getah dan menaikkan harga barangan seolah-olah Barisan Nasional mahu menempah kekalahan pada pilihan raya akan datang.
VIDEO INSIDE
mak-ndak-sekerapPETALING JAYA: Seorang peraih getah sekerap meluahkan rasa tidak puas hati terhadap harga getah yang disifatkannya sebagai terlalu murah hingga para penoreh tidak mampu menyara kehidupan mereka.
Aksi peraih getah itu yang merupakan seorang wanita dapat diperhatikan menerusi visual yang menjadi viral.
“Saya mewakili kaum-kaum ibu, sebab saya beli getah sekerap. Sekarang ini harga seringgit enam kupang (RM1.60), bila bahagi dua lapan kupang (RM0.80 sen), nak makan apa tok (Datuk) Taufiq dengan lapan kupang.
“Allahuakbar, sekilo ikan harga RM18, RM16, mak ndak ni kadang-kadang Taufiq, jatuh air mata beli sekerap. Lapan kupang (RM0.80 sen) Allah, anak-anak nak pergi sekolah sampai tidak sekolah,” kata wanita itu yang menggelarkan dirinya sebagai Mak Ndak.
Video itu turut dikongsi oleh portal Islam dan Melayu Ismaweb.net di You Tube.
Wanita berkenaan yang menggunakan loghat utara itu turut mempersoalkan mengapa harga barang masih kekal tinggi sedangkan harga minyak telah diturunkan.
“Macam mana ni wakil rakyat, tolonglah tengok di kampung ni, depa (mereka) ni makan atau tidak. Cuba check di rumah mereka ada beras atau tidak, tapi barang tu memang mahal, tak berbaloi beli. Minyak dah turun, tapi pasaipa (bagaimana) barang mahal ni,” rungutnya.
Wanita itu juga mempersoalkan, langkah menurunkan harga getah skrap itu dan menaikkan harga barangan seolah-olah kerajaan Barisan Nasional sengaja mahu menempah kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) akan datang.
“Esok PRU-14 kot-kot depa kalih kot (digulingkan)” ujarnya.
Visual itu dipercayai dirakam dalam satu majlis yang dihadiri orang kenamaan.


More From FMT

No comments: