Thursday, April 28, 2016

Malaysiakini



Datuk Muhammad Ibrahim yang bakal menduduki kerusi Gabenor Bank Negara, berkuat kuasa 1 Mei ini adalah antara tiga calon utama yang disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menamatkan kontrak beliau hujung bulan ini.
Dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi, Muhammad secara sahnya ditabalkan sebagai gabenor ke-8 untuk tempoh lima tahun lagi setelah 32 tahun berkhidmat dengan bank pusat itu dalam pelbagai bahagian.
Antara bahagian yang pernah mendapat sentuhan Muhammad sebelum ini ialah peraturan dan pemantauan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan pesisir dan perbendaharaan serta pasaran kewangan.
Pendakian beliau yang sering digelar Datuk MI dalam bank pusat itu sarat membawa pengalaman sehinggalah beliau diangkat ke jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010.
Beliau juga ahli Jawatankuasa Dasar dan Kestabilan Kewangan Bank Negara yang bertanggung jawab dalam pembangunan pasaran kewangan dan operasi Perbendaharaan termasuk tukaran matawang asing dan pengurusan rizab bank pusat.
Pada masa yang sama, beliau turut memantau pembangunan perbankan termasuk kewangan Islam dan sektor insurans.
Tidak terhad kepada itu, Muhammad juga merupakan individu yang bertanggung jawab dalam memacu agenda Malaysia ke arah migrasi kepada pembayaran secara elektronik atau e-Payments untuk menjana kecekapan kos dan operasi kepada perniagaan.
Beliau turut terlibat secara aktif dalam usaha secara kolaboratif dengan bank pusat serantau untuk membangunkan platform penyelesaian bayaran pelbagai matawang bagi melanjutkan rangkaian dalam transaksi merentasi sempadan dalam perdagangan dan pelaburan.
Dari sudut pengajian, selain melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Harvard, Amerika Syarikat, beliau turut memegang sijil Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya dan Diploma Lanjutan Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain memegang jawatan nombor dua bank pusat, Muhammad juga menjawat pelbagai portfolio dalam pelbagai bidang korporat dan badan profesional.
Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan, ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan, ahli Institut Akauntan Malaysia selain ahli panel Dana Amanah Nasional.
Di samping itu, beliau juga Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam, Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa dan felow Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asian.

Wednesday, April 27, 2016

Malaysiakini

Kucar-kacir Sarawak jika pembangkang memerintah - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini memberi amaran bahawa kucar-kacir akan melanda negara ini sekiranya pembangkang dibenarkan memerintah.
Beliau berkata, jika mereka tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi untuk bertanding pada pilihan raya Sarawak 7 Mei ini, apatah lagi untuk memimpin negeri atau negara.
"Ini belum lagi mengambil kira untuk membentuk kabinet, atau memutuskan siapa layak memimpin jawatan apa. Kucar-kacir negeri Sarawak nanti!" katanya menerusi catatan terbaru di blog.
Perdana Menteri juga mendakwa beberapa ahli politik pembangkang berterusan menabur fitnah jahat dan menyerang keperibadian seseorang semata-mata kerana parti yang diwakili.
Katanya, politik berteraskan fitnah dan mengadu domba seumpama itu memang telah sebati dengan mereka, dan langsung tidak mempunyai tempat di dalam mana-mana pilihan raya.
"Saya yakin rakyat Sarawak dapat melihat dengan jelas sandiwara dan topeng sewajarnya apabila membuang undi.
"Usahlah terpedaya, kita kekalkan kemajuan dan kesejahteraan Bumi Kenyalang, terus sejahtera dan membangun pesat bersama gelombang biru Barisan Nasional!," katanya.
Pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11, DAP dan PKR yang adalah sekutu dalam Pakatan Harapan bakal bertembung di enam kerusi dengan masing-masing saling mempersalahkan satu sama lain berhubung kemelut ini.
Pelancaran manifesto
Sementara itu, Bernama melaporkan Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata pihaknya akan berusaha keras untuk mentransformasikan negeri dan rakyat Sarawak terutama di luar bandar agar mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing.
Menurutnya, parti itu akan sentiasa berusaha bagi memastikan infrastruktur asas, utiliti dan kemudahan awam bertambah baik di seluruh negeri ini.
"Tidak kira di mana rakyat tinggal, mereka akan memperoleh standard kehidupan dan kualiti hidup yang lebih baik. Saya mempunyai perancangan untuk mengubah Sarawak menjadi negeri maju yang akan membawa kita ke tahap lebih tinggi dan masa depan lebih cerah, katanya.
Beliau berkata demikian dalam kata-kata aluan Manifesto BN Sarawak 2016 bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).
Manifesto bertemakan 'Beri Peluang Kepada TeamAdenan #theAdenanWay' itu dilancarkan Adenan di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di Kuching, hari ini, bagi menghadapi PRN-11 pada 7 Mei.
Adenan, yang juga Presiden PBB, berkata bagi menjamin keamanan dan kemakmuran Sarawak, kerajaan BN akan terus mengekalkan perpaduan kerana sedar bahawa tanpa keupayaan untuk bekerjasama, mereka tidak akan dapat mencapai matlamat.
Peluang pendidikan
Beliau berkata dengan perpaduan sebagai asas dan kekuatan mereka, kerajaan BN akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Sarawak.
"Kita akan berusaha menjana lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan sehingga 2030 dan seterusnya, melalui pelan pembangunan, strategi dan inisiatif yang terbukti berkesan.
"Kita akan mewujudkan lebih banyak peluang pendidikan untuk anak-anak muda bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan agar menjadi sebahagian daripada masa depan Sarawak yang lebih cerah," katanya.
Selain itu, Adenan berkata BN juga akan terus mempertahankan hak-hak negeri Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963

Sunday, April 24, 2016

Punca gelaran “Datuk Seri” MB Terengganu ditarik!!
Ahmad_Razif_MB_TerengganuAdun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang semalam, Jumaat 22 April, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.
Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun  dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).
Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.
Ketika dihubungi, seorang pemimpin Umno dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana mengesahkan berita ini.
“Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.
“Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran,” kata beliau ketika di hubungi.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di Terengganu bagi menguruskan perkara ini. Zahid dilihat berada di lapangan terbang Kuala Terengganu (gambar bawah).
Zahid kelihatan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu
Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.
“Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.
“Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu,” kata beliau kepada Malaysia Dateline dengan menyifatkan ia adalah pilihan yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno bagi menstabilkan kerajaan negeri.
Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).
8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.
Dua hari lepas, sumber dari Terengganu mendakwa, dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.
Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).
Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.
Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.
Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu. –malaysiadateline.com
Laporan mStar – Tindakan Ahmad Razif yang dikatakan telah menyebabkan pihak istana negeri itu murka.
Situasi itu tercetus Jumaat lalu ketika Ahmad Razif mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat Jumaat.
Ia dikatakan melibatkan isu pengumuman jumlah sumbangan menerusi program yayasan yang berkait rapat dengan pihak istana negeri.
Suara Tun Suara RakyatFollow
4 hrs
TERENGGANU DALAM KRISIS, ISTANA TARIK BALIK SEMUA GELARAN MB.
23 April 2016.
Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang semalam, Jumaat 22 April, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.
Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).
Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.
Zahid kelihatan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu hari iniZahid kelihatan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu hari iniKetika dihubungi, seorang pemimpin Umno dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana mengesahkan berita ini.
"Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.
"Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran," kata beliau ketika di hubungi.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di Terengganu bagi menguruskan perkara ini. Zahid dilihat berada di lapangan terbang Kuala Terengganu (Gambar atas).
Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.
"Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.
"Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu," kata beliau kepada Malaysia Dateline dengan menyifatkan ia adalah pilihan yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno bagi menstabilkan kerajaan negeri.
Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).
8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.
Dua hari lepas, sumber dari Terengganu mendakwa, dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.
Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).
Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.
Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.
Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu.

Saturday, April 23, 2016

  • Shoib Ahmad shared Shuk Je's photo.
    4 hrs
    Shuk Je to Friends Of PAS
    Saya ingin mengetahui tentang Ka’bah. Maksud saya, apa penjelasan secara kajian keilmuan dan logik pentingnya Ka’bah? Dan mengapa umat Islam mengelilingi Ka’bah?”
    Jawapan Dr. Zakir Naik Mengapa Muslim Mengelilingi Kabah
    Saudara ini bertanya dengan bagus.
    Apa pentingnya Ka’bah menurut kajian keilmuan dan logik? Dan mengapa umat Islam mengelili Ka’bah?
    Ramai orang bukan Islam beranggapan bahawa umat Islam menyembah Ka’bah. Saya akan memberikan jawapan saya dan nanti saya akan memberikan jawapan secara ilmiah.
    Saya akan satukan bersama. Menjawab soalan saudara dan menjawab orang bukan Islam lainnya atas kesalahfahaman ini.
    Ka’bah adalah kiblat, sebagaimana firman Allah dalam Al Qur’an:
    وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
    “Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arah Ka’bah” (QS. Al Baqarah: 144)
    Dalam bahasa Arab, kiblat. Jadi Ka’bah hanya sebagai arah. Sebagai contoh, misalnya sekarang kita sembahyang, beberapa orang menghadap selatan, ada yang menghadap utara, ada yang ke timur, ada yang ke barat. Ke arah mana yang kamu ikut? Jadi demi persatuan, kami menghadap pada satu arah Ka’bah.
    Jadi Ka’bah adalah kiblat kami. Tidak ada seorang muslim pun yang pernah menyembah Ka’bah.
    Dan ketika peta geografi dunia pertama kali adalah muslim yang membuat itu pertama kali. Al Idrisi pada tahun 1154 yang membuat peta dunia, bahkan muslim yang membuat peta dunia itu, kutub selatan ada di atas dan kutub utara ada di bawah dan Ka’bah berada di tengah-tengah.
    Kemudian orang Barat meluncurkan kartografi (pembuatan peta) dan mengubah kutub utara ke atas dan kutub selatan ke bawah, bahkan Ka’bah masih tetap berada di tengah-tengah.
    Jadi di bahagian mana pun kamu berada di dunia, jika kamu berada di utara menghadap ke selatan, jika kamu berada di timur menghadap ke barat, jika kamu berada di barat menghadap ke timur, jika kamu di selatan menghadap ke utara. Semua muslim di dunia menghadap pada satu arah iaitu Ka’bah dan Ka’bah adalah kiblat.
    Sekarang, ketika kamu pergi umrah, ketika pergi haji, kita melakukan tawaf mengelilingi Ka’bah. Kita berjalan mengelilingi ka’bah. Kenapa kami berjalan mengelilingi Ka’bah? Pada dasarnya adalah kerana Tuhan Pencipta. Dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu.
    Kamu bertanya, apa alasan logiknya? Ini tidak disebutkan dalam Quran dan hadis. Jika aku adalah orang yang berakal mahu berfikir, kenapa kami berjalan mengelilinginya? Alasan yang boleh aku fikirkan adalah setiap lingkaran hanya punya satu titik tengah. Kita berjalan mengelilingi Ka’bah adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.
    Kerana lingkaran hanya punya satu titik tengah tidak akan ada dua titik tengah. Jika kita berjalan mengelilingi Ka’bah adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.
    Dan pernyataan Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu ketika mencium Hajar Aswad yang ada di Ka’bah, “Hajar aswad ini hanyalah batu yang tidak bisa memberikan kebaikan dan keburukan. Aku menciumnya kerana melihat Nabi menciumnya.” Jadi tidak ada muslim yang menyembah Ka’bah.
    Bahkan di zaman Nabi, ada sahabat yang melantunkan azan di atas Ka’bah. Tidak ada orang yang menyembah sesuatu lalu berani berdiri di atasnya.
    Jadi Ka’bah adalah kiblat, hanya arah. Bukan disembah.